Posts

Showing posts from April, 2025

FOOD HUNTER: Samat Muslim Food, Bangkok – Satu-satunya penyesalan: kenapa baru datang hari terakhir?!

Image
Hari itu, langit Bangkok cerah seperti biasa. Hiruk-pikuk kota masih berterusan, dan aku serta Umar sudah pun berada di penghujung percutian kami. Selepas beberapa hari menjelajah Pratunam, Chatuchak, dan berpanas di sepanjang jalan Sukhumvit, kami akhirnya sampai ke hari terakhir, hari di mana kaki mula lenguh, beg mula penuh, tapi hati masih belum puas. Hotel kami, Tango Vibrant Living Hotel, terletak strategik di kawasan Ratchaprarop. Setiap kali keluar masuk hotel, kami akan lalu satu kedai kecil di hujung lorong. Papan tanda ringkas tertulis “Samat Muslim Food”. Entah kenapa, selama beberapa hari kami di Bangkok, tak pernah sekalipun kami singgah. Mungkin terlalu sibuk. Mungkin terlalu leka. Tapi hari ini... hari ini kami rasa lain. Tak tahu kenapa, mungkin sebab perut lapar, atau mungkin sebab naluri pelancong yang akhirnya mula waras, kami tekad masuk ke kedai itu. Suasana dalam Samat sangat berbeza daripada hiruk-pikuk luar. Tenang. Meja kayu sederhana. Hiasan dinding ringkas. ...

Masak Rendang Tok Versi Mama

Image
Setiap kali nak raya, bau yang paling aku nanti bukan bau bunga rampai, bukan bau kuih bakar, tapi bau rendang tok mama. Bau yang melekat kat langsir, kat baju, kat rambut pun ada. Tapi itu lah, bau yang paling buat aku rasa “raya dah dekat”. Resepi rendang tok versi mama bukan jenis yang ada dalam buku. Takde sukatan gram, takde “masak selama 30 minit atas api sederhana”. Semua main rasa, main tengok, main agak-agak. Tapi hasil dia… memang win. Tahun ni mama kata, “Kamu tolong mama buat rendang tok. Belajar elok-elok. Esok lusa entah sempat ke tak nak ajar lagi.” Aku diam je masa tu. Rasa sebak sikit, tapi aku angguk. Awal pagi, dapur dah berasap. Mama pakai apron lusuh yang ada kesan kunyit tak hilang. Daging potong ketul besar-besar, macam biasa. “Rendang tok tak main potong kecik. Nak makan biar puas,” mama cakap sambil hiris halia dan lengkuas. Aku tukang kisar. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, semua masuk dalam blender. “Jangan campur air banyak sangat,” mama t...

EPILOG: Raya Dah Tak Sama

Image
Hari raya dah tak semeriah dulu. Dulu, rumah Embah penuh dengan suara, ada yang jerit panggil budak mandi, ada yang sibuk lipat duit raya, ada yang gelak sampai terbatuk-batuk. Tapi sekarang, rumah tu lengang. Bila aku masuk, yang sambut cuma bau langsir lama dan kerusi rotan yang dah mula berbunyi bila duduk. Ramai dah tak balik. Mungkin sebab jauh, mungkin sebab tak sempat, atau mungkin sebab… dah tak rasa sama sebab atok dan embah dah tak ada. Yang tinggal pun, duduk masing-masing dengan phone, scroll feed, update story, sesekali angkat muka, senyum sikit, tapi tak betul-betul ada. Tapi tahun ni aku ajak cousins yang masih ada, “Jom, kita ronda kampung. Aku nak ambik gambar.” Naik kereta je, tak kuasa nak jalan kaki tengah panas macam zaman kecik-kecik dulu. Aircond pasang kuat, playlist raya pasang pelan-pelan. Kami gelak, cerita sikit-sikit, tapi semuanya rasa… lain. Kami berhenti kat port lama. Pokok jambu tempat dulu main buai, masih ada, cuma dah tak berbunga. Kedai Pak Mat dah...