Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

2013-06-07

Nanning (China): Dari Guilin Ke Nanning - Perjalanan Penuh Drama (Part 7)

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan daripada Episode 6: Shangrila dan Endian Halal Restaurant

Maka malam itu dengan hujan yang lebat, kami menaiki teksi menuju ke Stesen Keretapi Guilin. Baik betul pekerja Hostel Wada yang sanggup berpayung menahankan teksi untuk kami di tepi jalan. Jadi kami menaiki tiga buah teksi untuk ke sana. Sebenarnya susah jugak nak tahan teksi time hujan-hujan macam tu, alhamdulillah nasib kami tak sesuah mana.

Sampai di Stesen Keretapi Guilin, kami terpaksa melalui tapisan keselamatan. Ala standard la scan beg bagai sebelum memasuki ruangan menunggu. Masa tu memang ramai giler orang, maklumla musim cuti kan. Kami pon melepak la kat satu kawasan kosong sambil tunggu train pukul 11.30 makam kot tak silap aku. Tapi tetibe kami dapat tahu yang train ke Nanning delay pulak! Haish terpaksa la berkampung kat stesen keretapi tu sampai pukul 12.30 pagi. Memang bosan giler la menunggu kat situ dengan keadaan sesak dan lapar.

Masing-masing dah muka pasrah.... bertabahla ye. (gambo sumber Kak Tansree Coco Al Jawahir Muktakibillah)
Tiba masa yang dinantikan, train ke Nanning pon tiba. Seriously aku memang terbayang kerusi train yang empuk la macam kerusi dalam ETS nak balik ke Ipoh tu kan, tapi ternyata sangkaan meleset. Masuk je dalam gerabak (wah lama tak guna perkataan ni) , terpana (wah lagi, terpana katanya) sekejap tengok keadaan dalam tu yang penuh sesak, manusia tido bergelimpangan atas kerusi keras yang bersudut tegak 90 darjah! Waaaaa ternyata diorang tersalah beli tiket, normal seat katanya maksudnya normal habis la. Harga tiket train untuk normal seat tu adalah 65.5 Yuan (lebih kurang RM 33.00 / seorang). Tu la nak sangat tiket murah kan heheee. Malam tu nak tido memang duduk menegak jela. Sebelah aku pulak ada sorang local yang tido tak berganjak-ganjak, siap ngingau-ngigau lagi! Aku syak ada yang dah duduk dalam train tu berhari-hari kot sebab train tu mungkin datang dari Beijing. Ada la meja kecik kat depan tempat duduk, so bolehla menongkat dagu. Memang dalam train tu kami duduk je ikut suka, sebab nak dekat-dekat antara satu sama lain. Itulah pengalaman katanya, memang penat la duduk menegak untuk perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam macam tu. Ye perjalanan dari Guilin ke Nanning memang lama!

Tu lagi muka pasrah sambil tido bertongkat dagu... (Gambo sumber henpon aje)
Fuh makan dengan tangan berbalut pelastik jiran si John tu hehehe (Gambo sumber henpon aje)



Inilah keretapi yang kami naik... kat gerabak lain , seat dia lebih selesa (macam seat bas).
Pepagi buta dah ramai manusia macam ni?? Pukul berapa depa bangun eh?
Stesen keretapi Nanning.
Kami tiba di Nanning dalam jam 8.00 pagi kot. Ntah dah tak ingat sebab masa tu mamai-mamai berjalan sambil bawak beg tompangan ntah sapa punya ntah. Haish! Dari stesen keretapi Nanning, kami menaiki bas menuju ke sebuah apartment yang dah ditempah melalui internet, aku tak ingat samada hostelbookers.com atau Agoda.com sebab bukan aku yang booking (heheheh). Jarak dari stesen keretapi ke apartment yang dah dibooking tu jauh jugak sebenarnya, dan kami kene menapak pulak dalam 30 minit sebab kene lalu ikut laluan jauh sebelum sampai ke kawasan apartment tersebut. Sampai je ke apartment tu, rupa-rupanya apartment tu dah ditinggalkan. Tak ada orang jaga pon dan ketuk-ketuk pintu pon memang tak de orang bukak. Malam sebelum tu kami dah hantar emel kat pemilik apartment tu tapi tak berbalas. Bukak website apartment tu pon dah expired!!! Demmmmm...
NOTA: Sebelum booking hostel /hotel/apartment kat internet tu, sila tengok jugak tarikh akhir orang-orang komen. Dalam kes kami, yang terakhir orang bagi rating adalah pada tahun 2011! Demmmmmmm. (HAHAHAH sila gelak ye kengkawan)
Dah le penat, lepas tu ada drama pulak tu. Kami pun duduk le melukut di taman kat bawah kawasan apartment tu mengenangkan naseb diri. Serious tak tau nak buat apa masa tu sebab penat sangat berjalan dan naik keretapi. Alhamdulillah la, berkat usaha Dan Arif yang menyuruh kawannya kat Malaysia untuk tolong cari hostel lain, akhirnya kami berjaya mendapatkan Green Forest Hostel! Syukurrrrrr.

Kami menaiki teksi menuju ke ke Green Forest Hostel yang terletak di area bandar (tak macam appartment tu yang agak jauh dari bandar). Tambang teksi ke GreenForest Hostel adalah 20 Yuan (RM 10) untuk satu teksi.

Masa mula-mula sampai..rasa nak pengsan! HAHAHA
Ruang communal kat Green Forest hostel.
Tu, pantang ada WIFI terus pegang henpon...  Instagram (FB dan Twitter kene banned kat China)
Sampai di Green Forest Hostel, kene pulak mendaki ke tingkat tiga (sebab tak ada lift), tapi aku suka dengan hostel ni sebab pekerjanya sangat friendly dan keadaan hostel tu yang bersih dan nampak baru! Syukurrrr. Kiranya memang recommended la Green Forest Hostel ni dan yang paling penting, senang nak jenjalan dekat bandar. Turun je hostel dah jumpa shopping complex berbijik-bijik! (Maksudnya banyak shopping complex la kat situ!). Harga untuk satu malam adalah 75 Yuan seorang (RM 37.50).

Nanning Green Forest Hostel 
 No.3 JieFang Road, Nanning, Nanning, China
China 广西壮族自治区南宁市兴宁区 解放路3号
NO: TEL: +86 771 281 3977

Selesai je urusan check-in, apa lagi semua landing atas tilam... cover balik tidor. Selesaikan apa-apa urusan yang patut sebelum keluar semula untuk makan tengahari dan mencari Nanning International Tourist Distribution Center untuk beli tiket bas ke destinasi seterusnya. Sebenarnya kami di Nanning hanya untuk persinggahan sahaja, lebih kepada tempat transit kot.. sebab kami tak sempat nak explore Nanning secara terperinci.

Ruang communal yang agak selesa kan.
NOTA: There is an excellent daily bus service from Nanning to Hanoi, Vietnam. There are several departures a day, from early morning, from Nanning International Tourist Transport Centre, in Yuanhu Road, in the downtown area, close to the Nanning Railway Station, as well from the Langdong Bus station, in the far eastern edge of the city, on Minzu Avenue (about 40-45 minutes by bus, 20-30 minutes by taxi from downtown).
Bilik tidor pon selesa yakmats!!
Nak cari Nanning International Tourist Distribution Center ni pon satu hal jugak! Jenuh la kami berpusing-pusing jalan kaki pusing kat area pekan tu. Menurut orang hostel, tempat yang kami cari tu terletak berdekatan dengan hostel, boleh sampai jalan kaki je. Tapi jenuh haih kami pusing-pusing, siap lalu celah-celah lorong bagai tapi tak sampai-sampail. Last-last telepon balik hostel dan suruh orang hostel tu bercakap dengan sorang mamat yang kami jumpa tepi jalan. Lepas tu mamat tu pon tunjuk la arah yang sepatutnya kami pergi. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya Nanning International Tourist Distribution Center tu! Sebenarnya center tu dekat je dengan stesen bas kat Nanning ni......


Rombongan mak Jemah mencari arah.
Senang je bukak kedai atas kereta! Ish mamat baju putih tu cer tepi sikit.

Penjual buah apa tah, tak dapat dikenal pasti. (Bukan Limau)
Pemandangan di Nanning
Untuk ke Halong City, Vietnam kami boleh beli tiket bas di Nanning International Tourist Distribution Center ni. Harga tambang bas ke Halong City adalah 170 Yuan (RM 85/ seorang). Bas yang akan kami naiki adalah bas ekspress terus ke Halong City, Vietnam. Tapi tu esok punya cerita. Hari ni punya cerita, lepas dah dapat beli tiket, kami pon cari jalan nak balik semula ke hostel.

Dapat jugak beli tiket ke Halong, Vietnam.
Dah satu hal pulak tak tau nak ikut jalan mana hahahhaa, last-last nak tahan teksi, tapi satu teksi pon taknak berhenti (mungkin sebab pelik tegok kami kot???) akhirnya kami buat keputusan untuk naik tuk tuk je untuk balik ke kawasan hostel. Nasib la, dah la masa tu tetiba je hujan lebat. Tuk tuk yang kami naiki tu dipandu oleh sorang pakcik yang agak berumur jugak la, tapi bukan main hebat dia bawak tuk tuk mencelah-celah orang ramai dan lalu kat kaki lima jalan! Kagum pulak.

Pakcik ni bawak tuk tuk lalu celah-celah orang.



Sampai kat hostel, kami singgah makan petang (merangkap makan malam) di restoran muslim Hadramawt Restaurant. Restoran ni agak proper jugak la dan keat dinding kedai ada la gambar-gamra orang yang pernah datang makan kat restoran tu, antaranya ada gambar orang Malaysia juga! Ok la.

Kos makan petang tu ditanggung sepenuhnya oleh seseorang, terima kasih daun keladi ye. Hehehhe. Lepas makan, kami ke Masjid yang terletak beberapa langkah dari restoran tu. Sebenarnya ia lebih merupakan sebuah Muslim Center sebab kat bahagian bawah tu ada terdapat restoran makanan muslim, tingkat-tingkat atas pulak ada kelas-kelas pengajian untuk murid-murid Islam dan tingkat atas sekali adalah ruangan solat. Kiranya semua dalam satu la. Kami menunaikan solat Zohor dan Asar kat situ sebelum balik semula ke hostel. Penat weh, sebab jalan kaki sesat-sesat tadi.

Muslim Center dan Masjid.
Ruang dalam masjid.
Sebelah malam pulak, kami keluar lagi. Kali ni kami jalan-jalan ke shopping complex yang banyak terdapat kat area situ. Macam-macam shopping complex ada, dan semuanya besar-besar belaka! Aktiviti malam tu kiranya aktiviti santai je la sebab nak menghabiskan masa di Nanning. Sempatla lepaskan hajat ada orang tu nak minum kopi mahal katanya. Layankan aje...

Upacara memanjakan diri di kedai kopi.

Hari tu juga merupakan hari terakhir Dan Arif akan join kami semua, sebab dia kena balik semula ke KL atas urusan kerja. Ada la orang tu jugak yang nagis-nangisi sebab buah hati nak balik dah kan. HAHAHAHA over tau!

OK, bertemu kita di VIETNAM nanti ye... Babai CHINA!
Ok la nanti aku sambung lagi perjalanan ke negara lain pulak. Penat pulak dengan drama-drama kat Nanning ni.

Bersambung....

WASSALAM. 

2013-06-04

Yangshuo (China): Shangri-La Park Dan Endian Halal Restaurant, Guilin (Part 6)

Assalammualaikum!!! 


Waduh-waduh, lama pulak terhenti mengapdate cerita ni kan. Ok jom aku sambung ke cerita seterusnya.

Setelah selesai shopping dan jalan-jalan cuci mata di West Street, kami pon bersiap-siap untuk pulang semula ke Guilin. Dalam perjalanan ke Guilin kami sempat singgah di sebuah taman yang sangat cantik yakni Shangrila Park! Giler lawa tempat tu! Aku tak ingat nak masuk Shangrila tu berapa harga tiketnya. Tak silap aku kena bayar 70 Yuan (RM35) dan semuanya di bayar ddan diuruskan oleh Hotel Bamboo House.


Pintu masuk Shangrila
Hujan yang tidak mematahkan semangat kami! Hehehe
Masa tiba kat Shangrila Park, hujan lebat pulak. Terpaksala pakai berpayung dan berponcho untuk masuk. Agak spoil jugak la mood masa tu tapi memandangkan hujan pon kejap lebat kejap slow maka pasrah dan redho je la berjalan dan ambik gambar. Sempat lagi tu pasangan bahagia buat photoshoot untuk pre-wedding diorang! Hahaha siapa la gamaknya tu kan.


Subhanallah pemandangan kat Shangrila Park ni memang tidak dinafikan sangat cantik. Banyak replika rumah masyarakat China dulu-dulu dibina, dan pekerja-pekerjanya mengenakan pakaian tradisi masyarakat China.Ala kalau korang pernah pergi ke Kampung Budaya Sarawak, macamtu la lebih kurang keadaannya. Lepastu kami jugak berpeluang naik bot, tapi masa kami naik bot tu, translator untuk bahasa Inggeris tak ada (fully booked katanya) jadi kami naik je bot yang tak ada translator english. 



Bot akan dibawa mengelilingi tasik dan di tepi-tepi tasik tu dibina rumah-rumah tradisional. Setiap rumah pulak akan ada perkerja-pekerja yang berpakaian tradisi. Bila bot kami lalu je depan rumah diorang, maka diorang pun akan menari dan menyanyi la sampai la kami melepasi rumah mereka, mereka akan duduk rehat. Kalau ada bot lain lalu, mereka akan mengulang lagu dan tarian yang sama dan begitulah seterusnya. Senang kan keje diorang hehehe.


Nyanyi nyanyi bila ada bot lalu depan rumah diorang


Perkampongan orang asli pon ada!

Bot juga akan masuk ke dalam sebuah gua dan keluar ke sebelah lain tasik. Pemandangan memang superb la. Dan ada jugak lakonan semula masyarakat orang asli China dilakonkan di tepi-tepi tasik. Memang best! Shangrila Park adalah destinasi wajib untuk dilawati kalau korang ke Yangshuo.



Setelah selesai naik bot, kami menerjah beberapa ruangan pameran yang terdapat disitu. Rata-rata pameran adalah mengenai aktiviti harian masyarakat China dan sebagainya. Memang menarik la. Cukup beberapa jam kami di Shangrila Park, kami pon balik semula ke van untuk meneruskan perjalanan ke Guilin.

Kami tiba di Guilin pon dah petang masa tu. Hujan masih turun, tapi nasib baik tak lebat sangat. Kami kembali ke Wada Hostel untuk mengambil beg-beg kami yang ditinggalkan di situ. Alhamdulillah, layanan staf hostel memang sangat baik dan kami dibenarkan untuk melepak sekejap kat sana. Sempat pulak tu tukar baju kat situ.

Kami menaiki bas untuk ke kawasan masjid di mana terdapat banyak restoran makanan halal. Aku pon dah lupa kat area mana, tapi dekat je dengan stesen bas Guilin. Setelah menelusuri lorong-lorong apa tah, akhirnya kami sampai jugak ke sebuah restoran makanan halal. Nama restoran tu adalah Endian Halal Restoran, ala-ala fine dining punya restoran la. Memang selesa jugak kalau nak makan kat situ, dan saje-saje je nak bazir duit makan makanan mewah sikit hahaha.


Menu hari tu memang spesel! kami sempat makan satey dan jagung manis serta ubi sira. Fuh memang terbaik la makanan diorang tu. tuan punya kedai pon ok, tak pelik sangat. Masa kami makan tu ada la sekumpulan rombongan dari Malaysia yang turut datang ke situ. Sempat la bertegur sapa dengan diorang, tapi nasib baik identiti kami masih tidak terbongkar lagi hehehe.

Lepas habis makan, kami ke Masjid Guilin untuk solat maghrib. Masa tu sempat jugak la dengar azan versi Guilin yang lain sikit bunyinya dari azan di Malaysia. Kalau nak dengar boleh la tengok video Keek kat bawah ni. Masjid ni pon boleh tahan besarnya.



Azan maghrib di guilin.

Sesudah selesai menunaikan solat Maghrib dan Isya, kami pon berjalan kaki menyelusuri kawasan pasar malam di Guilin. Tak banyak sangat barang yang kami beli sebab mood nak shopping dah habis. Kami naik bas (dan terlajak pulak tu) untuk balik ke Wada Hostel. Setelas bersiap-siap, kami pon menaiki teksi menuju ke stesen keretapi Guilin. Naik teksi sebab masing-masing dah tak larat nak bawak beg yang banyak dan hujan lebat pulak waktu tu.

Bergambar kenangan di Wada Hostel.
Kami akan bergerak ke Nanning malam tu. Ingat tak kami ada beli tiket keretapi ke Nanning pada hari pertama tiba di Guilin hari tu? harga tiket keretapi bagi normal seat yang kami beli adalah 64.5 Yuan (RM 33). 


Stesen Keretapi Guilin...tunggu keretapi delay.
Ok nanti aku sambung lagi cerita di Nanning pula. Tungguuuuu...

Bersambung...

WASSALAM.

2013-05-27

Yangshuo (China): Impression - Yangshuo Light Show And West Street (Part 5)

Assalammualaikum!!!

Ish sibuk benar la sekarang ni, macam-macam kerja nak kena buat. Takpe jangan risau, belog ni akan sentiasa berapdet walau sebusy mana sekali pon ye. Hehehehe.


Bile dah penat berakit -rakit kehulu, berenang-renang ketepian, di Yulong River, dan seluar pon ada la separa basah, kami pon balik semula ke Bamboo House Hotel, tempat kami akan bermalam malam ini. Tapi sebelum sempat sampai di hotel, kami sempat lagi merayau-rayau di sekitar West Street walaupun tak banyak masa, bak kata orang nak buat servey dulu la, apa yang ada kat situ. Kami kene cepat balik ke hotel dan bersiap-siap sebab sebelah malamnya pula kami akan menonton The Impression Show, sebuah tayangan pementasan air yang telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah memenangi beberapa award (katanya la, aku tak tau diorang ni menang award apa, sila google sendiri ye). Maka kami pon bersiap la ala kadar sahaja memandangkan tempat yang kami nak pergi ni agak open air dan malam pon panas je, so pakai pon santai-santai je la, takde beria sangat.

Sempat lalu kat West Street sambil jenguk-jenguk apa yang ada dijual kat situ.
Yangshuo sebuah bandar lama yang cantik.
Van menunggu kami dalam jam 7.30 malam. Kami dibawa menuju ke tempat persembahan dan kami lihat ramai giler orang kat luar sedang beratur membeli tiket. Menurut petugas hotel kami, kami diarahkan untuk tunggu sebentar di hadapan kawasan membeli tiket, sementara ada seorang agen tiket yang akan menguruskan perihal tiket kami. Sebenarnya, mereka ada kuota-kuota tersendiri bagi agen-agen tiket ni. So disebabkan kami dah booking under hotel kami menginap, jadi semuanya diorang uruskan. Tak perlulah nak beratur sepanjang malam tu untuk beli tiket. Mudah bukan?

Ramai betul manusia malam tu...entah dari mana la datangnya.
Harga tiket adalah berbeda-beda mengikut zon kawasan tempat duduk. Makin tinggi kita duduk, makin mahal pulak harganya. Kami pilih untuk duduk di zon tengah yakni dengan harga tiket 180 Yuan (RM 90) / seorang. Agak mahal sebenarnya, tapi disebabkan kami taknak melepaskan peluang menyaksikan persembahan teater terbesar di dunia, yang dipentaskan secara terbuka di atas air, maka kami pasrah dan redho je beli tiket tu. Mudah-mudahan menghiburkan. 

Kawasan pintu masuk ke Impression Night Show.
Sambil tunggu depan kawasan beli tiket tu, kami dapat tengok macam-macam karenah manusia. Ada yang datang berkumpulan, entah dari ceruk kampung mana tah. Siap pandang-pandang kami berlapan ni atas bawah banyak kali. Gamaknya diorang pelik kot tengok kami semua ni, tambahan pulak yang perempuan semua pakai tudung litup, ayu gitewww. Pelik lagamaknya kan, tak pernah jumpa. Tapi serius, agak merimaskan jugakla bile dah asyik kena tenung, nasib baik dah terbiasa ditenung (retis katanya) hahahhaa.

Ni la orang yang tolong uruskan pembelian tiket kami.
Beberapa minit menunggu akhirnya isyarat untuk membenarkan penonton masuk dibunyikan. Sebenarnya untuk show ni ada 2 waktu sehari, kami memilih untuk pergi pada waktu tayangan yang kedua memandangkan tak sempat untuk ke waktu tayangan yang pertama. Nak masuk pon satu hal, bukan main berebut-rebut, kami diminta untuk ikut nombor kumpulan masing-masing. Ha siap ada banyak kumpulan lagi tu, ibarat kambing masuk kandang kekdahnya. Macamla berebut-rebut tu korang boleh duduk mana korang suka kan!!! Walhal dah terang-terang ada nombor seat kat situ... ceit!

Rupanya bila dah masuk dalam tu, kami kene menapak jauh jugak la untuk sampai ke dalam kawasan show. Ingatkan masuk-masuk je boleh terus cari tempat duduk, rupanya tidak. Maka menapak la kami secara berjemaah umpama perarakan hari merdeka. Dah sampai ke kawasan show, maka kena la pulak cari tempat duduk. Alhamdulillah tak susah nak cari tempat duduk kami. Ikut je warna zon yang telah disediakan.Memang malam tu ramai giler manusia yang datang nak tengok show. Adakah setiap malam penuh macam tu??? Wallahualam. 

Orang ramai mula berpusu-pusu ke tempat duduk masing-masing.
Landscape semulajadi sebagai backdrop persembahan yang memukau.

Sedikit Video persembahan malam tu.


 NOTA: The premiere of the Yangshuo Light Show was on March 20th, 2004 at the Sanjie Liu Sing fair, about a mile from West Street . The performance utilizes the natural surroundings to create a spectacular outdoor theater which is the largest of its kind. The Li River itself is the stage and twelve mountains serve as the backdrop. The performance is divided into seven chapters including the preface and epilogue. At the beginning, the lights are all turned off and the image of Sanjie appears indistinctly in the sky with beautiful songs 'Sing the folk songs, here I am singing and there you are echoing...'. As the lights come up, the twelve hills appear in front of the audients; and a small fishing boat is rowed from the hills. This is the Preface - the Legend of Hills and Rivers.- sumber Google.

Bila isyarat dibunyikan tanda show nak mula, kami pon mula fokus kat kawasan tasik (tasik ke sungai ntah) kat depan kami yang dijadikan sebagai stage. Kagum gila masa tu sebab latar belakang gunung-ganang di Yangshuo tu dijadikan sebagai latar belakang persembahan dengan suluhan lampu-lampu spotlight ke arah gunung-gunung tu. Ish memang lawa gile, kagum aku. Maka persembahan pon bermula. Difahamkan bahawa persembahan Impression ni terbahagi kepada 7 segmen dan setiap segmen ada cerita tersendiri. Hummmm susah nak faham sebab persembahan adalah dalam bahasa ibunda. So layan je la tengok apa yang diorang persembahan.


Apa yang paling aku kagum adalah penglibatan beratus-ratus pelakon dalam satu-satu masa. Mungkin itu lah sumber pendapatan kebanyakan daripada penduduk setempat kot? Giler ramai weh dia punya pelakon dan sudah pasti diorang kene buat persembahan hampirr setiap malam ye tak? Ish jom layan je gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang persembahan berlangsung. Video pon aku ada ambik sikit-sikit, khas untuk anda semua...kekeke.



Lagi Video Persembahan yang menakjubkan!

OK la, persembahan tamat lebih kurang jam 10 malam. Lepas je persembahan habis, kami balik semula ka van yang membawa kami tadi dan kami dibawa pulang ke Hotel. Sebelum sampai hotel, kami sempat jalan-jalan kat West Street dan sempat jugak la shopping! hahah apa yang aku shopping? Ada la aku beli handbag untuk mak aku, untuk kakak aku dan anak buah. Yang lain tu sempat tengok-tengok je dulu, kengkononnya buat survey la, sebab esok kami akan shopping pagi-pagi buta hehhee.


Keesokan paginya, hujan pulak agak lebat. Entah le sebab memang kami pergi ni pon time hujan kot, sebab tu hujan memanjang. Tapi alhamdulillah tak lama, dekat-dekat jam 9 pagi tu lepas breakfast (hasil belian nasi goreng di kedai muslim oleh Dan Arif).

Lepas makan tu walau hujan masih renyai, kami semua keluar ke West Street untuk membeli belah. Wahhh bunyiknya macam banyak duit je kan, mana tak nya, ada yang dah bengkrap bagai terpaksa mencucuk duit dari bank dan ada yang terpaksa jadi ah long bagi pinjam duit kat kengkawan kekekke. Pasrah je la kan, tu la gunanya keluar mengembara secara berjemaah. Betul tak?

Penggunaan kalkulator sebagai bahasa utama tatkala membeli belah di sini.
Makcik-makcik yang gigih menggubah bunga untuk dijual.
Keadaan sekitar West Street, Yangshuo.
Sepanjang West Street ni memang macam-macam benda ada dijual. Bak kata pepatah, kami ni pergi pecah telur kat kedai la, sebagai orang pertama yang membeli di pagi hari. Aku sempat borong beg tangan (70 yuan) untuk mak, akak dan anak buah, sarung kusyen sulaman pon sempat jugak beli untuk dipakai di hari raya (60 yuan 3 helai tapi semalam aku nampak mak aku dah pakai buat bubuh dalam kereta!), beli jugak sarung henpon (ala yang sulam-sulam tu buat letak henpon walhal henpon zaman sekarang dah besar gedabak tak muat nak letak dalam tu) harganya 10 yuan dapat la 5 helai. Kalau nak tengok gambar ada kat entry Tansree Coco, sebab aku taksempat nak mengambik gambar barang tuaian.

Itu adalah tempat letak henpon yang aku maksudkan, sila abaikan pembelinya. Hehehhe
Yang belakang tu pulak sedang masuk ke dalam Bank.
Kawan masZuber tengah pose kat sign board West Street
Dalam jam 12 macam tu kot, kami balik semula ke hotel sebab kami nak balik semula ke Guilin. Masa tu dah siap-siap tempah van mini daripada hotel. Sebab kami pakai van mini berbanding bas biasa, kerana harganya tak jauh beza sangat dengan naik bas ekspress dan kami boleh singgah banyak tempat lain lagi. Harga sewa van mini tu adalah 57 yuan untuk seorang / 1 kepala.

Ok, sampai sini je la entry kali ni, pendek je. Malas sungguh nak menaip sekarang ni. Nanti aku sambung lagi ye.

Bersambung....

WASSALAM.

POPULAR POSTS