2015-08-24

JOM Macau (Part 3): Venetian Macau - Naik Gondola Sambil Menyanyi Riang & Guia Fortress

Assalammualaikum!

Waduh-waduh lama sungguh tak ke udara ya, sorry la busy sikit dengan urusan dunia, urusan nak agih-agih hadiah untuk TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 lagi, jemputan rumah terbuka hari raya lagi (walaupun raya dah habis kekekeke).

Ok pemenang pertama TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 dapat tiket penerbangan ke Bangkok! Alhamdulillah suka tak? Jeles tak semuaorang? Kalau jeles nanti join la kalau ada lagi ahahah. Ok jom sambung kisah Macau (Ya tuhannn lamanya nak habis entry Macau ni!)


Untuk ke terusan Venice palsu, kita kena naik ke tingkat tiga, jenuh jugak cari tangga atau lift nak naik ke atas, rupanya tangga tu terletak kat sebelah pintu masuk je. Sampai je tingkat tiga tu, ha kami disajikan dengan langit nan membiru! Hahaha langit palsu lah! Tapi langit tu boleh berubah-rubah kadar kecerahan dia. Dan di depan kami terbentang indah terusan Venice dengan beberapa biji gondola sedang belayar di atasnya. Sekali tengok memang macam kat Venice betul-betul la, tapi sekelip mata je dah tau tu palsu hahaha.

keadaan di tingkat 3.
Untuk naik gondola tu, kita kena beli tiket di kaunter tiket yang terletak di dalam kedai souvenir berdekatan dengan pintu masuk. Harga seorang untuk naik gondola kongsi ni adalah 128 HKD. Mahal giler! Tapi sebab nak naik jugak maka bertabahlah, bayar.

Dah dapat tiket, kita beratur pulak. Panjang jugak barisan orang nak naik gondola tu, kami beratur lebih kurang 15 minit rasanya. Sesambil tu makan la roti dan biskut yang dah siap-siap bawak dalam beg. Lapar kot, sebab cari kedai makan halal tak jumpa dalam tu, semua dah tutup.

Kelihatan penampakan dikenali di situ.
Punyalah ramai orang beratur!
Nampak tak penampakan tadi tu? sedang meninjau-ninjau keadaan la tu gamaknya.
Akhirnya tibalah giliran kami naik gondola, tu dia dapat pengemudi gondola yang peramah bakhang! Sesambil mengayuh gondola sesambil senyum sesambil menyampuk kami bersembang, macamkan paham je. Dan part paling best bila dia menyanyi lagi spanish, apa tah tajuknya, tapi aku pernah dengar la abam Ed Junaidi nyanyi lagu tu kat karoks dulu. Ha kemain la mamat tu menyanyi sepanjang jalan.

Jom dengar sikit Abam Gondola nyanyi.

Muat-muat 4 orang penumpang.
Pengemudi gondola wanita.
Lama jugak naik gondola tu, total pergi balik pusing terusan Venice tu adalah dalam 20 minit. Orang pun masih ramai yang beratur. Selesai naik gondola, kami pun blah dari situ menuju ke tempat lain. Kami keluar dari Venetian City tu dan berjalan kaki ke City of Dream yang terletak bersebelahan je dengan bangunan Venetian. Tujuannya nak singgah Hard Rock Shop sebab ada yang gatal nak beli barang kat situ. Bangunan kat situ semua besar-besar dan yang penting semua ada Casino pelbagai jenis.

City of Dream katanya.
Selfie dulu.
Laluan ni cantik, siap ada carpet lagi.
Dah habis shopping (aku tak beli apa-apa pun sebab bajet ketat) kami pun balik semula ke 'airport Macau' dengan menaiki bas Venetian (free shuttle bus dari hotel). Dari airport kami naik bas Wynn (free shuttle bus jugak) dan balik ke Senado Square! Dengan keadaan yang sangat la laparuddin, balik je hotel terus masak megi dan makan dengan lahapnya. Malam tu kami just pusing-pusing lagi area Senado Square sesambil cari souvenir untuk kengkawan. Alhamdulillah jumpa satu kedai souvenir murah kat celah-celah lorong di Senado Square tu. Apa lagi, kami pun borong la! Pekerja kedai tu ada yang bangsa Filipina, ada yang bangsa Indonesia, so senang sikit la nak berkomunikasi dalam English.

Senado Square waktu malam.
Ni lah kedai souvenir murah tu.
Keesokan harinya kami ada satu lagi misi penting! Kami nak pusing Macau dan naik kereta kabel. Memang kalau tengok dalam peta, antara tarikan utama kat Macau selain Venetian City, boleh juga pergi naik kereta kabel!

Sekitar Macau ni banyak bangunan cantik
Lorong-lorong pun bersih je.
Takdelah serabut sangat.
Ha pi cari lokasi dulu.
Pi kerja ke tu?
Masalahnya nak menuju ke arah tempat kereta kabel tu pun satu hal, celah mana nak lalu pun agak mengelirukan. Kami pun redah je sambil tanya-tanya orang tempatan. Sesambil tu jugak terjumpa satu tempat ni, ada banyak bangunan lama yang lawa, so apa lagi kami pun singgah sambil menggedik la! Hahaha. Jumpa pulak satu bangunan kat area Igreja de S. Lazaro yang sangat cool.

Moh bergambar sakan!
Alien planet mana tu?
Tunggu bas ke bang?
Akak tunggu beca ke?
Usai bergambar kami meneruskan perjalanan lagi, dekat setengah jam jugak la menapak akhirnya jumpa jugak tempat naik cable car tu. Apa yang menarik sangat pasal cable car ni? Kalau nak tahu, cable car ni merupakan yang terkecil di Asia! Ha jangan memain! Memang kecik je boleh muat-muat empat orang satu gondola tu.

Pejabat cable car
Dapat tiket dah!
Harga tambang mengikut kebesaran.
The smallest cable car in the world!
Nasib baik muat.
Berangan jap.
Menuju ke puncak!
Nampak la sikit bandar Macau.
Dah sampai puncak!
Tambang naik cable car ni pun murah je dalam RM 1.50 seorang! Hahaha korang nak naik 15 kali pun boleh! Dari bawah ke puncak bukit tu taklah tinggi sangat, dalam 5 minit je naik cable car tu.  So apa yang ada kat atas bukit tu????? Jeng jeng jeng...tunggu sambungan ye.

WASSALAM.

2015-08-21

Keputusan TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 (Part 2) - The Prizes!

Assalammualaikum!!!

Akhirnya kesemua pemenang TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 semua dah dapat hadiah masing-masing! Tahniah, semua gembira dengan hadiah yang kami sediakan kan, walau tak segrand pakej percutian 14 hari ke Italy, tapi syukurlah dapat juga sesuatu yang istimewa dari kami kan! Hiks.


Jadi berikut adalah pemenang-pemenang dan hadiah yang diperolehi! TAHNIAH sekali lagi dari pihak penganjur! InsyaAllah kalau ada lagi tahun-tahun mendatang korang yang lain join la jugak! Kasi lebih meriah!

1ST : ONE RETURN FLIGHT TICKET TO BANGKOK, THAILAND
"ISABELLE"

2ND : ONE NIGHT STAY AT CONTAINER GARDENSTAY @ BANGKOK VILLAGE, JOHOR BAHRU (FOR 2 PERSON) 
"NONA QIYAH"

3RD : ONE FULL DAY PASS AT DISTRICT 21 APOCALYPSE THEMED ACTION ADVENTURE PARK @ 101 CITY MALL, SELANGOR (FOR 2 PERSON)  
"WANDERLUSTDJ"

SAGUHATI : ONE UNIQLO WINDBREAKER FOR MEN
"HAFIZ YUSOF"

KHAS JURI : ONE H&M SWEATER FOR WOMEN 
"JEA MOHAMAD"

Wuhuuuuuuuuu TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!!!! Semoga semua bergembira dengan hadiah masing-masing!

InsyaAllah teruslah menyokong komuniti Blogger! Kalau bukan kita siapa lagi ye tak? Hiks. 

Psst: Sorry agak busy untuk sambung entry Macau, terpaksa terbang ke sana ke mari demi sesuap nasi. InsyaAllah akan disambung secepat mungkin!

WASSALAM.

2015-08-03

Keputusan #TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015!!! (Part 1)

Assalammualaikum!!!

Debor tak baca tajuk? HaHaHa!!! Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri dulu sebab #Rayakansebulan! Hiks


Ok keputusan ni kita buat dua entries la ye sebab satu entry untuk umum keputusan dan satu lagi untuk umumkan hadiah! Eksaited nak tau siapa menang???? 

Ok drum rolls!!!!!

Diumumkan pemenang TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015:-

  1. http://thesnowwybear.blogspot.com.au/2015/07/travelholicawesome-photo-challenge.html (Isabella Is)
  2. http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html?m=1 (Noona Sani)
  3. http://wanderlustdj.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015.html?m=0 (Wonderlust DJ)
  4. http://pisangsetandan.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-hafiz.html (Hafiz Yusof)
HADIAH KHAS JURI:
TAHNIAH SEMUA!!!! Ok untuk mengetahui apakah hadiah yang menanti pemenang, kita tunggu entry selepas ni! Hiks

TO ALL WINNERS, PLEASE DROP AN EMAIL TO biqque@gmail.com WITH SUBJECT "Saya Pemenang #TA PHOTO CHALLENGE No: (Letak kedudukan anda)" UNTUK URUSAN HADIAH.

POST TAG #TRAVELHOLICAWESOME BLOGS:  

POPULAR POSTS