Posts

LATEST FROM THE AUTHOR

VIETNAM: Cerita Jalanan Hanoi: Bila Kamera Tangkap Kehidupan

Image
Pagi-pagi aku dah terpacak kat Hanoi Old Quarter, kopi Vietnam ais tangan kiri, kamera tangan kanan. Kawasan ni memang hidup, jalan sempit, motor bersimpang-siur macam tak kenal erti brake. Bau kopi dari Cafe Giang terbang sekali dengan bau sup Pho dari gerai tepi jalan. Old Quarter ni dah wujud sejak lebih 1,000 tahun, dulu setiap jalan ada guild sendiri, jalan besi, jalan kain, semua ada sejarah. Sekarang, jadi syurga street photographer macam aku la, setiap sudut ada cerita. Masuk celah-celah lorong, aku nampak makcik jual buah duduk atas bangku kecik, pakcik hisap rokok sambil main dam dengan kawan. Dinding bangunan warna kuning pudar, pintu kayu lama, vibe kolonial Perancis tu memang kuat sebab Vietnam pernah dijajah France. Balkoni besi karat penuh pokok hijau, bila kena cahaya pagi memang aesthetic habis. Aku snap je apa yang lalu depan mata, tak payah pose, real life lagi hidup. Tengah hari panas dia lain macam. Aku lepak kejap dekat Hoan Kiem Lake, tengok orang tempatan joggin...

FRANCE: Eiffel Tower, Akhirnya Ketemu Jua

Image
Hari pertama di kota Paris, aku dan sepupu dah sepakat, hari ni fokus kita cuma untuk Menara Eiffel je. Benda lain semua tolak tepi dulu. Sejak semalam, sebaik saja aku sampai di rumah sepupu yang memang menetap di sini, nama “Eiffel” dah jadi topik perbualan utama. Pagi tu kami bersiap awal. Sepupu aku dah siap merancang laluan, katanya cara paling mudah ialah naik Metro subway terus ke Eiffel Tower Station. “Senang, tak payah fikir nak tukar-tukar line banyak,” dia yakinkan. Dalam metro, aku duduk sambil tengok sekeliling, orang Paris sibuk dengan rutin pagi masing-masing. Ada yang baca buku, ada yang tekun menatap telefon, dan ada juga yang kelihatan sedang menikmati kopi dalam cawan kertas. Bau roti croissant dari penumpang sebelah membuatkan perut aku terasa lapar walaupun baru saja bersarapan. Alhamdulillah cuaca hari itu baik. Langit biru bersih, awan putih nipis melayang, dan walaupun musim panas, suhunya masih selesa. Sesekali angin sejuk menyapa, cukup untuk menyejukkan kulit...

Kisah Korban Tahun Ini: Alhamdulillah, Masih Diberi Rasa Untuk Berkongsi

Image
Tahun ini, semuanya berlaku tanpa perancangan yang rapi. Tiada siapa yang betul-betul menetapkan untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban, tapi Allah gerakkan hati kami di saat-saat akhir. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. “My mon” kata, “Tak perlu besar-besaran. Kita buat kenduri kecil-kecilan saja lepas lembu disembelih. Jemput saudara-mara yang balik beraya dan beberapa jiran terdekat. Sekadar menjamu apa yang ada.” Aku angguk saja. Aku tahu itu yang buat hati ibu gembira, jamu orang makan. Ada sesuatu yang sangat tenang dalam melihat ibu tersenyum di dapur, walaupun tubuhnya tidak sekuat dulu. Dan ayah, meski langkahnya makin perlahan, masih tetap mahu turun padang, memerhati dari jauh, sekurang-kurangnya. Tahun ini, aku cuma mahu yang terbaik buat mereka berdua. Tiada impian besar pun, cuma satu harapan kecil: semoga Allah terus memelihara ayah dan ibu seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil. Sejak aku belum tahu apa-apa tentang dunia, merekalah pelindung, guru, pe...

Poskad Terakhir Buat Seorang Sahabat

Image
Hari ni aku tulis bukan pasal tempat aku pergi. Tapi pasal orang yang selalu tunggu cerita aku balik. Kawan baik aku, sahabat yang aku kenal sejak lebih 30 tahun, dah pergi buat selamanya. Aku masih terdiam, masih rasa macam mimpi. Sebab dua minggu lepas, aku baru je jumpa dia. Baru balik dari Swiss, sempat kirim barang yang dia pesan, macam biasa. Dia senyum. Dia nampak happy. Tapi aku tak tahu… rupa-rupanya, dia tengah simpan sakit yang aku tak nampak langsung. Yang paling aku sedih, anak-anak dia masih kecik lagi. Dan aku tahu, dia sayang anak-anak dia lebih dari apa pun. Macam mana nak jelaskan pada mereka, mak yang diorang peluk hari-hari… dah tak ada? Dia adalah antara manusia yang sentiasa memberi aku semangat. Setiap kali aku travel, dia adalah orang pertama yang akan bertanya. “Kau kat mana sekarang?” “Ada kirim poskad untuk aku tak?” Dia suka poskad. Bukan sebab rupa atau gambar tempat tu, tapi sebab tu cara dia rasa dekat dengan aku. Dan aku memang tak pernah lupa. Dar...

FOOD HUNTER: Zam Zam Restaurant, Singapore – Murtabak Legend Sejak 1908!

Image
Hari itu matahari belum lagi sampai ke kemuncaknya bila kami sampai di kawasan Kampong Glam , salah satu kawasan paling berwarna di tengah kota Singapura. Deretan bangunan warisan dengan seni bina lama, ditambah pula dengan bayang megah Masjid Sultan , membuatkan langkah kami perlahan – bukan kerana letih, tapi kerana terpesona. Tapi kan, ada satu misi yang lebih penting sedang menanti. “Zam Zam,” bisik aku perlahan. Nama itu disebut-sebut ramai – restoran mamak legenda yang katanya telah bertapak sejak tahun 1908 . Seratus tahun lebih, dan masih berdiri gah di tengah hiruk-pikuk kota moden. Tak hairanlah pintu kacanya sentiasa berayun, dengan pelanggan keluar masuk tak putus-putus. Kami masuk, disambut bau kari dan rempah yang seolah-olah mahu membalut tekak kami dari luar. Suasana di dalam sederhana, meja penuh, suara pelanggan bersahut-sahutan, ada yang pesan nasi, ada yang tunjuk murtabak sebesar dulang. Kami duduk, dan tanpa berbincang panjang, satu demi satu pesanan keluar dar...

SINGAPORE: Singgah Sekejap Di Singapura – Chinatown & Merlion Park

Image
Jetlag Swiss pun tak habis lagi, tapi kerja punya pasal, sambung terus flight ke Singapura. Semua ni urusan rasmi, bukan bercuti pun. Tapi aku anggap je rezeki. Janji Allah pelihara kesihatan, InsyaAllah… demi sesuap nasi, kita redah je. Flight sampai petang, cuaca panas berkuap tapi langit cerah. Urusan kerja memang padat siang hari, tapi nasib baik ada ruang lepas waktu pejabat. Aku dengan colleague, termasuk sorang kawan aku, Cina, orang Malaysia jugak, ikut sama dalam trip kerja ni. Kami plan keluar jalan-jalan kejap, takkan nak duduk bilik hotel je kan. Kami naik MRT, efisien betul sistem pengangkutan dia. Bersih, cepat, dan mesra pelawat. Turun je kat Chinatown MRT Station, terus terasa suasana meriah. Lampu merah menyala-nyala, dengan deretan kedai jual macam-macam, dari cenderahati, herba Cina, makanan jalanan, sampai la ke kain baju dan lukisan kaligrafi. Kami sempat pusing dalam Chinatown Street Market, tempat paling klasik kalau nak cari barang kenangan. Aku beli fridge magn...

Geneva: Pusing-Pusing Lagi di Old Town Geneva – Kembali Juga Aku Kat Sini

Image
Kalau tahun lepas aku dah siap ucap “goodbye Geneva” dengan penuh gaya, feeling macam last trip ever, kali ni aku sendiri pun tak sangka dapat jejak kaki balik ke sini. Kadang hidup ni memang suka buat plot twist tanpa warning. Jodoh aku dengan Geneva ni kuat sungguh agaknya. Hahahaha. Pagi tu, lepas settle urusan kerja yang entah berapa kali buat aku tarik nafas panjang (layan kerenah manusia ni boleh buat burnout tau), aku pun decide untuk ambil masa jalan-jalan sorang di Old Town Geneva, tempat yang memang penuh sejarah, penuh nostalgia, dan yang penting…tenang sikit dari hiruk-pikuk. Mula-mula aku naik ke St. Pierre Cathedral, gereja lama yang iconic tu. Tangga dia boleh tahan tinggi jugak, tapi bila sampai atas, view dia memang berbaloi. Dari luar bangunan tu sendiri pun dah cukup buat aku kagum – seni bina lama yang penuh detail, dengan dinding batu dan menara tinggi yang menjulang. Aku jalan keliling sekejap, ambil gambar dan tengok sekeliling. Orang ramai keluar masuk dengan te...