Epilog: Raya Dah Tak Sama

Hari raya dah tak semeriah dulu.

Dulu, rumah Embah penuh dengan suara, ada yang jerit panggil budak mandi, ada yang sibuk lipat duit raya, ada yang gelak sampai terbatuk-batuk. Tapi sekarang, rumah tu lengang. Bila aku masuk, yang sambut cuma bau langsir lama dan kerusi rotan yang dah mula berbunyi bila duduk.

Ramai dah tak balik. Mungkin sebab jauh, mungkin sebab tak sempat, atau mungkin sebab… dah tak rasa sama sebab atok dan embah dah tak ada. Yang tinggal pun, duduk masing-masing dengan phone, scroll feed, update story, sesekali angkat muka, senyum sikit, tapi tak betul-betul ada.

Tapi tahun ni aku ajak cousins yang masih ada, “Jom, kita ronda kampung. Aku nak ambik gambar.”

Naik kereta je, tak kuasa nak jalan kaki tengah panas macam zaman kecik-kecik dulu. Aircond pasang kuat, playlist raya pasang pelan-pelan. Kami gelak, cerita sikit-sikit, tapi semuanya rasa… lain.

Kami berhenti kat port lama. Pokok jambu tempat dulu main buai, masih ada, cuma dah tak berbunga. Kedai Pak Mat dah jadi bangunan kosong dengan dinding reput. Jambatan kecik kat hujung kampung tu pun dah berlumut. Tapi aku tetap ambik gambar. OOTD katanya, tapi aku tahu, aku cuma nak simpan rasa.

Dalam gambar, semua nampak ceria. Tapi aku tahu dalam hati masing-masing ada kosong. Macam frame yang tak cukup orang. Dulu, ramai. Sekarang… cukup syarat je.

Balik rumah Tok, masing-masing terus senyap, scroll phone. Tapi aku buka balik galeri gambar. Tengok satu-satu. Dan aku senyum. Sebab walaupun raya dah berubah, hari tu, satu hari tu, kami ada. Bersama. Keliling kampung, dalam kereta aircond, senyum depan kamera.

Mungkin tahun depan semua akan lebih senyap. Tapi sekurangnya tahun ni, aku sempat tangkap satu hari yang rasa hidup.

Memori tu, aku simpan baik-baik. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.

WASSALAM.

Kg. Sungai Limau - Mac 2025

Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Mohon Maaf Zahir Dan Batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏

      Delete
  2. At least masih ada lgi rumah pusaka.. setidaknya menjadi pengubat rindu para saudara mara yg masih ada. Kita pulak rumah pusaka telah dijilat api tatkala pakcik terakhir berumur 81 tahun masih menghuni di rumah pusaka berkenaan..namun skrg hanya tanaha yg ada utk kami pijak dan mengimbau kembali kenangan ketika kecik dahulu bermain parit.. panjat pokok dan sebagainya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahu, tragis nya. Ya kenangan masa kecil di kampung takkan dapat ditandingi.

      Delete
    2. kenangan raya TA belum ada kena buat sebelum terlambat hahaha :D

      Delete
  3. Semakin menginjak umur dewasa dan semakin ramai orang tua yang beralih alam akan terasa kehilangan itu apa pun kita raikan mengikut zaman. Memang lah kenangan dan nostalgia itu akan kita rindu apa lagi momen-momen indah semasa berhariraya tapi kena hargai apa yang kita ada sementara hidup masih ada. Kita yang akan mengukir memori itu mengikut acuan kita sendiri. Selamat hari raya maaf zahir batin. Tapi kadang geram je dengan anak buah. Ramai tapi masing-masing sunyi dan sibuk dengan gajet. Agaknya nanti orang sudah tidak reti berkomunikasi dengan orang sekeliling. Aduhaiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... zaman dah berubah dan kita terpaksa menerima hakikat tersebut.

      Delete
  4. sama jugak bila rumah dah takda 'Mak' pun akan jadi 'tak sama'.

    salam aidilfitri & mohon maaf salah silap brader Ren! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 🙏

      Delete
  5. I feel you. Mungkin Krn usia semakin bertambah. Lebaran memang tak sama macam dulu. Dulu bisa bertemu orangtua, makan masakan mama. Skr memang tak bisa. Macam saya yg beda pulau dengan papa mama. Kalo mudik selalu pilih saat bukan peak season. Sebab di masa lebaran, tiket flight gila2an naiknya.

    Itu yg buat lebaran tak lagi sama.

    Minal Aidin walfaizin Abang. Maaf lahir bathin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan dan skills yang tak dapat ditinggalkan

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

Popular posts from this blog

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria