Kisah Korban Tahun Ini: Alhamdulillah, Masih Diberi Rasa Untuk Berkongsi

Tahun ini, semuanya berlaku tanpa perancangan yang rapi. Tiada siapa yang betul-betul menetapkan untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban, tapi Allah gerakkan hati kami di saat-saat akhir. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. “My mon” kata, “Tak perlu besar-besaran. Kita buat kenduri kecil-kecilan saja lepas lembu disembelih. Jemput saudara-mara yang balik beraya dan beberapa jiran terdekat. Sekadar menjamu apa yang ada.” Aku angguk saja. Aku tahu itu yang buat hati ibu gembira, jamu orang makan. Ada sesuatu yang sangat tenang dalam melihat ibu tersenyum di dapur, walaupun tubuhnya tidak sekuat dulu. Dan ayah, meski langkahnya makin perlahan, masih tetap mahu turun padang, memerhati dari jauh, sekurang-kurangnya. Tahun ini, aku cuma mahu yang terbaik buat mereka berdua. Tiada impian besar pun, cuma satu harapan kecil: semoga Allah terus memelihara ayah dan ibu seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil. Sejak aku belum tahu apa-apa tentang dunia, merekalah pelindung, guru, pe...