Posts

Showing posts with the label Selangor

Entry Hari Raya Aidil Fitri 2013 Di Hari Pertama Sahaja

Image
Assalammualaikum! Adoi lamanya tak berapdet kan.. maklumla busy dengan Hari Raya ! Macamana sambutan hari raya korang semua? Mestilah meriah ye tak? Dengar cerita ada yang baru dapat coti pada hari raya ke -7? Hahahaha terpaksa gelak sebab raya ke 7 kot??? Nak beraya dengan sape tu? kekeke. Ok just a quick update pasal hari raya aku tahun ni. Kiranya tahun ni agak sakan jugak la beraya walaupun tak berapa nak meriah sangat sebab ramai sedara-mara yang tak dapat cuti dan ada yang balik ke kampung mertua masing-masing. Tema raya keluarga aku tahun ni adala "Kelabu DiHati" . Huh dengar tajuk tema je pun dah tempting kan nak tahu? Warna Kelabu la, ada ke yang tak tahu kelabu tu macamana? Kalau tak tahu sila Google. Macam biasa, sehari sebelum raya mesti balik ke kampung embah (orang Jawa panggil nenek / opah tu adalah embah) di Selangor. Sempat la singgah beli lemang kat tepi jalan di Teluk Anson sebab nak memanggang lemang sendiri memang tak mampu. Dan macam bi...

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Image
Assalammualaikum!!! Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan , amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan. Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia ) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk ! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain)...

Program Masuk Kampung: D'Muara Marine Park Water Chalet, Sungai Haji Dorani

Image
Assalammualaikum!!!  Lari sekejap dari cerita di Jawa Timur, kembali ke Malaysia katanya, hehehe. Minggu lepas, aku berpeluang balik ke kampung nenek, sebab ada urusan kerja. Sambil-sambil tu dapat la jumpa nenek aku yang dah lama aku tak jumpa. Nenek pon dah rindu giler kat aku katanya huhuhu.... alhamdulillah dapat le melepas rindu.  Ok sebenarnya aku ada urusan di D'Muara Marine Park Water Chalet yang terletak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Program melawat chalet kekdahnya, sebab ada program opis aku yang di buat di situ. Sebenarnya aku dan family selalu ke chalet ni, boleh dikatakan hampir setiap tahun kami akan ke sini. Apa yang aku suka tentang tempat ni adalah pemandangan yang disajikan di kawasan sekitarnya. Lokasi chalet ni terletak betul-betul di dalam kampung nelayan dan yang paling best , terdapat sebuah jeti tempat para nelayan pergi dan balik ke laut untuk menangkap ikan. Memang live depan mata kalau nak tengok keindahan perkampon...

Kunjungan Lagi ke Paya Indah Wetland, Dengkil 2013!

Image
Assalammualaikum!!!! Cerita dah basi, tapi aku still nak tulis jugak sebab mana la tau ada info-info yang berguna untuk dikongsikan dengan sesiapa yang sudi baca blog ni kan. Ok last few weeks aku dan housemate telah secara on the spot nya menjengah kembali Paya Indah Wetland (PIW)!  Wow bayangkan dah berapa lama aku tak datang semula ke Paya Indah Wetland ni, kali terakhir pon rasanya pada tahun 2011 (atau mungkin 2010?). Jadi boleh la aku tengok jikalau ada apa-apa perubahan yang berlaku di situ! Sebenarnya motif utama terjah Paya Indah Wetland kali ni adalah untuk testing buat fotoshoot untuk beberapa job yang akan datang. kiranya meriki-riki la jugak. So seawal pagi (takda la awal sangat) yakni jam 7.00 pagi kami dah gerak dari Bukit Jalil, meredah LDP menuju ke Dengkil. Ya Paya Indah Wetland terletak di Dengkil. Alhamdulillah, keadaan trafik dan cuaca sangat tenang pagi tu, mungkin sebab hari minggu kot? Dan awal lagi pulak tu. Nampak tak awan berben...