Assalammualaikum!!!
Lari sekejap dari cerita di Jawa Timur, kembali ke Malaysia katanya, hehehe. Minggu lepas, aku berpeluang balik ke kampung nenek, sebab ada urusan kerja. Sambil-sambil tu dapat la jumpa nenek aku yang dah lama aku tak jumpa. Nenek pon dah rindu giler kat aku katanya huhuhu.... alhamdulillah dapat le melepas rindu.
Ok sebenarnya aku ada urusan di D'Muara Marine Park Water Chalet yang terletak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Program melawat chalet kekdahnya, sebab ada program opis aku yang di buat di situ. Sebenarnya aku dan family selalu ke chalet ni, boleh dikatakan hampir setiap tahun kami akan ke sini. Apa yang aku suka tentang tempat ni adalah pemandangan yang disajikan di kawasan sekitarnya. Lokasi chalet ni terletak betul-betul di dalam kampung nelayan dan yang paling best, terdapat sebuah jeti tempat para nelayan pergi dan balik ke laut untuk menangkap ikan. Memang live depan mata kalau nak tengok keindahan perkampongan nelayan yang sebenar!
Sempat la jugak aku layan ambik gambar sunset kat situ, sambil merenang ke tengah laut Selat Melaka mengenang nasib diri... hahaha #drama.
Antara kemudahan yang disediakan di D'Muara Marine Park ni adalah tempat mesyuarat, ruangan BBQ (kadar sewa ruangan BBQ adalah RM 300 /malam) boleh memuatkan peserta seramai 100 orang, ada juga karaoke (RM 150 / malam ), kawasan riadah (futsal dan sukaneka juga boleh diadakan di situ) serta kawasan untuk bermain paintball. Untuk keterangan lanjut boleh melawat laman web mereka di SINI.
Terdapat chalet yang menyajikan pemandangan laut dan pemandangan kampung (Harga semalam penginapan adalah RM 170 sebilik) dan kita akan tidur di atas air sambil mendengar deruan air laut yang menghempas pantai. Ada juga apartment 2 bilik untuk tetamu yang berkeluarga ramai. Harga satu apartment adalah RM 180).
Disamping aktiviti di kawasan chalet, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah merayau-rayau di keliling kampung, main tengah sawah dan shopping di Pekan Sungai Besar! Jangan tak tahu, Pekan Sungai Besar sangat popular dengan jualan kain yang murah-murah! Hasil keluaran kampung seperti kerepek dan buah-buahan jugak sangat banyak di sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk shopping!
Ok lah, saje je nak tolong promote kampung sendiri. Kalau nak merasa duduk di chalet atas lau boleh la try!
Haritu jugak mak saya masak Lemper! Makanan tradisi masyarakat Jawa. Itupun nenek yang ajar! Suka!~ |
Wah cantiknya kampung ni. Di sinilah kawan-kawan Beijing saya tinggal semasa mereka praktikal di Malaysia. Katanya mereka tinggal di homestay Sungai Haji Dorani 2-3 hari. :)
ReplyDeletetido atas air?
ReplyDeleteapakah?
....camneh tuh?
(mana lemper???tak tapau? kbai)
sukeeee!!!!wah aku tak sempat lah nak pegi tepi air yg banyak cengkerang2 tuhh...huhuh...
ReplyDeletecntekkkkkkkk gila pemandangan..harga pun murah.. =)
ReplyDeletebestnyer family day! tahun ni family pak ein tatau nak pi mana lagi...
ReplyDeleteehhh? dekat kg arwah nenek saya! dulu kekecik kalo blk selalu datang sini hihi
ReplyDeletelerrr ko ni ade darah JAWAAAA ker???
ReplyDeleteheheheee
cantik gambor!!!
wey pergila pulau lang tengah plak.lepas tu cite dkt aku.(xpepasal plak)kekekek
ReplyDeleteni temapt keja sy ;) TQ dtg.... ni program under En. Azruldin kan??... apa2 pn ada masa dtg la lgi....
ReplyDeletejom pegi sini jela! hahaha mcm menarik je siap ade bbq lagi tuh.
ReplyDeleteKak NA:
ReplyDeleteCantik kan... er tapi yang ni bukan Homestay Haji Dorani, itu homestay lain, yang ni adalah D'Muara Marine Park Chalet di Sungai Haji Dorani hehehe.
Kak Anash:
ReplyDeleteNak tau cane tido atas air? Sila cuba datang sini. HAHAHA
Lemper dah jadi najis dari perut hahahahahaha
Beautifullife:
ReplyDeleteHaaaa? Ko tak sempat pg situ? Ruginya!
Ayung:
ReplyDeleteHa apa lagi, silalah berkunjung ke situ hehehe.
Biqque:
ReplyDeleteBest kan family day, aku baru rasa family day opis sekali dalam masa 8 tahun.
Ceklala:
ReplyDeleteOh ye? Nenek saya pon duduk kat kampung ni. :)
Maszuber:
ReplyDeleteYe laaaaa memang le aku darah jawa... ko tatau ke haipppp!
HAhahhaaa..
Anoy:
ReplyDeleteLang tengah kat Terengganu.
Kopiolimauice:
ReplyDeleteYe ke keje situ hehehe. Haah le yang tu.
John:
ReplyDeleteJom!