2013-03-14

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 5): Good Bye Bromo Permai || Sunset At Tanjung Papuma!

Assalammualaikum!!

Al-fatihah buat semua perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. -Amin #pray4Sabah

[ Sambungan daripada Episode 4: Savanah, Pasir Berbisik dan Puncak Bromo ]

Alhamdulillah, puncak Bromo telah berjaya kami tawan dalam masa beberapa jam, dari subuh sampai ke pagi. Selepas bersarapan pagi di cafe Bromo Permai dan kembali ke bilik hotel untuk bersiap-siap mengemas barang, akhirnya dalam jam 11.00 pagi macam tu kami pon check out dari Bromo Permai. Sebelom meninggalkan Bromo Permai, sempat juga kami bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan dua orang gadis dari Singapore yang se-jeep dengan kami di Bromo pagi tadi. Diorang berdua akan terus pulang ke Surabaya dan berjimba-jimba di sana, manakali perjalanan kami pulak masih jauh yakni menuju ke kaki Gunung Ijen, sebuah lagi gunung berapi yang kami nak terjah.

Hotel Bromo Permai, Probolinggo.
Kawasan bilik-bilik penginapan di Bromo Permai.
Bergambar Bersama... :)
Kawasan Bromo Permai
Perjalanan meninggalkan Bromo Permai agak tenang dan rasa sedih jugak la, sebab tak tahu bile lagi aku nak sampai ke situ. Mungkin sekali seumur hidup je kot.? Tapi siapa tahu, mungkin kalau ada rezeki, aku akan terjejak lagi kaki kat situ kan. Hehehe. Macam semalam, masa mula-mula sampai, kami terpegun melihat keindahan gunung-ganang di sekitar Daerah Probolinggo ni, dan hari ini masih dengan perasaan yang sama, cuma sedikit penat la sebab dari semalam, kerja mendaki kami tak berhenti-henti. Bermula dengan mendaki di air terjun Madakaripura, lepas tu mendaki di Bromo pulak, guh memang penat weh. Dah le tak de prektis apa-apa sebelum datang sini, semata-mata mengamalkan konsep pasrah dan redho je la.

Memandangkan kami bertolak dari Bromo Permai pun dah tengahari, maka perjalanan menuju ke kaki gunung Ijen harus dicepatkan. Tapi sebelum tu, makan tengahari tetap kena makan! Mana boleh skip-skip lunch! Itu bukan prinsip kami yang bertembolok naga ni ye hahahaaa. So dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Viona. Masa tu belasah je la makan apa yang ada, yang penting ada nasik. Kos makan tengahari kami berempat adalah IDR 113, 000.00 , agak mahal jugak ler Rumah Makan ni dan banyak lauk yang dah habis, mungkin sebab masa kami datang tu dah petang, lebih kurang jam 3 petang rasanya.


Lepas makan dan solat di stesen minyak berhampiran, kami menetuskan perjalanan yang masih berbaki beberapa jam. Kalau tak salah aku, total masa perjalanan secara terus dari Probolinggo ke Kaki Gunung Ijen adalah lebih kurang empat jam! Memang jauh, tapi demi keriangan berganda, memang kami terpaksa bertabah.

Sebenarnya kami tak terus menuju ke Kaki Gunung Ijen, pak supir yakni Pak Hafidz membawa kami singgah di sebuah kawasan pantai yang sangat cantik, yakni Pantai Tanjung Papuma! Lokasi pantai ni agak jauh masuk ke pedalaman dari jalan besar, di mana kami melalui kawasan sawah padi, kebun sayur dan kawasan hutan pokok mati sebelum tiba di Tanjung Papuma. Memang cantik kawasan pantai ni. Masa kami sampai kat situ pon dah pukul 5 petang macam tu, so menurut Pak Hafidz kami akan menunggu sunset di situ. Yeay!


Sementara menunggu waktu sunset, lebih kurang jam 6.30 petang macam tu, kami sempat la buat perangai bergambar sakan di tepi pantai dan sempat jugalah duduk minum air kelapa dan teh botol kat gerai-gerai makan yang banyak terdapat di sepanjang pantai Tanjung Papuma tu. Sebenarnya Tanjung Papuma merupakan sebuah Taman Negara, dan kebanyakan pokok yang ada kat situ memang unik, antaranya pokok-pokok palma yang jarang dapat aku tengok kat negara


Bila dah dekat jam 6.00 petang, Pak Hafidz mengajak kami memulakan pendakian! Ohmaiiii mendaki lagi katanya? Kalau nak tengok sunset kena la naik ke kawasan yang paling tinggi! Dah la masa tu kaki aku dah lenguh-lenguh dan  sengal-sengal, maklumle dah lama tak mendaki. Tapi ku gagahkan jua pendakian demi keriangan berganda. Ala bukan mendaki tinggi sangat pon, ada anak-anak tangga disediakan untuk menuju ke puncak di mana terdapat satu pondok dan kawasan untuk menyaksikan sunset.



Alhamdulillah, sampai jugak ke puncak. Pendakian tak sampai 15 minit pon. Dekat je, dan dapatlah kami melihat keindahan teluk Papuma dengan bentuk muka buminya yang berbukit, berteluk dan bertanjung! Menurut Pak Hafidz lagi, kat situlah titik pertembungan di antara laut Indonesia dan laut Australia. Tapi memang jauh la kalau nak tengok, memang tak akan nampak kalau tengok dari situ je. Masa kat sini teringat pulak dengan kawasan Uluwatu Temple di Bali, lebih kurang la kawasan tebing lautnya, curam dan menjunam ke laut. Dan teringat juga keadaan di Cape Leeuwin Lighthouse, Western Australia, kawasan pertembungan dua laut juga. Hmmm rindu nak ke sana lagi. Hehehee.

So kami kat atas tu lama jugak la, tunggu sampai nampak golden moment. Subhanallah memang cantik tengok sunset kat situ. Setakat ni , semua sunset kat mana-mana aku pergi pon tetap cantik. Allah dah jadikan keindahan matahari terbenam tu dengan keindahan yang tersendiri. Kompom takkan mengecewakan walau di manapun kejadian itu berlaku.


Dari jauh dapat jugak dilihat sebuah pulau yang agak besar berhadapan dengan Tanjung Papuma ni, menurut Pak Hafidz lagi, pulau tu tak ada penghuni yang yinggal di situ. Maksud aku, tiada manusia yang tinggal kat pulau tu. Entahle tak tau kenapa, tapi aku rasa pulau tu memang besar la, lebih kurang macam Pulau Pangkor.

Dah agak gelap, lalu kami pon turun semula ke kereta untuk meneruskan perjalana. Kata Pak Hafidz ada lagi 2 jam perjalanan! Mak datuk jauh lagi rupanya. Masa tu pon dah pukul 7.00 malam. So apa  lagi, duduk dalam kereta, membuta je la, kasi hilang lelah. Makluaamla, banyak lagi tenaga diperlukan unyuk pendakian esok.


Dalam perjalanan, kami singgah beli dinner di KFC sahaja. Tapau untuk makan di hotel sebab mengejar masa. Malas dah nak singgah mana-mana sebab nak kena rehat secukupnya. Akhirnya kami sampai jugak ke Arabica Homestay, semua tu dah diaturkan oleh Pak Hafidz, termasuk dalam pakej yang kami ambik. Senang kan, tak payah serabut nak pikir. Lagipun, kat kaki gunung Ijen tu takde banyak hotel atau hostel, yang ada hanya dua yang dijadikan port untuk para pendaki gunung Ijen sebelum mendaki dan turun dari gunung berapi tu. Satu lagi hotel yang popular adalah Catimor Homestay, tapi kami tak dapat stay situ sebab dah penuh. Arabica pon Arabica la, jani boleh tidor. Alhamdulillah keadaan homestay tu agak selesa, satu rumah ada empat bilik tidur, dan setiap bilik ada 2 buak katil dan satu bilik air.

Sebelum tidur (masa tu dah pukul 10.30 malam!) kami makan dulu bekalan KFC yang kami beli tadi. Lapar memang tak ingat la, mengantuk pon ye jugak. Tak sempat nak mandi, lepas makan terus tidor! Hahahaha betapa penatnya. Bayangkan lepas ni nak bangun pukul 12.30 pagi pulak tu! So memang kena tidor jugak. Pak Hafidz pulak tidor dalam kereta, hmmm entahle macamana dia oleh tidor dalam keadaan sejuk beku macam tu dalam kereta. Lantaklah, dah biasa dah tu gamaknya.

Ok, nanti aku sambung kisah pendakian dinpagi buta pulak ya.

Bersambung....

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com ,
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM

16 comments:

  1. aku tertarik dgn couple yg tgh photoshoot ala2 romatik tu..

    entry ko membuatkan aku terus membilang hari..warghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan;

      Hahaha kompiden kan kapel tu. yer sila menghitung hari ya!

      Delete
  2. ooo takde org kat pulau tu ek? eiii cam scary jer...hehehe...

    cantek cliff nyer, mcm kat negara omputeh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqq Mama:

      Kan skeri kan, teringat citer doktor gile yang kat pulau tu, citer apa tah namanya lupa. Hehehehe

      Delete
  3. wow! kegigihan melanda! clift tu mmg cntik wlpn agak scary sbb curam kat situ. kalo jatuh, terus arwah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. John;

      Hahahaha bayangkan kalo aku tolak ko kat tebing tu

      Delete
  4. gambo pokok belakang biru adalah cantik.....

    iya
    tanpa bekalkan stamina ...main redah aje...kita masih mampu sampai di sana
    ewah ewah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Gitewwww HaHaHa!!! Mmg kite gigih!

      Delete
  5. Huwarkhhhhhhh.... hadei hadeiiii.... berapa kali mendaki larrr.... ekekekekeke.......

    Cantik Pantai Papuma nih... Tak rugi singgah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masmz:

      Mendaki gunung nan tinggi Gitewwww sanggup katanya.

      Papuma mmg cantek.

      Delete
  6. cantik giler siot gambar dekat tepi pantai papuma tu, tambah-tambah gambar masa sunset, stress aku tengok, arhh...cantik ya amat!

    ReplyDelete
  7. cantiknya sunsettttt

    asal couple yang buat photoshoot tu mcm x matching je.???? hehehe

    ReplyDelete
  8. cantiknye gambo yang pokok mati awan biru tuuuuuuuu!

    ReplyDelete
  9. Orga:

    Ha kena pegi tu kasi hilang streesssss! HAHAHA

    ReplyDelete
  10. Maszuber:

    Aku suka sunset!
    Ha tak mecing??? kekeke no komen.

    ReplyDelete
  11. Ceklala:

    Kannnn, saya pon suka!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS