Showing posts with label surabaya. Show all posts
Showing posts with label surabaya. Show all posts

2013-04-03

All About Surabaya (East Java): Video Pendek

Assalammualaikum!!!

Dah habis aku tulis entry pasal trip ke Jawa Timur tempoh hari, dan seperti yang dijanjikan, ada sedikit video nak tepek kat sini untup tatapan semua (cewah macam la ada orang nak tengok video ko yang tak seberapa pakai kemere murah tu kannnn). Apa-apa pon layan je la ye. Retis-retis utama macam biasala, orang tu dan orang tu jugak. Aku langsung tak masuk frame sebab tak muat aku directornya :)

Enjoice! 


Aku tak tau le nape gambo retis tu banyak kali keluar, padahal ada retis-retis lain dalam video tu, pandai pulak software ni pilih-pilih part. haish (aku buat video ni auto select je, so apa yang keluar adalah hasil editing automatik video tu sendiri)

Pautan kisah-kisah di Jawa Timur di bawah ini:
  1. Part 1 - The Journey Begins: From Kuala Lumpur To Surabaya 
  2. Part 2 - Air Terjun Madakaripura dan Hotel Bromo Permai, Probolinggo.
  3. Part 3 - Sunrise di Penanjakan 1, Mt. Bromo
  4. Part 4 - Savanah, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo.
  5. Part 5 - Sunset di Tanjung Papuma.
  6. Part 6 - Gunung Ijen dan Blue Fire.
  7. Part 7 - Masjid Muhammad Cheng Ho dan Bandar Surabaya.
  8. Part 8 - Jambatan Merah dan Pulang Ke Kuala Lumpur
POST TAG: Kakiberangan.blogspot.commasmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM

2013-04-02

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 8) : Surabaya

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan daripada Episode 7: Masjid Muhamad Cheng Ho ]

Ok, semalam bile dah sampai je ke Surabaya, kami terus check-in kat sebuah hostel yang bagi aku cukup cozy dan sedap mata memandang. Nama hostel ni adalah Krowi Inn yang terletak di Jl. Ciliwung 66, Surabaya Centre, Surabaya, Indonesia. Sebenarnya aku dah booking siap-siap hostel ni masa di Malaysia lagi, sebab memang dah tahu, penginapan di Surabaya untuk hari pertama dan hari terakhir kena urus sendiri, ia tak termasuk dalam pakej pak Wawan.

Harga penginapan untuk satu malam adalah IDR112 500 untuk satu kepala (kira murah jugak la, tak sampai pon RM 70. Dah setel urusan check-in dan mandi manda, kami pon keluar semula untuk cari makan malam. Masa ni urusan kami dengan Pak Hafidz dah habis, duit pon dah di bayar. Maka terpaksalah kami terkontang-kanting sendirian di Surabaya.

OMG tinggi giler tau nak manjat katil ni, macam duduk atas almari je rasanya.
Ruang tamu yang simple
Reception counter, dan owner hostel ni adalah seorang berbangsa Cina Indonesia.. :) - Pinjam gambar John
Laluan ke bilik air dari dalam bilik.
Kami berjalan kaki menuju ke sebuah shopping mall yang agak besar dan meriah yang terletak tak jauh dari Krowi Inn tu. Nama shopping mall tu adalah Surabaya Town Square. Memang agak ramai jugak la muda-mudi yang melepak kat situ. Puas dah pusing-pusing cari kedai makan yang sesuai dengan tekak, akhirnya kami pasrah dan redha je makan kat sebuah restoran yang ada jual makanan alacart macam nasik goreng, mee goreng dan sebagainya. Layan je la makan malam kat situ. Perjalanan kaki dari hostel ke mall tu mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit kot, ikut kadar kelembapan korang berjalan la.

Keesokan harinya, kami hanya ada setengah hari je kalau nak meronda-ronda di Surabaya. Jadi berdasarkan kajian yang kononnya di buat oleh MasMZ (kan dia gigih travel kat Indonesia seminggu sebelum kami ke sini), kami akan menuju ke Plaza Jembatan Merah. Aku pon tak tau ada apa kat situ, follow je, sebab memang aku takde buat apa-apa research berkaitan. Maka gigih la berjalan kaki dari hostel menuju ke jalan besar, tak jauh pon jalan besar tu, dalam 200-300 meter je.

Ni rupa hostel Krowi Inn waktu siang, dia sebenarnya adalah sebuah rumah banglow.
Di pertengahan jalan, kami singgah sekejap kat sebuah pejabat pos mini yang memang kebetulan ada di lorong yang sama dengan hostel tempat kami menginap. Alhamdulillah, boleh la pos postcard pada kengkawan ye dak! Apa lagi, operasi menampal setem pon bermula la. Tak silap aku, sekeping poscard kena lekat setem bernilai IDR 16,000 kot? entahle aku pon dah lupe la. Tak sempat nak belek balik poscard kat rumah tu. Hehehe.

Terjumpa pejabat pos mini! Yeay
Tansree Datin Coco sedang membeli setem.
Tadaaaaaa jom menampal setem!
berjalan kaki menuju ke jalan besar.
Tengah menunggu angkut kat tepi jalan.
Kami menaiki angkutan (van mini) untuk ke Jembatan Merah. Tambang angkutan rata-rata adalah IDR 3000 untuk sekali naik. Aku tak sure tambang tu flat rate atau berbeda mengikut destinasi. Tapi seronok jugak naik angkut ni, sebab bercampur dengan masyarakat setempat sambil-sambil diorang tengok kite semacam je hehehe.


Masa tu jugak la hujan turun, lebat juga la, habis banjir beberapa kawasan kat bandar tu, tapi alhamdulillah takde la banjir teruk sangat. Still boleh lalu lagi. Beberapa minit menaiki angkut, akhirnya sampailah kami ke Jembatan Merah, sebenarnya jambatan merah ni adalah nama tempat kot, ada Plaza Jembatan Merah dan ada jambatan berwarna merah yang menghubungkan bandar dan China Town. Tapi kami tak sempat nak singgah kat China Town tu sebab mengejar masa, cuaca pulak sangatla panas waima selepas hujan.

Tetibe pulak banjir.
Tu diaaaaa...
berjalan lagi menuju ke Jembatan Merah
Jambatan Merah, China Town yang kat hujung tu nampak bumbung kaler hijau tu.
Atas Jambatan Merah

Kemudian masuk pulak dalam plaza mall tu, tengok apa yang ada, ye macam-macam pakaian dan keperluan tatarias diri ada dijual kat situ...dan harganya boleh tahan murah. Sempat le beli beberapa barang sebelum balik. Untuk pengetahuan, terletak berdekatan dengan Plaza Jembatan Merah tu terletak House of Sempoerna, tempat buat dan jual rokok kretek yang digulung pakai tangan. Tapi, sekali lagi kami takde rezeki nak ke situ, sebab tersesat, lalu terus balik ke hostel untuk ambik barang dan naik teksi menuju ke lapangan terbang.

Plaza Jembatan Merah
Antara yang ada kat dalam plaza tu.
Lunch dulu kat tepi hostel je kedai ni.
Macam biasa....
Sepatutnya, kapal terbang kami akan balik ke KL pada jam 3 lebih, tapi delayed 2 jam sampai le dekat pukul 6 petang baru kami bertolak. Merasa la makan nasik bungkus free, tajaan AirAsia hehhe. Kat airport jugak kami beli FM dan Keychain sebab tak sempat nak beli kat tempat lain. Airport tax adalah IDR 150,000 seorang.

Naik teksi ke Airport IDR 90,000.
Dah sampai airport!
Gigih benor eh... gejet sekeliling!!!!
Dapat makan free sebab flight delayed!
Maka tamatlah sudah kisah menjelajah ke Jawa Timur, walaupon tak secara menyeluruh dan dalam tempoh yang singkat, tapi pengalaman yang aku rasai tu sangat berharga! Mana nak dapat panjat 2 buah gunung berapi dalam masa 3 hari weh? Ada? Hahahaha. Ok la, semoga terhibur dengan coretan tak seberapa aku ni, dan mana yang boleh dijadikan rujukan tu, ambiklah, yang merepek meraban tu janganlah diikut ye.

Bertemu di kisah akan datang okay!

WASSALAM.

2013-03-27

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 7) : Masjid Cheng Ho And Surabaya City

Assalammualaikum!!! 

Jom baca entry sambil layan lagu Cakra Khan Hahaha #tetibe.


Setelah selesai sarapan pagi di Warung Pak Im yang terletak betul-betul di kaki Gunung Ijen, kami bergerak pulang semula ke Arabica Homestay, seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kaki Gunung Ijen ke Arabica Homestay. Dalam kereta, memang takda buat benda lain dah melainkan tidor, maklumla dari pukul 12.30 pagi dah celik mata dan mendaki, tenaga pun dah banyak habis, nasib baik tak mengalami sebarang kecederaan, alhamdulillah kami semua selamat panjat dan selamat turun.

Kami tiba di Arabica Homestay lebih kurang jam 9 pagi macam tu, sampai-sampai je terus bersiap-siap untuk check out. Masa ni la baru nampak macamana rupanya keadaan kat sekeliling Arabica Homestay tu. Memang cantik tempatnya dan banyak pokok bunga di tanam di sekeliling kawasan. Ada juga penduduk kampung berhampiran yang menjadikan kawasan homestay itu sebagai laluan untuk menuju ke sekolah, pergi kerja dan sebagainya. Pendek kata tempat tu tak sunyi la.

Nama rumah kami adalah Wisma Strawberry, sebab belakang rumah ni ada kebun strawberry tau! Dalam satu rumah ada 4 bilik dan satu ruang tamu. 
Keadaan dalam bilik di Wisma Strawberry! Katil pon pakai selimut kaler strawberry tau!
Setelah mengemas barang-barang dan mandi, kami pon check out dari Arabica Homestay. Jangan risau, tak payah bayar apa-apa sebab semuanya dah diuruskan oleh Pak Hafidz. Destinasi kami hari ini adalah untuk pulang ke Bandar Surabaya yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 8 jam dari Arabica Homestay tu. Haaaaa lama gila tak? Memang boleh berakar bontot duduk dalam kereta weh!  Sepanjang jalan, memang macam-macam pemandangan yang kami dapat tengok tapi kebanyakannya adalah gunung-ganang dan kawasan sawah padi serta hutan.


Kami singgah sebentar di Probolinggo, menurut Pak Hafidz dia perlu tukar van kami kepada bas mini, eh bas ek? Sebab besar giler, siap boleh duduk sorang satu row la katakan. Kami kena tukar kenderaan sebab selepas menghantar kami ke Surabaya, dia terpaksa sambung kerja mengambil 9 orang tetamu untuk ke  Bali, Jogja dan mana lagi tah... aku tak ingat. Jadi kami dibawa ke rumah Pak Hafidz yang merupakan Kawasan Perumahan ala-ala PPRT kat Malaysia. Tapi apa yang mengkagumkan aku adalah, kawasan flat rumah Pak Hafidz ni sangat bersih dan kemas. Satu rumah ada satu bilik je, satu bilik air , ruang tamu dan dapur. Agak sempit jugak sebenarnya dan sebulan penduduk di situ kena bayar IDR 100,000 sebagai sewa pada Kerajaan. Oh ya, menurut Pak Hafidz, kawasan flat tu dibina oleh President Indonesia. Kami juga sempat jumpa dengan Kirul (ingat tak budak yang baru belajar nak jadi supir haritu aku cerita masa Part 2?) Katanya dah baik demam. Pak Hafidz juga memperkenalkan kami kepada isteri dan 3 orang anaknya. Comel-comel anak Pak Hafidz tu, yang pompuan namanya Rizka! Sebijik nama anak buah aku. Hehehe.

Pemandanggan dari rumah Pak Hafidz
Kawasan flat rumah Pak Hafidz tak jauh dari pejabat Pak Wawan, memang senang la kalau nak berurusan di pejabat sebab jalan kaki pon boleh sampai. Menurut Pak Hafidz lagi, rumah Pak Wawan pon dekat-dekat situ jugak. Di sebelah bawah rumah flat tersebut ada pelbagai ruangan kemudahan disediakan seperti surau, balairaya dan ada satu kawasan tempat orang mencanting batik. Menurut Pak Hafidz lagi, banyak orang menempah batik di situ dan hasilnya dihantar sehingga ke merata tempat. Yang membuat batik kat situ adalah penduduk di situ jugak. Harga batik-batik tu pon boleh tahan jugak la. 

Proses mengecop batek.
Proses melukis / mencanting batik.
Proses mewarna batik.
Keadaan di kedai batik.
Batik yang dah siap dilukis dan akan diwarnakan.
Lepas solat dan meihat orang mencanting batik, kami pon bergerak semula ke Surabaya City dengan menaiki Mini Bus! Seronok pulak naik kenderaan besar ni, terbayang pulak kalau ada semua geng dalam satu kenderaan tu, kompom kecoh hehehe. Kami sempat singgah makan tengahari (sebenarnya makan petang) di Rumah Makan Rahayu. Rumah Makan ni memang proper habis dan ada Wifi! Hahaha memang tak sah kalau tak dapat internet kan. Masa ni jugak aku first time makan Rawon daging. Sedap jugak sebab dia sama macam sup daging kat Malaysia yang di makan dengan nasik. Bezanya cuma, dalam rawon tu ada sejenis buah (buah apa tah) yang khas untuk di masak Rawon tu.

Rumah Makan Rahayu
Makanan tengahari kami.
Dah selesai makan, perjalanan diteruskan. Perjalanan ke Surabaya masih jauh, kalau tak silap aku masih ada 3 atau 4 jam lagi. Kami kemudian singgah di sebuah masjid yang sangat unik dan cantik! Masjid Muhamad Cheng Ho! Ha, aku tak tau la pulak apa sejarah masjid ni. Tak sempat nak cari, tapi aku rasa la, Laksamana Cheng Ho pernah datang Surabaya kot? Menurut Pak Hafidz, ada banyak masjid Cheng Ho kat area Surabaya ni, dan yang kami pergi ni adalah yang terbesar sekali. Senibina masjid ni unik kerana ia dibina dengan senibina Cina, dan ukiran-ukiran bermotifkan corak bangunan Cina terdapa di setiap ceruk masjid ni. Bagi aku Masjid Muhamad Cheng Ho ni sangat cantik dan unik. ]


Daripada Masjid Muhamad Cheng Ho, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Surabaya. Masa tu dah malam dah, dan hujan lebat pulak tu. Sebenarnya kami bercadang nak singgah memetik epal. Tapi disebabkan kesuntukan masa, maka kami terpaksa membatalkan hasrat untuk memetik epal kerana perjalanan ke kawasan kebun epal tu agak jauh dan pendalaman. Kami terus menuju ke hostel yang dah kami booking menggunakan Agoda sewaktu di Malaysia. Mula-mula susah jugak Pak Hafidz nak cari kedudukan Hostel tu, tapi setelah bertanya-tanya pada kengkawan dia, akhirnya sampai jugak kami di hostel. 

Ok nak tidur dulu....
Ok nanti aku sambung lagi kisah di Surabaya City. Dah tak banyak yang nak diceritakan, sebab kami hanya ada setengah hari je masa untuk berjimba-jimba di Surabaya keesokan harinya. Jadi malam tu kami rehat puas-puas dulu.

Bersambung...

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog Kakiberangan.blogspot.com,  
masmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

2013-03-21

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 6): Mendaki Gunung Ijen Dan Melihat Blue Fire

Assalammualaikum!!!

Ok meh aku sambung kisah kembara di Jawa Timur yang tak habis-habis lagi ni. Di entry yang lepas, aku stop cerita sampai perjalanan ke Arabica Homestay, yang terletak di kaki Gunung Ijen, sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak popular di Jawa Timur. Kami tiba di Arabica Homestay pon dah malam, masa tu dah pukul 10.00 lebih malam dah, lepas makan KFC yang di tapau kami pon masuk tidur. 

Lebih kurang jam 12.00 pagi kami dah kena bangun dan bersiap-siap untuk mendaki? Ye pukul 12.30 pagi kami dah kena gerak! Awal giler kan? Sebab apa yang nak kena gerak awal sangat? Sebenarnya, kami memang dah pasang hajat nak tengok blue fire yang hanya boleh di lihat sekitar jam 1 hingg 4 pagi di puncak Gunung Ijen! Wow memang kena gigih le kan, sebab benda tu ada di puncak gunung, dan kami ni pukul 12.30 pagi masih berada di homestay, itu bermakna berapa jam lagi baru boleh nampak blue fire tu.

Apa sebenarnya blue fire?

Blue fire sebenarnya adalah cahaya yang terhasil akibat daripada aktiviti melombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen. Cahaya biru yang terhasil adalah disebabkan api berwarna biru yang digunakan untuk melombong. Dan cahaya tersebut hanya boleh kelihatan sekitar jam 1 hingga 4 pagi memandangkan pada waktu tersebutlah, para pelombong sulfur sedang giat memulakan aktiviti perlombongan mereka. Dan untuk melihat cahaya biru itu jugak, memerlukan waktu yang gelap yakni waktu pagi sebelum matahari terbit (sunrise).

Kami bertolak dari Arabica Homestay yang terletak di Kebun Kalisat menuju ke kaki Gunung Ijen yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Aku rasa pak supir dah banyak ikut shortcut dah tu, dan keadaan jalan agak tidak rata dan sunyi. Maklumla pepagi buta kan. Kami tiba di pondok ranger Gunung Ijen dan melapor diri kat situ. Masa tu tak da nampak pon orang lain / pengunjung lain yang sebok nak mendaki gunung pepagi buta, tapi selang beberapa minit tiba Pak Juned (ingat tak Pak Juned yang kami jumpa di Bromo Permai hari tu? ) masa tu dia bawak dua orang perempuan warga asing yang nak mendaki jugak. Tapi yang tak boleh blah adalah, pompuan-pompuan tu selamba je pakai baju macam nak pegi shopping untuk mendaki gunung! Siap pakai kasut karipap / wedges yang tapak flat tu lagi! Aku ni tertanya-tanya la jugak kan, diorang ni tau ke tak nak mendaki gunung nan tinggi ni? Lantaklah labu kekeke.

Beberapa minit kemudian Pak Hafidz (supir kami) memperkenalkan kami kepada ranger yang akan membawa kami mendaki sampai ke puncak Ijen. Namanya Pak Im, dan jangan tak percaya umur Pak Im adalah 65 tahun! Umakaiiiii dah baya pakcik-pakcik aku kat kampung dah tu. Dan kami berenam (termasuk dua pompuan tadi tu) akan mendaki sebagai satu kumpulan dengan Pak Im. 
NOTA: Untuk mendaki Gunung Ijen di waktu pagi buta, sila bawak lampu suluh sendiri dan pakailah pakaian tebal sebab cuacanya sangat sejuk! Memang masa mendaki kita akan berpeluh sakan, tapi bila dah sampai ke puncak, sejuknya memang sampai ke tulang!
Ok, kami akan mendaki Gunung Ijen dengan ketinggian 2700 meter dari aras laut dengan purata jarak pendakian 3 km. Ha tinggi kan! Sebenarnya kalau sekali tengok keadaan laluan mendaki tu tak le sesukar nak mendaki Bukit Tabur yang berbatu batu tu, tapi disebabkan kecuraman laluan yang ada sampai 60 darjah secara terus menerus, memang memerlukan kegagahan lutut dan stamina yang tinggi!  Untuk satu atau dua km pertama, aku ok lagi, tapi lama-lama aku tengok si MasMZ dan dua orang pompuan tu dah makin laju pulak. Ish dah la pakai baju shopping, boleh pulak laju mendaki? Memang tak aci betol! Si John tu pulak kengkononnya gagah mengejar diorang, manakala aku dengan Kak Coco bersantai-santai je kat belakang, siap kena tinggal lagi kami berdua dalam keadaan gelap gulita di tengah-tengah hutan tu. 

Mula-mula Pak Im temankan kami kat belakang, tapi sebab nak mengejarkan blue fire dan takut diorang-diorang yang kat depan tu sesat, maka Pak Im mintak izin kat kami untuk terus kejar diorang di depan, dan meyakinkan kami untuk teruskan perjalanan kat belakang. Maka redho je la aku dengan Kak Coco jalan berdua je. Nasib baik la pagi tu cuaca elok, walaupun sejuk giler sambil gigil-gigil di awal pendakian, dan seterusnya kepanasan sebab mendaki tahap dewa, tapi bintang-bintang di langit pagi tu sangat cantik. Sekali sekala dapat jugak tengok keadaan perkampungan di kaki bukit yang nampak cahaya-cahaya halus je...ye maksudnya kami mendaki dah tinggi. Masa tu pulak ada dengar bunyi pelik dalam hutan seakan-akan dekat je dengan laluan aku dan Kak Coco mendaki. Dalam hati cuak jugak dengar bunyi tu, Kak Coco pulak boleh pikir kalau harimau yang datang suruh ngap aku dulu! Keji sangat. Tapi beberapa saat je bunyi tu muncul lepas tu senyap pulak. Rupa-rupanya menurut Pak Im, itu adalah bunyi rusa yang kencing dan air kencingnya terkena kat aki dia, jadi dia menjerit kesejukan.... oooo macam tu pon boleh ye.

Dah suku pendakian, akhirnya mula ada cahaya-cahaya lampu datang dari arah belakang kami, rupanya dah ada beberapa orang pekerja pelombong sulfur yang mendaki dan dengan selambanya potong kami. Yang kami ni pulak, pantang jumpa sudut mesti berhenti tenung tanah. Penat weh! Kesian tengok Kak Coco, semput dan pancit, tapi masih gigih meneruskan pendakian. Mujurlah aku pon tak setabah pdiorang-diorang yang kat depan tu, kalau tak, tinggal lah Kak Coco seorang diri di belakang.

Kadang-kadang, ada juga kumpulan pendaki mat saleh yang dengan selamba badaknya memintas kami, besau-besau pulak langkah diorang! Siap buat lawak lagi dengan kami, tapi mereka terus ugak memberi semnagat untuk kami mendaki. Bila pikir balik, untung jugak kami mendaki dalam waktu gelap, kalaulah mendaki waktu siang, aku rasa aku dah give up dah sebab bila tengok depan je, mesti pikir bila nak sampai, dan mainan psikologi sebab tengok keadaan gunung yang tinggi kat depan mata. Sepanjang pendakian jugak, kami bersembang-sembang hal negara dan sebagainya, nak memesongkan akal fikiran supaya tak give up untuk terus mendaki. 

Kami jugak dipintas oleh group adik Pak Im dan group anak buah Pak Im. Hamboih, bukan main ramai yang memintas kami! Lantak korang le janji kami sampai ke puncak! Ayuh!

Dah jenuh macam-macam cerita sambil mendaki, tapi tak sampai-sampai jugak ke puncak. Di tengah-tengah laluan pendakian akan ada satu kawasan tempat berehat, sebenarnya adalah kantin, tempat makan dan minum para pekerja. Tapi masa kami lalu tu, masih tutup kot, ye la pepagi buta pon kan. Sampai 2/3 pendakian, jalan dah mula agak landai. Fuh syukur alhamdulillah, aku dengan Kak Coco dan senyum-senyum dah sebab rasa macam dah nak sampai! Lepas tu dah nampai ramai orang kat depan kami, kami pon ikut je diorang entah ke mana. Tau-tau je kami dah sampai depan kawah Ijen! Masa tu Allah je la yang tahu bertapa seronoknya aku, ye la dah bersusah payah mendaki setinggi 2700 meter akhirnya sampai jugak ke destinasi! Memang syukur sangat. Kami tiba di puncak lebih kurang jam 3.30 pagi. Masa tu MasMZ dengan John dah turun ke pinggir kawah menuju ke tempat blue fire tu. Aku dengan Kak Coco memang kompom la takkan turun, rasa macam tak sanggup je hehehe. Lagi pon kita masih boleh tengok blue fire tu dari atas.


Lama jugak kami duduk kat atas tu, sambil menunggu diorang naik semula. Sambil-sambil tu macam-macam teknik la aku guna nak ambik gambar blue fire tu sebab agak susah nak focus memandangkan keadaan yang sangat gelap dan tak ada banyak cahaya. Cuaca pulak sejuk gila babi, sambil menggigil sambil snap gambo, hasilnya tak seberapa, tapi aku rasa macam sama je gambo yang aku amik dari atas dengan gambo-gambo yang diorang ambik kat bawah kawah tu. So aku tak menyesal sebab tak turun hahahaha. 


Lebih kurang jam 4.30 macam tu, MasMz, John, Pak Im dan dua pompuan tadi tu pon naik ke tempat kami lepak. Kesian aku tengok Putera Lindungan Kaabah tu, macam baru lepas masuk sauna dah. Dengar cerita dari Pak Im siap menangis-nangis lagi tu? Omai! Nasib baik aku tak tengok drama tu.

Sejuk yakmats masa ni!
Kami duduk lepak kat atas tu sambil tunggu matahari terbit. Subhanallah pemandangan memang cantik. Sambil-sambil tu kami tengok la para pelombong mengangkut sulfur untuk di bawa turun ke bawah. Ya ampun, memang gigih la diorang tu, kalau tak salah aku berat sulfur yang diorang angkut u lebih kurang 40 ke 60 kg! Dan diorang akan di bayar sekitar IDR 50,000 je je untuk satu trip. Hmmm kesian jugak, atas desakan hidup, terpaksa buat kerja berat yang membahayakan kesihatan dan memenatkan demi menyara keluarga.


Dalam jam 5, 30 pagi, Pak Im mengajak kami turun ke kaki gunung. Masa tu lah baru aku nampak keadaan sebenar laluan pendakian kami pagi tadi. Memang curam dan pemandangan di kiri dan kanan sangat cantik! Nak turun pon satu hal jugak, memang memerlukan ketahanan kaki yang kuat dan tak oleh laju sebab silap-silap boleh jatuh terduduk. Kak Coco je dah 3 kali jatuh terduduk sebab tergelincir.


Rupa-rupanya baru aku tau yang Pak Im ni merupakan pemegang kunci Gunung Ijen, ala macam cerita Mbah Maridjan pemegang kunci Gunung Merapi kat Jogja tu. Katanya lagi, dia boleh alihkan asap sulfur supaya tak terbang ke arah kami. Dan dia jugak kata yang hanya dia je yang boleh nampak ada sekeluarga yang tinggal di puncak Gunung Ijen. Wallahualam.... tak tahu le betul ke tak. Tapi diorang kan memang percaya benda-benda ni, so aku tak nak komen apa-apa.

Bergambar bersama Pak Im
Kegigihan pelombong sulfur mengangkut sulfur turun.
Bergambo dulu sebelum turun kekeke.
Aktiviti wajib!
Keadaan laluan pendakian.
Keadaan pokok-pokok mati.
Lagi pelombong sulfur sedang bertugas.
Tu dia kak Coco sedang gigih.
Katanya npendakian tamat, tapi hampeh, jauh lagi sebenarnya.
Jom jalan lagi....
Pak Im sedang bergaya
Pemandangan Gunung Agung dari jauh.
Inilah kantin yang dimaksudkan.
Laluan menurun lagi...
Yeay kami dah sampai!!!!
Kami sampai di kaki gunung lebih kurang jam 7.00 pagi. Pak Im membawa kami ke gerai makan miliknya, dan kami sempat jumpa isteri Pak Im yang menjaga warung tersebut. Kami breakfast kat situ sebelum berangkat pulang ke Arabica Homestay. Alhamdulillah misi menawan puncak Ijen dah tercapai. Rasa syukur sangat sebab dah berjaya. So kiranya aku dah jejak puncak 2 gunung berapi yakni Gunung Bromo dan Ijen!, dan hampur berjaya jugak nak jejak gunung Merapi di Jogja. Hehehe, bangga jugak la dengan diri sendiri.

Penjual cenderamata sulfur!
Sabun-sabun sulfur yang diukir cantek.
Sebenarnya dapat arahan untuk tutup. Tapi kami belasah je.
Keadaan sekeliling
Keadaan di bawah kaki gunung.
Breakfast di Warung Pak Im
Breakfast
Keadaan sungai sulfur, hijau airnya.
Ok la, nanti aku sambung lagi. Sikit je lagi nak habis.

Bersambung...

Pssstt: untuk lagi kisah menarik, boleh juga baca di blog 
Kakiberangan.blogspot.commasmz.blogspot.com dan anash-coconutz.blogspot.com

WASSALAM.

POPULAR POSTS