2013-03-06

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 4): Savanah, Pasir Berbisik And Kawah Bromo

Assalammualaikum!!!


Ok, pagi-pagi buta dah bangun dan sempat menyaksikan keindahan matahari terbit di Penanjakan 1, akhirnya kami meneruskan misi menawan beberapa lagi tempat yang telah dirancang dari awal. Setelah berbincang sesama sendiri dan berjaya meracuni minda dua gadis Singapura untuk menyertai kami, akhirnya kami semua bergerak menuju ke Savanah dan Pasir Berbisik dengan tambahan tambang yang perlu dibayar kepada pak supir sebanyak IDR 200,000 untuk satu jeep. Kira murah la tu kan? IDR 200,000 bahagi enam orang so sorang hanya bayar lebih kurang IDR 33,000 je! Ayuh!

Perjalanan menuju ke Savanah
Kawasan lapang dan berumput.
Dah nak sampai Savanah dah ni.
SAVANAH

Perjalanan menuju ke Savanah tak semencabar mendaki gunung untuk ke Penanjakan 1, kami hanya melalui kawasan lapang berpasir yang kami lalui pagi tadi menuju ke sisi lain di sebalik gunung Bromo. Sepanjang perjalanan memang kami disajikan dengan pemandangan yang memukau! Sumpah tak tipu. Dengan keadaan cuaca yang sejuk dan pemandangan yang cantik, kawasan bromo ni memang sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem! #tetibe berangan nak jadi pengarah filem pulak ye? Hahaha.

Tapi duduk dalam jeep tu dah rasa macam duduk dalam blender pulak rasanya sebab kawasan lapang yang kami lalu tu tidak rata dan berlopak-lopak, so pandai-pandailah buat imbangan badan supaya tak terhantuk ke dinding jeep hehehe. 

Beberapa minit perjalanan (tak silap aku dalam 20 minit kot), akhirnya kami tiba di satu kawasan yang lapang dan menghijau dengan rumput-rampai saujana mata memandang! Subhanallah sekali lagi aku kagum dan terpukau dengan keindahan tempat ni, macam dalam frame gambar yang selalu aku tengok kat kedai-kedai lah kiranya! Tapi kali ni pemandangan yang cantik ni betul-betul ada depan mata!

Subhanallah cantik kan?
Kabus di waktu pagi.
Bila pak supir park je jeep dekat dengan jeep-jeep yang lain, kami pon segera keluar sebab dah tak sabar nak tembak-tembak apa yang ada depan mata. Dengan keadaan berkabus, menyelimuti kaki-kaki bukit dan gunung, memang cantik giler! So apa lagi, macam-macam aksi la kami buat kat situ, jam pun baru pukul 7.00 pagi, jadi memang banyak masa kami kat Savanah ni.

Kat sini pon ada kuda sewa.
Memang ramai orang time ni.
Saje je bokeh kan gambo diorang.
Amboi Tansree Coco ni bergaya ala-ala Dato' Maznah (dulu la)
Si John pulak ntah tak habis-habis la berangan. Nama pon Kaki Berangan kan...
Si MasMZ main aci nyorok celah daun lalang.
Yang ni aku tak tau sape... sedondon baju ngan rumput.
Dah puas bergambar gaya biasa, kami pon beramai-ramai bertukar!!!

Apa? BERTUKAR? 

Ye kami bertukar jadi sekumpulan keluarga Arab yang sesat kat Savanah ! Tak percaya? Layan la gambar-gambar kat bawah ni. Gigih la kami usung jubah-jubah kami tu merata-rata demi mendapatkan gambar yang unik katanya! Hahaha beginilah cara kami travel. 

Mula-mula nampak Mak Arab berjubah hitam menyorok-nyorok celah semak, entah apa yang dicarinya? 


Lepas tu muncul pulak kak melah ram Mak Arab dengan jubah pepelnya meroyan-royan sambil berlari-lari di tengah padang.


Ada pulak Pak Arab memuja gunung? Omai!!!!


Dan ofkos, Pak Arab macho tak pernah jumpa rumput pon ada!


Ok, sebenarnya memang tak puas bergambar kat Savanah ni, tapi apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Kami mengejar masa, jadi kami bergegas pulak menuju ke Pasir Berbisik.

PASIR BERBISIK

Lokasi Pasir Berbisik sebenarnya tak jauh dari Savanah, malah kami dah lalu pon kawasan Pasir Berbisik ni sebelum ke Savanah tadi. Ia merupakan kawasan berpasir pantai yang saujana mata memandang. Memang dari hujung ke hujung semuanya pasir. So sekali lagi kami bergambar sakan kat situ. So tak banyak benda pon nak cerita kat sini, layan je lah gambar yer?


KAWAH BROMO

Satu lagi tempat yang wajib pergi, dan kalau tak pergi sini memang rugi tahap dewa! Ye la dah alang, alang ke Bromo, ada ke tak pergi tengok kawah Bromo? Kan ke rugi namanya tu! So dari Pasir Berbisik, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Bromo. Tak jauh pon, dalam 15 minit naik jeep aje.

Pak supir memberhentikan jeep di kawasan letak jeep yang agak jauh dari kawasan kawah Bromo. Dari tempat letak jeep, kami terpaksa menapak dan mendaki menuju ke kawah Bromo. Adoi, memang nampak je dari jauh, terus give up! Memang la kawah Bromo tu tak de la tinggi sangat, tapi bayangkan kalau terpaksa mendaki kawasan berpasir? Kompom aku semput punya.


Mula-mula gigih la kengkononnya kami nak berjalan sampai ke kawah, sambil kami diikut oleh beberapa orang penjaga kuda yang memaksa-maksa kami menyewa kuda mereka untuk sampai ke kaki kawah. Tapi mula-mula kami buat-buat macam jual mahal la, tak nak ambik kuda diorang sebab diorang letak harga sampai IDR 100,000 lebih untuk 4 kuda, tapi bile dah nego-nego harga akhirnya diorang setuju untuk harga IDR 80,000 je untuk empat kuda! Yeahhh!


Maka terciptalah satu sejarah dalam hidup aku yakni firstime naik kuda! Ye memang aku tak pernah naik kuda seumur hidup! Hehehe. Akhirnya ternaik jugak kuda di Bromo! Kompomla aku akan ingat Sampai bile-bila. #drama.

Bile dah naik kuda tu, memang rasa bersyukur sangat sebab kami membuat pilihan yang tepat. Bayangkan la nak ke kaki kawah je dah kena mendaki kawasan berpasir dan rata-rata pengunjung yang aku tengok, kebanyakannya semput! So kalau nak senang dan jimat masa, naiklah kuda. 

Untuk makluman, kuda hanya akan bawak kite sampai ke kaki kawah saja, maka selebihnya memang kena mendaki anak tangga sampai ke kawah. Jangan bimbang kuda korang hilang, sebab penjaga kuda tu akan cam muka kita dan tunggu kita sampai turun semula dari kawah.


Nampak je tangga ke kawah bromo yang mencanak tinggi, terus terbayang tangga kat Batu Cave, memang tinggi, dan yang penting tangga kat situ memang curam. Tapi apa yang aku perasan, kawasan kiri dan kanan tangga tu dah di renovate bagi cantik dan lebih mesra pengunjung. So takde la payah sangat kita nak mendaki. Tapi serius memang semput bila sampai tengah-tengah pendakian, tu baru mendaki tangga je, bayangkan kalau kami start mendaki dari bawah tadi? Tak naik kuda? Aku rasa mau pitam sampai kaki kawah hahahaha.

Tapi demi nak menengok kawah gunung berapi, kugagahi jua kaki ini melangkah! Cewah, walaupun setangga-demi setangga tapi tetap gigih kami menapak. Akhirnya yeayyyyy sampai jugak ke puncak! Alhamdulillah... inilah kali pertama aku tengok kawah gunung berapi depan mata! Memang besar lubang kawah tu!, tak dapat nak bayangkan kalau tetiba ada yang tergolek jatuh masuk dalam kawah tu, kompom arwah la kan?

Tapi cuba tengok mamat ni, selamba je dia jalan-jalan kat lereng kawah tu mintak derma! Seriau aku tengok. Kami tak duduk lama pon atas tu sebab bau sulfur kat situ agak kuat, so dalam 15 minit kami pon turun balik ke kaki kawah. Orang pon ramai bersesak-sesak atas tu, jadi moleklah kami turun. Nak turun tu pon satu masalah jugak, lutut dah macam nak tercabut dan keadaan anak tangga yang licin berpasir, so kenalah berhati-hati. Kalau tak kompom tergelincir sampai ke bawah.


Dah sampai ke kaki kawah, kami balik ke kuda-kuda kami untuk kembali ke jeep. Masa balik tu bukan main la kuda aku di arah berlari laju oleh tuan dia! Cuak jugak la aku time tu. Bayangkan kuda tu memecut sambil bergoyang-goyang badan rasa nak terjatuh. Seriau betul, terbayang kejadian superman jatuh kuda sampai lumpuh time tu... nauzubillah mintak dijauhkan.

Sampai di jeep, ramai pulak peniaga cenderamata datang kerumun kat kami, kebanyakannya jual tshirt Bromo. Kami tak beli pon sebab memang tak pasang niat nak shopping pon kat situ. Setelah semua berkompol, kami pon bergerak balik ke Bromo Permai. jam masa tu dah pukul 9.30 pagi, masih sempat nak catch up sarapan pagi. Waktu sarapan pagi di Bromo Permai adalah sampai jam 10.00 pagi. Menu yang ada disediakan adalah nasi goreng, mee goreng, telur dadar dan buah-buahan. Air teh dan kopi juga disediakan. So memang berbaloi jugak la kami tak melepaskan sarapan pagi kami. 


Lepas sarapan pagi, kami kena check out untuk ke destinasi seterusnya! Kemanakah pulak.? Tunggu ya, nanti aku sambung lagi.

Bersambung.

WASSALAM.

18 comments:

  1. cantik giler kan savannah!!! x puas lak pegi sana. nasib baik sejuk2. boleh puas bergambar smbil kentut. kekeke...

    yg penting daki tangga tu! walpn lutut gigil2 takut jatuh! hahaha...

    ReplyDelete
  2. Salam Rain,
    Bertuah Rain dapat sampai ke sana. Memang cantik tempat ini.

    Masa saya ke sana, ada masalah gelungsuran berlaku ketika itu, ia membahayakan, jadi jalan ke situ ditutup. Tempat itu sudah ada di depan mata, tapi tidak dapat dipijak. Kempunan :(

    Saya suka filem Pasir Berbisik.

    ReplyDelete
  3. aah cantik gile savannah tu! sumpah cun!

    tak tanya ke nape nama dia pasir berbisik?

    wah kalo aku pun rasanya aku amik kuda gak kot, letihnyer nak berjalan hahahah...tapi dah cun dah tangga dia ek? masa fatt pegi tgk cam nazak jer tangga tu...

    ReplyDelete
  4. untunglaaaa naik kuda pun ada drama! hahahahaha....

    terasa cam puteri gunung lakssss tetiberrrr.... ekekekekekeke....


    * Fiuuuuuu... lega jauh dari John!

    ReplyDelete
  5. Panjattanggu tu membuatkan saya teringat panjat tangga kat tembok besar... tinggi gila...
    anyway, kenapa nama tempat tu Pasir Berbisik? How's the weather there? panas ke sejuk ke?

    ReplyDelete
  6. John:

    Haah memang terbaik pemandangannya..gigil2 tekan kemere sebab eksaited ahahahahahaa.

    Kat tangga bromo tu kegagahan berganda adalah diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Kak NA:

    Alhamdulillah rezeki dapat ke situ masa tu.

    Ooo akak NA tak sempat ke situ ye, takpe kak maybe nextime ada rezeki ke situ jua.. jhehehe

    Filem Pasir Berbisik? Filem pasal apa tu? Indonesia punya ke?

    ReplyDelete
  8. Biqque:

    Tu la, memang cantek tempat tu.

    Tah le, lupa pulak nak tanya kenapa nama tempat tu pasir berbisik hehehe.

    Haah tangga tu nampak macam baru, sebab kaler dia terang lagi cat-cat kat tepi kaler kuning tu.

    ReplyDelete
  9. MasMZ:

    Seharusnya drama memang tak dapat dipisahkan.

    Kannnn naseb baik jauh dari john, kalau tak kompom PITAM!

    ReplyDelete
  10. @Farikica :

    Tangga kat tembok besar cina tinggi lagi kot? Ke sama tinggi? Entah le sebab saya tak pernah sampai situ.

    Tak tau la kenapa nama tempat tu pasir berbisik, mungkin sebab kawasan tu sunyi je kot pastu angin sepoi2 bahasa berbisik2 kat telinga.

    Cuaca kat sana memang sejuk, lebih kurang macam kat Cameron Highlands dan genting.

    ReplyDelete
  11. hey?
    mana komen akak ?
    dah ilang???
    (nyampah...kbai)

    ReplyDelete
  12. Kak anash:

    Eleh bile masa tah akak komen, pastu buat2 tanya pulak! Nyampah!

    KbaI.

    ReplyDelete
  13. Part naik tangga tu mmg mencabar... lagi2 kalau gayat mcm sy susah la :P hahahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTB:

      Ha kalo gayat memang susah la, sebab tangga tu mcam menjunam je ghopernya.

      Delete
  14. Aku pon mmg minat travelling jugak macam kau jugak, bro plus photography sekali. Apa settings yg kau guna sampai gmbr kau semua cantik2 especially kat Savannah tu. Masyaallah speechless aku tgk keindahan ciptaan Dia plus hasil kreativiti kau. Kongsi la sikit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyrique:

      Thanks bro sbb dtg singgah. Ko travel mana selalu? Ada blog x? Aku pakai setting manual ISO 200 je, yang F dan A tu ejas2 lasi balance je. Pastu editvkat pc la gamba tu hehheje.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!