Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Bangkok Shutdown (Part 1) : First Day In Bangkok City - Chatucak Weekend Market

Assalammualaikum!!!
Dah tiba masanya untuk tulis pasal trip singkat dan tergesa-gesa aku ke Bangkok, awal tahun haritu. Kiranya macam trip pembukaan untuk tahun 2014 la (Pembukaan la sangat macamla banyak sangat trip ko tahun ni hahaha). Biar aku ceritakan sejarah trip ke Bangkok ni.
Sebenarnya dah lama plan nak pergi ke Bangkok, sejak tahun 2012 lagi, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, maka banyak tiket kapal terobang ke Bangkok yang terpaksa dibakar. Tapi nasib baik la beli tiket-tiket sebelum ni pon masa promo, Ada yang promo Zero Fare la, promo itu la, promo ini la... so takde la ralat sangat nak membakar tiket-tiket tu.
Jadi, disebabkan plan nak ke Bangkok ni asyik terbantut je, kali ni untuk tahun 2014 aku nekad nak pergi jugak. Tak kisah la walau terpaksa pergi sorang pun. Tapi memula tu aku ajak le geng travel aku yakni MasMZ, John dan Kak Coco. Alhamdulillah masing-masing setuju dan proceed dengan beli tiket. Kebetulan pulak masa tu Lion Air tengah buat…

Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Assalammualaikum!!!
Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti.

[ Sambungan dari Episode 9 ]

Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port. Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi.

Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berjalan - jalan tepi laut kan.