Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

SALAM AIDIL FITRI ~ MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini inginku sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni, terutamanya kepada yang setia walaupun jarang update dan entry yang merapu-rapu. Semoga Hari Raya kalian meriah di samping keluarga tercinta.

Yang memandu ~ bawak keter @ motorsikal elok-elok. Kalau mengantuk singgah tepi jalan dan tido dulu (macam aku selalu buat ;P)

Yang naik bas ~ awasi barang-barang anda, almaklumlah banyak penyeluk saku dan penyamun skarang nih, tak kire bulan puasa ke tak, ada je kejer-kejer haram diorang nak buat.

Yang Naik kapal terbang ~ Jangan lambat chek in, nanti terlepas flight @ terpaksa delay pulak kan haru, buatnya takde replacement sit lagi naya! wakaka.

Yang naik kenderaan selain di atas ~ Pandai-pandailah jaga diri. Ingatlah orang yang tersayang~

Oklah, aku pon dah tak sabar nak balik kampung nih~ Pesanan untuk ayam ngan itik kat kebun tu: pandai-pandai la jaga diri sementelaah aku takde seminggu dua nih yer.

SALAM LEBA…

Iftar @ Belanga, MidValley

Minggu lepas, selepas urusan mengedarkan kuih-kuih raya kepada pelanggan (wah macam best je bunyinya kan?), aku dan beberapa orang kenalan mengambil keputusan untuk berbuka puasa di MidValley sahaja memandangkan masa agak suntuk dan dah tak tau nak makan kat mana. huhuu kes kelam kabut punya pasal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Restoran Belanga. Pada siapa-siapa yang tak tahu, Restoran Belanga ni terletak di lowergroud Midvalley menghala ke The Garden.Kalau perasan, ada satu terowong laluan bawah tanah ke The Garden melalui Midvalley, ha kedai tu ada di tengah-tengahnya.
Banyak juga menu yang menarik kat restoran tu, tapi aku memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam Berempah sahaja. Ya Ampun!!! memang best la!. Ada juga yang makan Nasi Ayam Herba dan Nasi Dagang ikan Tongkol. Hmmm memang menyelerakan la. Air minuman pulak, macam-macam! Aku nak try Apple + Guava Juicedan yang lain pulak cuba Soy Juice + Cincau,Sirap Selasih dan Jus Mangga. Hish terliur pulak aku t…

Jom makan @ Rumah RASLI & WIFE

Kejadian ni aku tak ingat bile tapi dalam dua atau tiga minggu lepas la. Aku dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa di rumah salah seorang kawan iaitu Encik Rasli (admin bagi satu web forum di Putrajaya). Aku kenal dengan mamat tu pon bukannya lama sangat, baru-baru jugak la dalam setahun kot. Itu pon sebab member aku si Kaki Jalan yang beria-ia nak mengenalkan aku ngan mamat tu dan isterinya. Ok, aku ni memang jenis suka berkawan, so itu bukan satu masalh yang besra bagi aku.
Bertempat di Presint 18, Putrajaya, seperti yang dijanjikan kami (ramai jugalah yang hadir, tapi tidak melebihi 10 orang pon) akan membawa juadah berbuka puasa masing-masing (konsep potlak..erkk betol ke ejaan macam tuh???bedal saja). Tuan rumah pulak akan sponsor air mata kucing buatan sendiri. Hmmm aku baru tau sebenarnya buah mata kucing tu adalah buah yang dikeringkan then direndam dan bubuh air gula, barulah jadi seperti air mata kuching yang selalu aku minum kat kedai tuh.

Tiba di rumah Rasli, dah …

Vandalisma Vs Seni?

Di pertengahan bulan Ramadhan ni mesti ramai yang sudah tak fokus nak bekerja, fikiran dah melayang ke kampung halaman tercinta dan sebagainya kan? Kompom punya lah, tambah-tambah bile mood shopping raya mula dah menyerang warga kota. Lalu lalang kat sekitar Jalan TAR, shopping complex dan tempat-tempat tumpuan yang lain, memang penuh sesak dengan orang-ramai yang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi bakal tiba.

Dalam sibuk-sibuk mengelamun tu, kerja tetap kena buat. Hari ni aku ke sebuah advertizing company di Setapak, Kuala Lumpur bersama rakan sekerja untuk meng"finalize" design untuk buku-buku yang akan dicetak. Huh pening jugak bila deal dengan orang-orang GRAFIK yangtak berapa nak GRAFIK nih! Tapi sabar je lah, bulan puasa...banyak pahalanya. Sembang-punya sembang, bincang punya bincang, dah hampir dua jam aku kat situ. Masa tu pon dah almost 1pm. Akhirnya takde jugak kata putus. Aku suruh orang GRAFIK tu email …

Merdeka di Bulan Ramadhan : 52 Tahun Sudah...

Lagi katsini..

Alhamdulillah sudah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan tahun ini. Dah sebelas hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Sepanjang seminggu berpuasa, memang agak slow sikit la nak perjalanan hidup sehari-hari tapi bukan bermakna tak produktif langsung, kerja kat opis still bertambah-tambah di luar jangka.

Istimewanya Ramadhan tahun ini adalah, seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 52! Alhamdulillah, jarang-jarang sekali kita dapat menyambut kemerdekaan sebegini. Tahun ni pon, sambutan kemerdekaan tidak diadakan langsung bagi menghormati bulan Ramadhan. Rasa pelik juga semalam, bila buka TV pagi-pagi, takde pulak perarakan hari merdeka dan sebagainya seperti yang dijalankan saban tahun. Tapi tidak bermakna kita tidak melupakan hari kemerdekaan itu. Kemerdekaan itu WAJIB diingati oleh seluruh Masyarakat Malaysia, tentang perjuangan datuk nenek dan para pejuang satu ketika dahulu setelah negara kita di jajah lebih 446 tahun oleh kuasa luar. Apa yang penting ada…