Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Broga Hill : Part Two Bersama Geng Ungu

Assalamualaikum!!!

Tak habis lagi sakit kaki aku ni sebab pergi mendaki Bukit Broga minggu lalu. Hahah macam ni la kalau tak biasa memanjat, tapi at least ada kemajuan dalam hidup! Ye tak? OK mai sini aku nak cerita (cer citer cer citer). Hujung minggu lepas aku, KJ, HD dan MN telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. Ini merupakan kali kedua aku memanjat Bukit Broga tu, Kali pertama dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Si KJ dan HD dah banyak kali naik dah manakala MN pulak merupakan pertama kali mendaki bukit ni. Jadi excited si MN ni terlebih sikit la.

Seawal 4.30 pagi aku dan bangun dan bersiap-siap. Berjanji berkumpul di Putrajaya dengan kawan-kawan pada jam 5.30 pagi. Cadangnya nak menyaksikan keindahan alam, matahari terbit! Jadi gigihla kami bangun awal pagi. Sampai di kaki Bukit Broga lebih kurang jam enam pagi dan kami terus memulakan pendakian. Adoiaiii semput jugak, tapi kali ni tak la seteruk pendakian kali pertama dulu, kali ni lebih pantas dan steady kot hahaha. Tercabar…

Projek Teater: Terima Kasih Cinta (Muzikal)

Assalamualaikum!!!

Mode Teater telah marey! Bagi sesiapa yang menggemari Filem Cinta yang pernah ditayangkan beberapa tahun dulu, pasti tak sabar -sabar mahu menonton Teater Muzikal Terima Kasih Cinta!. Sebenarnya memang tak ada dalam perancangan pon nak menonton Terima Kasih Cinta, tapi memandangkan tiket adalah hasil sepenuhnya disponsor oleh Encik Deennasour, maka terjebaklah jugak aku. Thanks ya Deen!~

Teater Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari 2011 menampilkan beberapa nama besar dan selebriti yang agak dikenali ramai. Antara yang menarik perhatian adalah dengan kemunculan Latiff Ibrahim yang memegang watak Cikgu Elyas sangat mengimbau nostalgia zaman kegemilangan lakonannya dahulu. Suara pon mantap beb!!! Digandingkan bersama Safura Yaakob yang pernah memenangi beberapa anugerah utama perfileman, memang best suara diorang semua. Safura memegang watak Rubi.

Teater Terima Kasih Cinta adalah adaptasi daripada Filem Cinta yang memaparkan 5 kisah cinta d…

Salam Mulidul Rasul - Tembakan Sejenis

Assalamualaikum!

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Putrajaya tahun ni, aku dan Mn awal-awal dah merancang nak join perarakan! (hehehe sebelum ni aku tak pernah pon join mana-mana perarakan Maulidur Rasul, kalau tak silap kali terakhir masa kat sekolah asrama dulu).

Seawal jam 6.45 pagi kami dah tercegat di Presint 2,Putrajaya. Masa tu dah ramai dah peserta perarakan yang bersiap-sedia untuk berararak sambil berselawat ke atas nabi. Apa yang aku tahu, sepanjang kita berselawat maka berlipat kali pahala yang kita dapat.

Perarakan dimulakan pada jam 7.30 pagi. Seramai 120++ kontingen yang mengambil bahagian dengan jumlah peserta lebih 9,000 orang!!! Meriah!!! Suka juga tengok pakaian Baju Melayu yang bewarna-warna merentasi Presint 2 dari Masjid Putra ke Masjid Sultan Mizan. Pagi tu merasalah aku dan Mn berjalan sejauh 2.5 km!!! Kalau tak, memang jangan harap ler aku nak sesaje berjalan k…

Karnival WOW Putrajaya 2011

Assalamualaikum!!!

Semenjak dua menjak ni aku banyak menghabiskan masa aku di rumah dan tidur. Haish tataula apa nak jadi kan, tapi biasanya bila dah balik kerja tu tubuh badan akan menjadi sangat letih dan lesu, pantang letak kepala atas bantal je terus terlelap. Ya aku tahu tak elok tidur petang-petang, sebab tu kalau boleh aku nak cari aktiviti yang mengelakkan aku balik rumah dan tidur hehhee... kecuali eksersais la kot sebab kala pegi eksersais lagi le penat (ceh alasan kan! hahahaha).
Ok minggu ni sekali lagi aku bercoti panjang! Alhamdulillah, dah lama aku nantikan saat-saat bersantai macam ni. Tak perlu pikir perihal pejabat dan duduk buang masa kat rumah sambil layan tv. Nyaman! Sebenarnya aku nak cerita pasal satu event yang secara kebetulan aku terjumpa semalam. Ianya mengenai Karnival WOW Putrajaya 2011!. Secara jujurnya aku memang tak tahu langsung tentang kewujudan karnival di Putrajaya. Lagi menyedihkan dah la aku sendiri kerja di Putrajaya dan tahun ni dah masuk tahun …