Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2015

Assalammualaikum!!!
Laaa dah habis 2015??? Dah nak masuk 2016???? Mesti ramai yang macam tak percaya masa sangat cepat berlalu kan? Dan macam-macam perkara jugak berlaku tahun 2015 ni. Aku pun tak terkecuali, rasa macam baru semalam je bawak Pon (dear friend from Japan) pusing-pusing KL sambut New Year.Lols.
Tahun 2015 ni merupakan tahun suram kot dalam dunia blogging, rasanya ramai jugak antara rakan-rakan blogger yang dah beralih arah ke medium sosial yang lain macam facebook,Instagram dan Twitter (lebih ringkas dan senang nak bercerita). Tapi aku rasa blog masih penting untuk sumber rujukan dan maklumat, so kena lah teruskan hiks. Tapi maksud aku suram tu adalah, suram tak pegi travel ke mana-mana sangat! Hahah takde la rancak mengembara macam tahun-tahun sebelumnya. Memang obvious kot, awal tahun je sesat ke Macau denga Tansree Coco, MasMz dan Hang Dhamin...lepas tu terus suram...suram dan suram. tambahan pulak aku berpindah lokasi ke Tawau, Sabah...makin suram hahahah.

Oh lupa pu…

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 3) - Temples of UNESCO (Bayon And Ta Prohm)

Assalammualaikum! 
Kali ni berazam nak cepat habiskan entry Cambodia ni. Pejam celik pejam celik pun dah hujung tahun! Gilalah cepat masa berlalu, macam-macam hal pulak jadi tahun ni. Ok taknak cerita sekarang, tunggu entry penutup hujung tahun ni nanti ye (rajin pulak ko nak buat entry penutup bagai kan! HAHAHAHAH)! Let's sambung kejadian di Siem Reap hari kedua!
[ Sambungan dari Bahagian 2 ]
Bayon Temple

Usai menjelajah sekitar Angkor Wat dalam keadaan basah lit-lit (bak kata orang Utara), kami mendapatkan dua orang pemandu pelancong kami yakni Hassan dan Osman yang tengah menunggu kami di muka pintu utama. Lokasi seterusnya adalah menuju ke Bayon Temple. Bayon Temple ni terletak di tengah-tengah pintu Angkor Thom (Kompleks Angkor) dan merupakan satu-satunya temple yang mempunyai ukiran wajah patung yang senyum! Aku tak tahu apa relevant dan cerita di sebalik pembinaan temple patung senyum ni, kalau korang rajin silalah Google. NOTA:Bayon is known for its huge stone faces of the bo…

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 2): The Temples of UNESCO - Angkor Complex

Assalammualaikum!!!
Miss me much? Hahahah ok tak rindu eh? Takpelah. Saya redho. (drama). Again sorry sebab lambat sambung entry ni, dan sekarang jom sambung! 
[ Sambungan dari Bahagian 1
Setelah melepak-lepak area Hotel dan Night Market pada hari pertama, keesokkan paginya kami dikejutkan dengan hujan yang maha lebat! Ya tuhannnn cancel plan nak tengok sunrise. Sebenarnya kami dah janji dengan Zack (Pemandu tuktuk a.k.a tour guide kami - Kalau nak nombor dia sila rujuk entry part 1), tapi disebabkan hujan kami whatsapp siZack supaya dia datang lambat sikit dalam pukul 7;30 macam tu. (Kalau tak dia nak datang pukul 4.30 pagi untuk bawa tengok sunrise). So pagi tu melayan hujan sampai pukul 7.00 pagi, alhamdulillah reda jugak hujan tu.

Masa turun pegi sarapan pagi, kami terkejut nampak dua orang datang menyapa. Siapa pulak yang tegur kami ni, ingatkan scammer ke apa, rupanya yang datang tu adalah Hassan dan Osman, dua-dua tu adalah kawan kepada Zack. Katanya diorang dah sampai hotel t…