Posts

Showing posts with the label Singapore

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Balik Ke Tanah Air (FINALE)

Image
Assalamualaikum!!! Sambung dari SINI . Ok, ok dah nak habis dah citer ke Singapore ni. Mesti dah tak lalu nak baca kan sampai 4 episode, gigih betul sape yang baca sebutir-sebutir ayat dalam entry aku yang lepas-lepas.  Apakebenda la diorang buat ni? Baca tulisan Cina? Ya itu kepakaran Cik Maimoon. Sesampainya di Larkin, Datin Fe'ah memang dah menunggu kami semua di surau, dan ketika itu dia tengah kekenyangan sebab dah melantak sesampainya di Larkin tadi. Lepas menunaikan kewajipan, kami semua yang berkeroncong perut sebab tak lunch dari tengahari tadi bersepakat untuk ke Restoran SInggah Selalu yang terletak di Danga Bay. Kalau tanya aku, memang sesat larat la nak ke sana, jadi urusan mengemudi rombongan kami serahkan kepada Cik Bibah ...Oh Cik Bibah lagi jadi leader? Ok ok diterima, sebab beliau pernah menetap di JB selama 7 tahun katanya. Kompom tak sesat punyeeeee! Rombongan dua kereta ke Danga Bay dari Larkin bergerak dalam jam 5.30 petang...

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Part 3 - Hostel dan Chinatown

Image
Assalamualaikum!!!! Sambungan dari SINI! Sambil-sambil tu jom nyanyi lagu ni yer.... " Geylang Si Paku Geylang...Geylang Si Rama-Rama... Pulang Marilah Pulang, Marilah Pulang Bersama-Sama ..... Lalalalal"  Fuh gigih dari Vivo City, lepas dah semua mengisi perut makan malam di food court tempat kami breakfast pagi tadi, kami menapak semula ke MRT station di underground Vivo City, nama station tu adalah Harbourfront Station . Dari situ kami bergerak menuju ke Outram Station dan bertukar ke line hijau ke Paya Lebar Station (7 station dari Outram Station ). Lama jugak nak kene tunggu tu. Masing-masing dah terjelepuk kat lantai MRT. Penat nak mampos usah digambarkan lah ye, kang pitam. Hostel tempat kami nak pergi merebahkan diri ni namanya Betelbox Hostel, terletak di Geylang Serai . Kami ambik dorm yang memakan kos seorang SGD 20. Kira murah jugak la tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......jauh giler dari station MRT Paya Lebar tu! Gila la kena menapak dal...

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Part 2

Image
Assalamualaikum!!! Sambungan dari SINI . Dulu aku pernah blog about USS juga di SINI ..... Bila nampak je signboard SENTOSA tersergam indah depan mata, ramai yang dah teruja. Maklumlah, penantian selama ini telah berakhir katanya. Terdapat empat stesen monorel dari Vivo City ke Pulau Sentosa. Stesen pertama adalah Stesen Sentosa yang terletak di Aras 3, Vivo City, kemudian untuk ke Universal Studio Singapore (USS), kami akan turun di Waterfront Station . Manakala dua lagi stesen untuk merayau-rayau di Pulau Sentosa adalah Imbiah Station dan Beach Station. Sentosa Station ---> Waterfront Station ---> Imbiah Station ---> Beach Station Bila sampai je di Waterfront Station , masing-masing dah excited , macam-macam ada depan mata dan yang paling penting, ramai giler manusia!!!! Kronologi:  Kenapa kami pilih hari Isnin (6 Februari 2012)? Berdasarkan congakan, hari Isnin adalah hari bekerja untuk warga Singapura, dan atas faktor itu kami menges...