Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Apa sudah jadi?

Assalamualaikum.

Aduh lama sih gue enggak update-in blog gue.

Sorry kepada sesiapa yang menanti update-update terbaru dari sini. (ada ker?) Tak kisah la, janji aku tau ada juga yang terbaca blog ni tanpa disengajakan. hehe.

Sebenarnya bulan Julai dan Ogos merupakan antara bulan ter"bizi" saban tahun. Aku percaya ramai jugak yang menghadapi situasi ini. Tak taula kenapa si 'bizi' ni memilih bulan- bulan ini sebagai tempat dia bermain dan bercanda.

Jadi disebabkan si'bizi' ni tak beri peluang langsung kepada aku untuk melayari hari-hari indah memanjakan diri aku, tak dapat la aku nak update blog aku dengan aktiviti-aktiviti berpekdah yang selalu aku lakukan.

Ada beberapa perkara yang aku perlu settle kan terlebih dahulu, so harap-harap bile tugas-tugas ini dah selesai, aku dapat berpoya-poya seperti sediakala..

Aduh....rutin ku tergendala sudah... ;p

Dikesempatan ini, memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, jadi aku nak wish awal-awal Selamat Menyambut Ramadhan! kep…

Nabil Tom Yam dan Kolam Air Panas Gadek

Hujung minggu lalu, seorang teman mengajak aku beriadah..Dah lama tak bersukan katanya. Aku pun setuju aja lah, dia pon dah booked court tennis kat Bangi. Set jam 6.00 petang aku janji nak jumpa di Bangi. Ada pulak sorang member aku lagi yang nak join sama. Ok la, kalau lagi ramai lagi best! Petang tu aku, dan dua orang kawan aku main tenis sampai pukul 7.30 malam. Huh lama tak main, sengal-sengal pulak rasa badan.
Lepas magrib, aku lepak di restoran kawan aku yang tinggal kat bangi tu. Nama kedai dia "NABIL TOMYAM".Merasalah makan tom yam dan sup tulang kat sana! Sedap masakan tukan masak kedai kawan aku tu. Sesiapa yang rajin pergi Bangi tu, singgah la kedai makan kawan aku yer...jangan lupa, 'NABIL TOMYAM'. Kalau tengok nama pun dah tau, masakan utama kedai dia tu adalah tom yam!!! Yum..yum...sedap!

Lepas makan, rasa bosan pulak. Malam masih muda.Malam mingu pulak tuh! Pikir-punya pikir, akhirnya kami bertiga sepakat untuk ke Kolam Air Panas Gadek! Kat mana tuh? …

Projek Teater: Intan Yang Tercanai

Semalam aku berpeluang menonton sebuah lagi hasil karya Sasterawan Negara ke-7, Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "INTAN YANG TERCANAI". Teater arahan A. Wahab Hamzah ini dilihat amat tulus di dalam kupasan satu-per satu persoalan psikologi dan agama yang membawa penonton, aku khususnya hanyut didalam perjalanan cerita yang sangat indah. Terlebih dahulu aku mengucapkan Syabas kepada team produksi yang berjaya mencuit hati aku dan segenap penonton yang menonton persembahan teater Intan Yang Tercanai.

Aku juga pernah menyaksikan persembahan teater "Mana Setangginya" yang dipentaskan gah di Istana Budaya bulan lepas. Secara jujurnya, aku lebih mengkagumi Intan Yang Tercanai berbanding Mana Setangginya. Mungkin kerana jalan persembahan Intan Yang Tercanai lebih ringkas dan tenang. Masing-masing ada kelebihannya. Naskhah juga berbeza. Tapi bukan tujuan aku untuk membandingkan di antara keduanya, kerana masing-masing membawa mesej yang sama iaitu ketuhanan.

Persembaha…

Taman Tasik Perdana @ The Lake Garden on Thursday

Taman Tasik Perdana [TTP] @ Lake Garden kata orang putih, lama dah aku tak ke situ. Kalau dulu, time budak-budak uni, selalu jugak aku ke TTP ni, sanggup bangun awal2 pagi dan drive sensorang kengkononnya nak jogging, dan menghirup udara segar. Hahahah tu la kerja aku hujung-hujung minggu. Tapi itu dulu...sekarang ni dah jarang dah aku ke sana. Mungkin sebab faktor masa dan kemalasan yang melimpah ruah! Wakakaka.
Ok,Ok apa yang aku nak story kat entry kali ni adalah mengenai wajah terbaru TTP. Sebenarnya, hari ni aku kena menghadiri satu Meeting di KL. Lokasinya dekat-dekat la dengan TTP ni. Aku macam biasa, bangun awal dan bertolak keluar dari rumah jam 7.00 pagi. Macam biasa la time pergi kerja. Setelah merempuh jem di sepanjang highway PLUS, akhirnya ditakdirkan aku tiba di area tempat aku nak meeting tu jam 8.00 pagi. Alamak..terawal pulak! Meeting start pukul 9.30 pagi. Ada lebih kurang 1 jam setengah lagi! Alamak , apa yang aku nak buat? Akhirnya aku membuat keputusan untuk teru…

15 Tahun Sudah.....

Facebook (FB). Aku yakin, hampir separuh daripada kengkawan yang aku kenal masing-masing ada FB sendiri. Tak payah lah aku nak terangkan apakah itu FB. Korang lebih tahu kot?

Semenjak dua menjak ni aku dah jadi giler FB!! Hahahah samapai nak tido pon kena layan FB dulu sampailah aku tetidur depan laptop aku. Tak ke meroyan namanya tu? Aku tau ada juga golongan yang tak minat layan FB ni, katanya leceh la, serabut la dan macam-macam lagi. Terpulang pada individu itu untuk menilai.

Ok Ok sebenarnya kat entry ni bukan aku nak tolong promote FB, cuma aku nak mencoretkan terima kasih aku kepada FB kerana telah mempertemukan kengkawan zaman persekolahan aku dulu yang dah 15 tahun aku tak jumpa! Huh lama kan? Sebenarnya lepas je sekolah menengah, aku langsung lost contact dengan teman-teman sekolah. Bukan semua la...

Yang aku nak citer kat sini, kehebatan FB. Adalah satu hari ni, sorang member sekolah aku add aku kat FB dia. Aku pon tak tau la mana dia dapat address FB aku, mungkin dia google k…