Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Cuti lagi??? Kemana kita?

Haluuuuuuuuu...Selamat Tahun Baru China.. Masih belum terlewat nak wish pada Ah Long, Say Chuan, Ling Chui...semoga tahun ini you all akan lebih kaya!!! Kehkehkeh boleh belanja aku... So sepanjang percutian yang panjang minggu lepas, cadangnya aku malas nak balik kampung, maklumlah baru saja balik dari Pulau Langkawi, bajet pon dah agak-agak terbabas jugak...tapi akhirnya aku 'terpulang' juga ke kampung halaman ku di Perak, mengadap ayahnda dan ibunda terchenta!! apa boleh buat, ikut naluri hati...kalau merancang-rancang ni kompom susah nak jadi punya! tapi sebelum tu ada dua kesah tragis aku nak tulis kat sini...
Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu aku pegi menonton wayang dengan Deennasour kat port biasa la, Sunway...citer INKHEART. Hush best jugak citer tu. Memang sesuai dengan selera aku. Aku bukan nak buat review filem skarang tapi nak citer sikit tragedi yang berlaku selepas itu. Wayang tamat lebih kurang jam 11.30 malam. So we decided to have dinner la, nak senang …

Pulau Langkawi Trip

Alhamdulillah kami telah selamat pergi dan selamat kembali dari Pulau Langkawi! Percutian keluarga yang sangat menghiburkan. Kalau nak diikutkan sudah terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke pulau lagenda Mahsuri itu. Kali terakhir mungkin 15 tahun lalu...macam-macam telah berlaku beb!!

Sejak hari Jumaat lagi [16 Januari 2009] aku dah tak sabar-sabar nak balik kampung di Perak. Makcik aku yang duduk kat Puchong tu pun join aku skali..senang katanyer.... Ok la tuh, takde la aku balik sensorang. Lepas kerja je, aku dan makcik aku bergerak ke Perak. Sampai jam 8 malam.. hehehe awal jugak.

Aku memang dah takde mood nak bermalam-malaman ni..sebab tak sabar tunggu esok. Kehkehkeh.. Jadi malam tu aku pon tidur awal..kenkononnya nak amek feel bercuti di awal pagi. Keesokkan harinya, Sabtu [17 Januari 2009] kami sekeluarga bertolak ke Pulau Pinang. Cadangnya nak bermalam di Penang sebelum ke Pulau Langkawi. Alhamdulillah, semua yang berkumpul di Ipoh telah sama-sama bergerak ke Pulau Pinang. …