Sudah lama sebenarnya aku simpan artikel ni untuk ditempelkan di sini tapi baru harini tergerak hati nak share. Its all about amazingness of our nature. Mula-mula baca macam ragu-ragu jugak, masih adakah spesis-spesis baru yang ditemui di zaman-zaman canggih ni? Maklumlah sejak berkurun-kurun lamanya manusia dah explore segenap pelusuk alam dan aku agak mesti dah habis jumpa benda-benda baru punya. Tapi ternyata aku silap, keajaiban ciptaan Allah tidak pernah habis, akan sentiasa wujud sesuatu yang diluar dugaan kita sebenarnya. Subhanallah...
Artikel tersebut mengenai penemuan lebih 1000 spesis baru ditemui di Southeast Asia's Greater Mekong region sejak sedekad yang lalu! Dan ini termasuklah penemuan terbaru seekor labah-labah [spider] sebesar sebiji pinggan makan! [kenyataan oleh WWF]. Adoiai aku tengok lelabah sebesar ibu jari kaki pon dah geli, inikan pulak labah-labah sebesar pinggan makan!!! Kalau tak percaya, tengok video kat bawah tu, seekor labah-labah sedang makan seekor burung di sarangnya! Menakjubkan..
Disamping itu juga, seekor tikus yang disangkakan telah pupus sejak 11 juta tahun dulu pun telah ditemui di di hutan hujan dan wetland di sepanjang Sungai Mekong yang mengalir merentasi Cambodia, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Selatan China. Bayangkan, Sungai Mekong adalah merupakan antara sungai yang terpanjang di Asia, dan sememangnya merupakan habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Kalau nak diikutkan, kawasan Asia Tenggara terutamanya di sebelah utara memang jarang diterokai, cuma saintis-saintis yang betul-betul punya bajet dan minat yang tinggi sahaja yang mampu untuk meneroka kawasan ini. Itu baru di sebelah utara, belum lagi di kawasan-kawasan seperti Indonesia malahan Malaysia sendiri, aku yakin masih terdapat pelbagai spesis yang masih belum ditemui. Siapa nak buat kerja-kerja tu? Kalau ada sponsor, aku sanggup jadi volunteer! heheh tetiba rasa macam 'TheCrocodile Hunter' pulak. Tapi itu memang satu idea yang menarik untuk difikirkan!.
Menurut sumber WWF lagi, di antara tahun 1997 hingga 2007, sekurang-kurangnya 1068 spesis baru telah disahkan ditemui di kawasan tersebut!. Sememangnya satu usaha yang patut dibanggakan.Lebih menarik lagi, bukan semua spesis baru yang ditemui itu ditemui di dalam hutan, atau di kawasan-kawasan pedalaman, tetapi ada juga yang ditemui di kawasan-kawasan bandar seperti pasar-pasar. Seekor Laotian Rock Rat yang telah disagkakan pupus sejak 11 juta tahun dulu ditemui di sebuah pasar di Laos pada tahun 2005. Ish, bayangkan sebenarnya disekeliling kita ada banyak spesis baru yang sebenarnya kita tak sedar pon itu adalah spesis baru... Menakjubkan!
Spesis-spesis baru yang direkodkan termasuklah 519 jenis tumbuhan, 279 jenis ikan, 88 jeniskatak, 88 jenis labah-labah, 46 jenis cicak, 22 jenis ular, 15 jenis mamalia, 4 jenis burung, 4 jenis kura-kura, 2 jenis salamanders dan juga sejenis kodok dengan purata dua spesis baru ditemui setiap minggu sejak sepuluh tahun yang lalu!
Namun begitu, tidak mustahil spesis-spesis tersebut diancam kepupusan memandangkan pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan Mekong itu sendiri. Terpulanglah kepada kerajaan untuk memeliharanya. Semua itu atas dasar tanggungjawab kita sebagai manusia. Ish kalaulah aku berpeluang jadi salah seorang discoverer! Menarik bunyinyakan??? Sebenarnya kat keliling aku ni pon banyak dah 'Spesis' pelik yang aku jumpa, tapi semuanya berkaki dua dan berotak la kan!!! Kehkehkeh...cuma tak tau la itu layak dimasukkan dalam rekod WWF ke tak! kehekehkeh..Renung-renungkan lah...
Janggeltrekker
jangan i termimpi kena patuk ular dah ler mlm nih...
ReplyDeletehe he he
(^_^)
::_Yanie Putrajaya_::
*********************************
CikYanie:: Mimpi terpatuk ulak kapak berkepala dua..Canne tuh???? Hahahhahaha
ReplyDeleteapa ni tunjuk gambar u-u pulakkkkkkkkkkkk.. tak sukaaaaaaaaa... memang ada byk je spesis lama yang baru ditemui, tapinya kita ni sering dimokokan dengan cerita2 negatif.. mcm cerita spider jadi membesar dan bunuh orang la.. cerita u-u beo la mcm boa vs python tu.. jadinya bebudak tak suka nak mengkaji specis2 ni.. jgn kata budak..saya pon jadi takotttt... janggel.. edit la pic u-u tuu..takottttt
ReplyDeleteSaya: Heheheheh Saya takut U-U ker kehkehkeh..apa dah..macam mana nak menghargai alam sekitar kalo camnih..tengok gambor ular pun takot! Kehkehkeh.. Nanti kiter edit kasi dia pakai topeng miki maus nak>???? kehkehkeh.
ReplyDeleteini dijangke...dinosour akan wujud kembali ni..jd sila di hutan amazon...huhu
ReplyDeleteWow!menarik gak kalau jadi pencinta alam macam abg janggel ni..Menakjubkanlah dapat tgk video seekor labah-labah sedang makan seekor burung di sarang.
ReplyDeleteHiroshi:: Ish deennasour kan memang dah wujud dah..tak caya hang p jengok kat blog dia Harharhar!!!! kehekehkeh jangan marah yer enchek Deennasour....
ReplyDeleteAie:: Banyak lagi benda-benda menarik boleh kita jumpa kalau rajin meneroka!
ReplyDeleteLabah-labah makan burung...hmmm ngeri bunyinya tapi itulah yang wujud.
Let's become environmental lovers!!!
wah
ReplyDeletengeri je tgk ular hijau tu
EnchekCAMERA:: Yup memang ngeri...macam nampak dia ada 4 mata plak kan???
ReplyDeleteohhooo...aku fobia ckit bab2 ular nih..meremang bulu roma aku..
ReplyDeleteKehkehkeh Adam..aku pon fobia gak sebenarnya..
ReplyDelete