Assalammualaikum!
Sanggar seni tahun ini dimulakan dengan pementasan Makyung bertajuk "Raja Besar Senyanya". Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya semalam, 9 Januari 2009, aku dan rakan berpeluang menyaksikan sebuah karya pementasan makyung, arahan Fatimah Abdullah. Dengan tiket berharga RM 23 ringgit yang telah dibeli awal mingu lalu, kami pun bergegas ke IB setelah habis kerja. Nasib baik jalan tak jem, so sempat jugak la bermalas-malasan di perkarangan IB sebelum menyaksikan persembahan Makyung itu. Terus terang aku katakan, aku memang tak pernah menonton mana-mana persembahan Makyung sebelum ini, dan ini merupakan kali pertama aku menyaksikannya. Persepsi terhadap persembahan Makyung pada mulanya, agak samar-samar, memandangkan ianya hanya popular di kalangan masyarakat Kelantan dengan loghat bahasa yang agak sukar difahami. Tapi setelah menonton persembahan Makyung pada malam tadi, dengan bangganya aku mengatakan bahawa Makyung bukan sukar, ianya sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. malahan ada juga pelancung asing yang menontonnya. Agak bangga juga kerana Lambang Sari pada malam pertama pembukaan persembahan tersebut penuh dengan penonton yang rata-ratanya daripada golongan remaja. Ini menunjukkan, generasi muda kini mempunyai minat untuk memahami dan mendalami tradisi nenek moyang zaman berzaman.

Sedikit tentang Makyung:
Makyung berasal daripada perkataan Mak Hiang, yang membawa maksud semangat padi. Ia merupakan persembahan dramatari tradisional Melayu Kelantan yang menggabungkan elemen seni tari, seni suara, lakon, lawak dan muzik. Mengikut catatan Peter Florist, seorang pedagang Eropah pernah menyaksikan kesenian ini di istana Raja Perempuan Pattani pada tahun 1613.
Di Negeri Kelantan, kesenian ini ditemui di Istana semasa pemerintahan Sultan Mahmud IV (1900-1920) dan kemudiannya Sultan Ismail. Teater tradisional ini seterusnya dihidupkan kembali oleh Tengku Zainal Ghaffar II yang dikenali sebagai Tengku Temenggong.
Sinopsis "Raja Besar Senyanya"
Cerita Raja Besar Senyanya [RBS] merupakan kisah awal mengenai cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula dalam Negeri Serendah Si Pagar Ruyung yang diperintah oleh Raja Besar Senyanya yang sedang menantikan kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan sekiranya menimang seorang putera, maka baginda Raja Besar Senyanya telah keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Semasa dalam perburuan Puteri Gak Petera telah bersalin tetapi melahirkan seekor Siput Gondang.
Setelah Raja Besar Senyanya sampai di Istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia lalu menuduh puteri Gak Petera membuat hubungan sulit dan menghalau puteri Gak Petera dari istana. Puteri Ga k Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapat perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja istana.
Semasa menumpang di rumah wak Pakil Jenang, beliau mengarahkan Wak Pakil Jenang menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja. akhirnya apabila tiba saat dan ketika, siput gondang pun menetas dan keluar seorang putera yang tampan.
Apabila Puteri Gak Petera pulang, beliau dapati siput gondangnya kosong lalu berlakulah salah faham antara puteri dengan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar kepada bondanya. Anak Raja Gondang memnta izin bermain -main bersama dengan anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.
Watak dalam Makyung:
- Pakyung - Menjadi Raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Makyung.
- Pak Yung Muda - Watak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.
- Makyung - Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang pentin sebagai watak utama.
- Puteri Makyung - Sebagai heroin dalam cerita Makyung.
- Peran - Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebgai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.
- Dayang-dayang - Terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Makyung atau Puteri Makyung.
Bagi aku, ini persembahan pembukaan yang sangat manarik dan sedikit sebanyak telah membuka pintu Sanggar Seni kepada satu lagi cabang yang tidak boleh dielakkan pada masa akan datang. PEACE!
Para pelakon Makyung Raja Besar Senyanya bersama Pengarah
WASSALAM
haa...baru je tgk review teater ni kt bernama TV td..
ReplyDeletemcm best jer..ko taw..aku dr dulu teringin nk tgk teater kt IB...tggu org invite jer.. ;p
ih mak yung, bosan. kui3
ReplyDeleteADAm: Memang best pon.... len kali meh arr tengok kat IB
ReplyDeleteDeennasour:: Huh tak bosan langsung....Best..sesuatu yang fresh!
ReplyDeletewahh..nak jugak pergi tengok.. ada lagi tak? mana nak beli tiket??
ReplyDeleteSAYA:: Dah habis la 'Saya'...9-11 hb jer. kehkehkeh...
ReplyDeleteuiiiii MaKYuNG soRaNG LaGi KawaN aKU DaH SaNGKuT!!!!! HaHaHaaa..... Patut2 iKuT DeN DaRi awaL LaGi LaYaN MaKYuNG NieH!!!!
ReplyDeleteCikMasZ:: Huhuhu begitulah nampak gayanya cik Mas.... Banyak lagi pgm 2009 nih...
ReplyDelete