Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Diari Umrah (Part 2): Kota Madinah dan Sekitarnya

Assalammualaikum!
Bahagian 2...
Salam... aku masih dalam mood cuti la. Tak semangat langsung nak kerja, tapi memandangkan banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan aku gagahkan jugak kaki ni masuk opis walaupun hati masih ada kat Mekah.. (wah!!!). Huhuhu seriusly I miss both of Tanah Haram (Mekah n Madinah).
Selesai hari pertama merehatkan diri sambil beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, sempat juga kami pergi bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid Nabawi yang terdapat banyak kedai-kedai jualan pelbagai jenis barangan. Wah kagum betol, segala bangsa Arab ada kat sini, dan yang paling aku kagum, they all can speak Malay!!!! Mak aku cakap, sebab di sana sudah ramai orang Indo dan Bangla yang bekerja, soBahasa Melayu is quite familiar dengan diorang. Alhamdulillah..senang kami nak shopping!!! hehehe.
Hari ke dua, kami dibawa menziarah di kawasan Masjid Nabawi oleh Ustaz Khairi, Ustaz yang mengetuai rombongan umrah kami. Firstly, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Perkuburan Baqi'

Diari Umrah (Part 1) - Dari Kuala Lumpur Ke Madinah

Assalammualaikum!

Bahagian 1
Assalamualaikum…hush lama gak aku tak meng’update’ blog aku ni kan? Dah lebih 2 minggu!!! Huhuh… Alhamdulillah pada 21 Julai 2008 aku dan keluarga selamat pulang ke Malaysia. Kami bertolak dari Airport Jeddah jam 9.00 malam dan tiba di KLIA pada jam 1.30 tengahari. Lama giler weh dalam kapalterbang. Dekat 9 jam.

Pengalaman mengerjakan umrah kali pertama memang menyeronokkan dan menginsafkan. Ketika diri ini berada di hadapan Kaabah..ishhh syahdu sangat! Macam tak percaya aku kini berdiri betul-betul di hadapan Baitullah yang menjadi lambang penyatuan Ummat Islam Sejagat! Subhanallah….

Aku bertolak dari KLIA ke Lapangan Terbang Jeddah pada 9 Julai 2008 jam 1.50 petang. Kami (rombongan umrah yang terdiri daripada 72 orang jemaah Malaysia berkumpul di KLIA seawal jam 10.00 pagi lagi. Maklumlah nak menyettlekan urusan passport dan sebagainya. Setelah diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan iaitu Ustaz Hamzah dan penyerahan passport ke pihak Airport, akhirn…

::Besujud di Depan Kaabah::

Assalamualaikum..


Saat ini kami sekeluarga mungkin telah selamat berada di Tanah Suci bagi mengerjakan tuntutan ibadah yang menguji kekuatan dan kesempurnaan iman sebagai seorang manusia. Alhamdulillah, tatkala rezeki itu datang, aku tidak mampu untuk menepisnya kerana hati ini begitu meronta-ronta untuk bersujud di hadapan Kaabah, memijak Tanah Haram yang menjadi impian setiap ummat manusia. Mungkin diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi khalifah yang layak dijadikan contoh, namun aku bersyukur kerana peluang ini secara tidak langsung mendidik aku ke arah itu.

Sedangkan belumpun sampai di sana, rindu itu telah muncul…inikan pula bila kaki ini telah betul-betul memijak pasir dan debu tanah haram-Mu…

Harapanku, teman-temanku dapat mendoakan aku agar dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna, dapat pergi dan pulang dengan selamat dan doakan kesejahteraan kami sekeluarga di sana. Amin…Insyaallah segala-galanya akan disimpin di dalam kotak ingatanku…

::Review Filem ~ SEPI::

Semalam, aku sempat menghabiskan masa yang ada dengan menonton sebuah filem yang kurasakan cukup indah. Memang benar apa yang diperkatakan oleh teman-teman sebelum ini mengenai filem yang diarahkan oleh seorang insan seni yang cukup berbakat, Kabir Bhatia. Beliau mampu menggarap filem SEPI standing kehebatan filem arahannya sebelum ini, CINTA.

Agak lewat sebenarnya aku menonton filem ini. Setelah beberapa minggu mencuba mengatur waktu-waktu terluang, namun baru semalam waktu yang sesuai itu tiba. Chewah…ayat yang klishe kan??? Macam biasala, selain Mid Valley, tempat yang akan kutuju kalau nak menonton wayang adalah, TGV Sunway Piramid. Tonton dengan siapa?? Huhuhu nak ajak awek, takde..so aku pun ajak la teman serumah, Dhaniel. Show dijadual akan bermula jam 9.20 malam, dan kami tiba di Sunway Piramid jam 9.15. Heheheh biasala, kalau dah pergi dengan Dhaniel, kompom lambat punya!!! [harap-harap Dhaniel tak baca].

Apa yang menarik sangat tentang SEPI?::



SEPI memaparkan kisah hidup, atau…

::10 Ayat Reject Popular::

TERTARIK dengan sebuah artikel daripada sebuah majalah terbitan Karangkraf, aku terpanggil untuk berkongsi kandungannya. Perihal 10 ayat yang sering menjadi permainan di bibir lelaki atau perempuan dalam soal perhubungan. Mungkin ada di antara kita pernah menggunakan bait-bait ayat tersebut! Siapa tahu, mungkin secara kebetulan, tetapi berdasarkan fakta dan kajian, 10 daripadanya dirasakan cukup popular untuk dilafazkan.
Ayat yang digunakan oleh Wanita::

"Biarlah kita hanya kawan" [Walaupun hang bukan pakwe che', tapi che' masih perlukan hang untuk backup dalam kesusahan.]"Saya lebih rela hidup sendirian" [Che' tak perlukan pakwe macam hang!]"Saya mahu memberikan tumpuan pada karier" [Daripada che' hidup bosan dengan hang baik che buat benda-benda berpekdah]"Bukan salah awak, tapi saya" [Sebenaqnya memang hang yang salah, sepatutnyalah hang sedaq dah.]"Saya tak keluar date dengan rakan sekerja" [Jawatan hang tak setaraf d…