Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Berjimba-Jimba Di Pangkor: Part III

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambung kisah percutian singkat di Pulau Pangkor. Rasanya sejak dari mula sampai ke Pangkor sampailah ke petang hari yang sama, kisah-kisah mandi-manda di pantai dan bersnorkling menjadi fokus utama entry sebelum ini. Ok kali ini aku nak sambung kisah di malam hari pulak.

Malam pertama kami di Pangkor dimulakan dengan kisah mencari makan di tepian pantai. Seperti entry sebelum ini, aku ada katakan yang banyak gerai makanan yang terdapat disepanjang pantai Teluk Nipah, jadi isu makanan tidak timbul sekiranya mahu bercuti di sini. Setelah berjaya memilih port, maka aktiviti makan malam pon berlangsung, hasil tuaian tak berapa menarik, makanan pun biasa-biasa saja. Tapi yang best nya feel makan tepi pantai berbumbungkan langit dan bulan...tup tup tetiba hujan lebat hahahaha...hambek ko. terpaksa berlari-lari anak balik ke chalet.

Aktiviti malam diteruskan dengan aktiviti menyumbangkan sora, mujur la si Wan (member aku)…

Mami Call: Kisah Raya di London.

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 

Petang semalam Puan Datin call aku dari Tanah Inggeris [huh saje la tu nak kasi aku jeles!!!]. Ish tak baik tau mami aku ni, katanya cuaca kat sana sejuk sangat sebab tu asyik lapar je. Hahaha aku pon dengan jahatnya menyatakan yang aku baru lepas makan ayam golek dan nasik beryani gam! [tipu..!!!!! padahal aku rendam megi je semalam] saja nak buat serangan balas terhadap mami.

Ops kenapa pulak mami aku ada di Tanah Inggeris ya? Ok let's start the story, minggu lepas, seminggu lepas raya Puan Datin dan Encik Dato' bersama aunty dan uncle serta cousin aku telah terbang ke UK untuk berpoya-poya berhari raya sambil mengunjungi sanak saudara di sana. Huh perancangan awal, aku yang sepatutnya pergi! Tapi memandangkan fulus yang tidak berapa nak ada dan bebanan kerja yang menggunung lepas-lepas raya ni akhirnya aku pasrah...untuk pergi pada next trip! HAHAHAHA [tetap nak pergi jugak!]

Sambung balik, bila aku bukak la FB [laman sosial …

Pangkor Escapade : Raya Mode

Assalamualaikum...

Lagi-lagi raya! hahaha merasalah korang baca entry raya pulak sepanjang bulan Syawal ni. Kalau bulan lepas sepanjang-panjangnya aku belasah entry makan, kali ni aku belasah pulak entry aku merayap-rayap di hari raya!

Bagi siapa-siapa yang perasan, setiap tahun bila tiba hari raya, aku akan buat konvoi raya dengan geng-geng aku seperti tahun lepas, ingat tak? kalau tak ingat sila semak sendiri entry tahun lepas. Tapi tahun ni lain sikit la konvoi kami, bukan pergi beraya rumah orang, tapi kami dah sepakat cuti panjang hari raya tahun ni kami akan memulaukan diri dengan hari raya. Haahha apakah?
Sebenarnya tahun ni kami masing-masing bercuti panjang sempena hari raya. Jadi bila dah cuti panjang,kami merancang sebuah percutian. Memandangkan kami kerja jauh di antara satu sama lain, dan jarang jumpa, jadi kami mengambil inisiatif untuk berkumpul di satu tempat yang jauh dari kesesakan. Wah percutian kah??? Ya kami ke Pangkor! Pulau Pangkor, di Perak. Alamak, asyik-asyik…