Assalamualaikum...
Kali ni aku nak story pasal berhari raya di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh, Perak. Sebenarnya, tahun ni genap 5 dan 6 tahun arwah Opah dan Atuk aku meninggal. Dan sepanjang ketiadaan mereka berdua, anak-anak mereka termasuklah ibu aku dan adik-beradiknya akan berkumpul pada setiap hari raya dan mengadakan Majlis Doa Selamat dan perjumpaan keluarga. Setiap keluarga memainkan peranan masing-masing dan mempunyai ahli aktif untuk menjadi penyampai berita kepada ahli keluarga yang lain.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, perjumpaan keluarga tahun ini berlangsung pada Hari Raya Ke 3 di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh. Alhamdulillah ramai juga yang dapat hadir, kecuali adik ibu aku yang tinggal di Kuching. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah bacaan tahlil dan doa selamat, sambutan hari lahir untuk ahli keluarga yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Syawal, mesyuarat perhimpunan keluarga dan yang paling best adalah acara cabutan betuah!! (hah part cabutan betuah ni, pakcik aku lah yang paling expert mengendalikannya!!!)
Sebelah pagi, seperti biasa, ibu aku akan jadi ketua pasukan memasak di dapur. Menu pulak adalah pelbagai, ada laksa Penang mari, nasi beryani, kuih muih dan sebagainya. Part membeli barang-barang dan menyediakan salinan dokumen-dokumen pulak aku dan sepupu aku punya kerja. Sambil membeli belah sempat juga pekena cendol mamak kat Pekan Rezaki, Ipoh! Adoiii sedapnya..maklumla dah lama tak melepak di tepi jalan macam tu. Nyaman...
Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam tu kan, so sekali berkumpul buat semua benda sekali harung. Mesyuarat keluarga pulak biasanya kami bincangkan mengenai kutipan yuran bulanan setiap ahli keluarga untuk Dana Atuk dan Opah, penyerahan pamplet Salasilah Keluarga (yang ni memang susah giler aku nak buat, mengambil masa berbulan-bulan jugak la), dan yang paling penting adalah penyebaran maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun...alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tahniah diucapkan kepada urusetia majlis. Walaupun singkat masa yang diberikan tapi dapat juga melangsaikan semua tugasan dengan sempurna. Dapat jugak aku merembat sebuah hamper sebagai hadiah cabutan betuah!! Memang betuah sungguh la aku ni! hahahaha.
Ok, layan je gambar-gambar yang ada hasil tembakan aku hari itu. Tak banyak yang aku tembak sebab sebok nak makan..hahahha.
PEACE!
|
Disinilah kami melepak makan cendol. |
|
|
|
|
Banyak giler cendol dia...mengah nak mengabeskan. |
|
Yang cedok nasik tu macam YB la pulak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|
Tukang bancuh ayor...bodyguard ! |
|
Sila makan, jangan malu-malu! |
|
Huish beso nganga kawan! |
|
Antara yang bertuah! |
|
Yang paling bertuah adalah aku! |
|
|
memang bertuah..dapat beskut bertin dalam bakul...hehe
ReplyDeletebile nak bukak hamper dlm kete tu? kat pangkor ker?
ReplyDeleteAnash -
ReplyDeleteHehehe sekali sekala je betuah...
Hang Dhamin -
ReplyDeleteAla...diam dia je la...nanti aku kasi lipas2 tu makan dalm keter.
bertuah nyer dpt sabun cuci pinggan..hahah
ReplyDeleteAnip-
ReplyDeleteMmg bertuah la tu, bukan senang nak beli sabun cuci pinggan skg ni..mahal tu! ;p
ni mesti main tipu ni..hehe
ReplyDeletexpernah dpt cabutan bertuah...mmg xbertuah kot
Edy-
ReplyDeleteHahah mana ada tipu..betol tau dapat..tak penah2 pulak aku dpt tetiber dapat hr tu hehehe