2010-09-08

Food Hunter: Back To The Roots (Kenny Rogers Roasters)

Assalamualaikum...

Sebelom entry ini dibaca..jom sama-sama nyanyi lagu raya yang berkumandang di blog ni..dari Al-Mizan!!! Hahaha Klasik tuh!

Enough about Iftar.Rasanya dah dekat nak raya ni, mood bertukar ganti, kejap teringat kat kampung la, kejap-kejap lagi terpikir baju raya aku kaler ape la..(erk? tak tau lagi ker kaler aper?) Hahaha biasa la, urusan baju-bajan ni semua Puan Datin yang settlekan. Sedondon satu family, as usual. This is like a tradition chain. Ada ura-ura menyatakan yang baju raya tahun ni lebih kurang sama jer temanya macam dua tahun lepas. Hmmm warna apakah itu? kalau nak tau kena la tunggu kot-kot ada entry raya? InsyaAllah.

Ok, back to the track, semestinya bila dah nak raya, semua orang sibuk apply cuti, ada tu yang seminggu sebelum raya dah cuti balik kampung, kononnya nak tolong mak buat kueh raya, kemas rumah dll. Betol ker? Agaknya betol lah kan. Masa ni jugaklah ramai member aku yang duduk jauh di merata tempat yang balik ke kampung. Alhamdulillah, kembali jugak korang ke pangkal jalan...dapat jumpa lagi tahun ni kan, panjang umur korang.  Macam member aku si Acid yang keje kat seberang laut tu, awal-awal lagi dah dapat cuti, jadi bila dia ada kat KL hari tu, aku ambik kesempatan untuk jumpa dia sebelum nak balik kampung.

Lokasi perjumpaan adalah di KRR, Alamanda, dekat saja dengan opis aku. Sebab lokasi dipilih adalah pertama, dari KLIA, Acid senang terus naik ERL, turun di Putrajaya Central dan aku boleh jemput dia kat sana. Yang kedua, tak payah redah jem ke KL time-time orang berpusu-pusu balik kerja nak berbuka puasa di rumah dan yang ketiga dah semestinya macam alasan mula-mula tadi, dekat dengan opis aku. Oh ya, dan ada satu lagi sebab, sorang lagi member aku Wan, yang kerja di Cyberjaya pon senang nak reach tempat tu. So its fair to everybody.

(Alamak ni sebenarnya entry buka puasa jugak la!!! Sorry..lari konsep)

Apa yang bestnya, bila dah lama tak jumpa tu macam-macam cerita la keluar dan macam-macam program raya kami atur. Maklumlah kami sekampung, setiap kali raya ada program terjah dari rumah-ke rumah! Best! So perjumpaan hari tu sebenarnya lebih kepada warming-up process sebelum proses pemanasan seterusnya berlaku. Haishhh tak sabar dah aku nak beraya nih!!!
Ok, Salam Ramadhan ke 28!

PEACE!


Boleh dilantik menjadi duta KRR lepas pihak pengurusan melihat foto ini.


8 comments:

  1. haha.

    time2 tengahari ni.. nampak sedap je aiskrim tu.

    nasib baik bulan puasa.

    ReplyDelete
  2. Nuke -

    Mmg mencabar Iman kan??? hahaha itu lah dia.
    Selamat Hari Raya Nuke!

    ReplyDelete
  3. Edy -

    Alamak bro Sabar..waktu bebuka lambat lagi.
    SELAMAT HARI RAYA!

    ReplyDelete
  4. slamat hari raya bro..pasni boleh makan byk2..

    ReplyDelete
  5. waaa..korang siap tayang handset lg..:-D

    ReplyDelete
  6. Pencacai Alim -

    Selamat jugak! ha ah..lepas ni prgm makan tetap diteruskan

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!