Posts

Showing posts with the label Food Hunter

FOOD HUNTER: Zam Zam Restaurant, Singapore – Murtabak Legend Sejak 1908!

Image
Hari itu matahari belum lagi sampai ke kemuncaknya bila kami sampai di kawasan Kampong Glam , salah satu kawasan paling berwarna di tengah kota Singapura. Deretan bangunan warisan dengan seni bina lama, ditambah pula dengan bayang megah Masjid Sultan , membuatkan langkah kami perlahan – bukan kerana letih, tapi kerana terpesona. Tapi kan, ada satu misi yang lebih penting sedang menanti. “Zam Zam,” bisik aku perlahan. Nama itu disebut-sebut ramai – restoran mamak legenda yang katanya telah bertapak sejak tahun 1908 . Seratus tahun lebih, dan masih berdiri gah di tengah hiruk-pikuk kota moden. Tak hairanlah pintu kacanya sentiasa berayun, dengan pelanggan keluar masuk tak putus-putus. Kami masuk, disambut bau kari dan rempah yang seolah-olah mahu membalut tekak kami dari luar. Suasana di dalam sederhana, meja penuh, suara pelanggan bersahut-sahutan, ada yang pesan nasi, ada yang tunjuk murtabak sebesar dulang. Kami duduk, dan tanpa berbincang panjang, satu demi satu pesanan keluar dar...

FOOD HUNTER: Samat Muslim Food, Bangkok – Satu-satunya penyesalan: kenapa baru datang hari terakhir?!

Image
Hari itu, langit Bangkok cerah seperti biasa. Hiruk-pikuk kota masih berterusan, dan aku serta Umar sudah pun berada di penghujung percutian kami. Selepas beberapa hari menjelajah Pratunam, Chatuchak, dan berpanas di sepanjang jalan Sukhumvit, kami akhirnya sampai ke hari terakhir, hari di mana kaki mula lenguh, beg mula penuh, tapi hati masih belum puas. Hotel kami, Tango Vibrant Living Hotel, terletak strategik di kawasan Ratchaprarop. Setiap kali keluar masuk hotel, kami akan lalu satu kedai kecil di hujung lorong. Papan tanda ringkas tertulis “Samat Muslim Food”. Entah kenapa, selama beberapa hari kami di Bangkok, tak pernah sekalipun kami singgah. Mungkin terlalu sibuk. Mungkin terlalu leka. Tapi hari ini... hari ini kami rasa lain. Tak tahu kenapa, mungkin sebab perut lapar, atau mungkin sebab naluri pelancong yang akhirnya mula waras, kami tekad masuk ke kedai itu. Suasana dalam Samat sangat berbeza daripada hiruk-pikuk luar. Tenang. Meja kayu sederhana. Hiasan dinding ringkas. ...

Masak Rendang Tok Versi Mama

Image
Setiap kali nak raya, bau yang paling aku nanti bukan bau bunga rampai, bukan bau kuih bakar, tapi bau rendang tok mama. Bau yang melekat kat langsir, kat baju, kat rambut pun ada. Tapi itu lah, bau yang paling buat aku rasa “raya dah dekat”. Resepi rendang tok versi mama bukan jenis yang ada dalam buku. Takde sukatan gram, takde “masak selama 30 minit atas api sederhana”. Semua main rasa, main tengok, main agak-agak. Tapi hasil dia… memang win. Tahun ni mama kata, “Kamu tolong mama buat rendang tok. Belajar elok-elok. Esok lusa entah sempat ke tak nak ajar lagi.” Aku diam je masa tu. Rasa sebak sikit, tapi aku angguk. Awal pagi, dapur dah berasap. Mama pakai apron lusuh yang ada kesan kunyit tak hilang. Daging potong ketul besar-besar, macam biasa. “Rendang tok tak main potong kecik. Nak makan biar puas,” mama cakap sambil hiris halia dan lengkuas. Aku tukang kisar. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, semua masuk dalam blender. “Jangan campur air banyak sangat,” mama t...

FOOD HUNTER: Lepak Petang Kat Kedei Kopi Ceruk, Sungkai

Image
Petang tu, masa on the way balik Ipoh, perut dah start berkeroncong. Kawan aku pulak dok promote ada satu kafe kat Sungkai ni, unik gila katanya. Nama dia pun rare, Kedei Kopi Ceruk. Dengar nama je dah buat aku tertanya-tanya, ceruk mana pulak kedai ni.   Sampai je kat Sungkai, rupa-rupanya tengah-tengah pekan! Ingatkan betul-betul ceruk kampung ke apa. Kedai dia kecik je, tapi sumpah unik gila! Masuk-masuk je, terasa macam balik zaman tok nenek dulu. Mana taknya, penuh dengan barang antik, dari radio lama, jam dinding retro, sampai basikal tua pun dia gantung kat dinding. Memang vibe nostalgia habis!   Kami pilih duduk kat meja kayu dekat tingkap. Boleh la layan view orang kampung mundar-mandir. Menu dia simple gila, tak banyak pilihan dan ready made, roti bakar, mi kari, dengan nasi lemak bungkus daun pisang. Senang cerita, tak payah pening kepala nak pilih. Aku terus order roti bakar dengan kopi O. Feeling-feeling minum kopi kampung.   Bila roti bakar sa...

Food Hunter: Review Bubur Ayam Papa Kaya - Ayer@8 Putrajaya

Image
Setiap kali jejak kaki kat Papa Kaya, Putrajaya, memang tak fikir panjang, terus order bubur ayam dia.. Claypot Porridge with egg + Steam Chicken.  Itu je menu wajib aku, tak pernah berubah. Bubur dia memang lembut, creamy, tak terlalu cair atau pekat. Ayam dalam bubur tu pun banyak, bukan jenis ‘main tabur’ je. Ditambah pula dengan kombinasi, kacang goreng, telur separuh masak, halia dan cili potong kicap… memang cukup rasa. Tapi kalau nak lagi padu, kena makan sekali dengan steam chicken with soy sauce, fuhh, kombinasi legend! Ayam stim dia lembut, juicy, dan kicap dia ada balance masin-manis yang ngam. Sekali suap, memang tak cukup satu mangkuk!   Papa Kaya ni sebenarnya satu hidden gem, dulu dikenali sebagai Papa Rich. Terletak kat Ayer@8, Presint 8, kafe ni ada vibe santai, sesuai untuk lepak lama-lama. Dekor dia simple, dengan suasana cozy yang buat kau rasa macam duduk rumah sendiri. Sebab tu aku selalu datang dengan blogger tersohor bakal Doctor Dayah DJ, sambil layan...

Food Hunter: Gastrohub Bandar Baru Nilai - Lokasi Makan-Makan Igauan Semua!

Image
  Assalammualaikum!!! Sebenarnya... aku malas nak tulis apa-apa, apatah lagi nak apdet blog. Tapi setelah diperkotak-katikkan oleh Wonderlust   DJ , blogger popular masa kini tu, maka aku apdet jugak la hahahahahhaa. Awas ye DJ, aku apdet blog ni!  Kali ni nak apdet pasal lokasi makan-makan terkini yang aku baru pergi dengan Tansree Coco ( huh sounds familiar right? ) yang diiringi oleh dua orang bodyguards nya. Lokasi kedai makan ni pun dicadangkan oleh DJ jugak, so aku “terpaksalah” mention juga nama beliau di sini.   Lokasi: Gastrohub Bandar Baru Nilai Untuk sesiapa yang baru dengar pasal restoran ni, memang tak hairan lah sebab ianya baru dibuka lebih kurang dua bulan yang lalu. Tapi... aku agak terkejut dengan kepopularannya dan sepertinya semua warga net dah tahu tentang kewujudan restoran ini. Apa yang menarik sangat pasal tempat makan ni? Aku boleh senaraikan beberapa perkara yang menarik minat aku mengenai Gastrohub di BBN ni. Lokasi yang mudah dicari, ju...

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Image
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,   Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Image
Assalammualaikum!!! Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan , amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan. Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia ) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk ! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain)...