About Me

Assalamualaikum Janggelers!!!

Huhuhuh boleh ke aku panggil korang semua ni Janggelers??? (Khas untuk pembaca blog aku yang tak seberapa nih). Aku harap sesiapa yang membaca blog ni akan terasa seperti berada di pinggir-pinggir hutan sambil melihat keindahan alam ATAU melihat dunia luar dari jendela hutan aku ni. (cewah aku ada hutan sendiri tau) Sebab aku suka sangat dengan alam sekitar, bunyi-bunyian unggas, tumbuh-tumbuhan, alam semulajadi..dan.....sebenarnya aku suka JENJALAN!!! Bukan dalam hutan jer tapi ke seluruh pelusok dunia. (Saja aku memilih hutan sebagai tempat permulaan kerana daripada hutanlah lahirnya peradaban dan kemajuan).

Saya juga seorang yang LOW PROFILE. Saya tak kisah kalau blog saya tidak popular, kerana tujuan saya berblog  adalah untuk rujukan peribadi saya dan sekadar berkongsi pengalaman saya yang cetek kepada sesiapa yang terjumpa blog saya.

Ok panggil saja aku JANGGEL / REN (chewah..tu nama pena aku) Malas nak bubuh nama betol sebab macam tak feel sebagai seorang penulis pulak. I love writing as much as travelling. Dua perkara yang aku susah untuk aku tinggalkan. Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang journalist tapi sampai sekarang masih belum tercapai. Kalau ada sesiapa nak sponsor aku untuk menerbitkan rancangan sendiri (macam cerita dokumentari Globe Trekker tu) aku sangat menghargainya...heheh bolehlah aku mencapai impian ku itu!!*Wink~! (berangan.....sebab dari angan-angan akan lahirnya kenyataan)

Lepas tu aku memang suka melancong / merayau / jenjalan / berjimba-jimba  dan sebagainya semata-mata untuk melihat dunia ciptaan Allah ini. Sesiapa saja dialu-alukan untuk turut serta di dalam mana-mana pengembaraan ku. Tapi kena paham cara aku la...

Moto hidup aku : Very simple and easygoing. humble (hehehe) but have a bit proud!, luv making fren with every human being who deserve a good fren like me! Happiness isn't good enough for me! I demand euphoria!!!

Hmmm  apa lagi nak tulis kat sini ye? Baca je lah apa yang akan aku tulis dalam setiap entry aku tu. Itu semua adalah mengenai perjalanan hidup aku dari tahun 2006 sehingga sekarang. Kalau larat baca semua, korang taulah apa yang aku buat selama ni. Ok????

Untuk tahu lagi mengenai aku sila ke SINI 

Jom hayati sepotong hadis nih, ia sangat berkaitan dengan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ni:

"And the two seas (kinds of water) are not alike: this is palatable, sweet and pleasant to drink, and that is salt and bitter. And from them both you eat fresh tender meat(fish), and derive ornaments that you wear. And you see ships cleaving (the sea-water as they sail through it), that you may seek of His Bounty, and that you may give thanks"
(Al-Fathir:12)
Ok. Sehingga terus menyokong saya.

PEACE!!! 




2 comments:

  1. ehhhh.. nak jadi journalist ehh?? sama laa kitaa.. haha.. BDW.. all the best bro.. semoga impian tercapai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jihah. Same goes to you!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!