Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Contest From Khairil - Belasungkawa

TUJUAN:

Entry ini aku cipta khas untuk menyertai peraduan daripada Encik Khairil, teman se-Blog. Diharap dengan wujudnya entry ini, aku akan menang hadiah utama...[huuhuu penuh pengharapan....]

TEMA: PERSOALAN: APA ERTI SAHABAT?

TAJUK: BELASUNGKAWA

Persoalan 1: "Kenapa aku tak seindah engkau?"

Hatinya terdetik meluahkan unjuran ayat itu tepat ke telinga tak bercuping di hadapannya. Sayu seketika empunya telinga tidak bercuping mendengar luahan Sang Primat tegar yang dikenalinya sejak dia masuk ke dunia penuh khayalan itu.

Persoalan 2:"Kenapa kau berkata begitu? Bukankah kau lebih disayangi?"

Si Telinga Tidak Bercuping pula melontarkan persoalan hatinya kepada Sang Primat. Seringkali perhatiannya teralih, apabila lebih ramai yang menyanjung dan menilai peribadi Sang Primat. Tidak seperti dirinya yang hanya sekali sekala ditenung, namun selebihya tidak diendahkan kewujudannya.

Persoalan 3:"Kenapa kau kata aku lebih disayangi? Bukankah Kehidupanmu lebih indah?

Sang Prim…

Its South Korea Part 3: Goodbye Seoul !!!

Owh akhirnya tiba hari Jumaat! Naper aku suka hari jumaat masa kat Seoul nih? Hahaha sebabnya, hari ni tak banyak tempat meeting kena pegi..dan yang paling best hari ni dorang janji nak bawak aku pergi shopping! Yippie, ni lah masanya aku nak pegi cari menda-menda yang dipesan oleh teman-teman di Malaysia.

Pagi-pagi tu, sebelum sempat itik mandi, aku dah bangun, teringin benor nak pegi jenjalan kat area bawah hotel tempat aku menginap. Kat situ ada Theme Park, Magical World. Tapi tak bukak lagi la, aku just berjalan-jalan amek gambor dan menikmati keindahan alam.
Lepas meeting sebelah pagi, aku dibawa lunch ke sebuah restoran yang sangat klasik! Nama tempat tu Min's Club. yang menariknya, restoran ini adalah bercirikan rumah tradisional masyarakat Korea. Memang cantik dan unik. Min's Club terletak di bandaraya Seoul berhampiranDongdaemon, pasar Timur kot..aku terlupa dah maksud dia..rasanya betol dah.

Lepas makan, aku terus dibawa ke Dongdaemon. Katanya kat situ banyak barang…

Its South Korea Part 2: Busan and Ulsan Without Luggage!!!

Masuk hari kedua, kami kene bergerak awal pagi ke Seoul Station. Katanya nak pergi ke Busan. Wah jauh tu...nun di Selatan Korea. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu la kirenya. Aku ke Busan sehelai sepinggang, tak bawak pon pekakas nak mandi ker, baju nak pakai esok ker semua aku tinggal kat Seoul dengan jangkaan akan pulang semula ke Seoul pada petang itu. Tapi hampeh!!!! Aku salah tengok jadual. Aku akan bermalam di Busan ghopernya~ Adoiii merasalah pakai baju sama esok. Naseb baik lah sejuk, badan tak berpeluh dan segar bugar je rasa... ngeeee~
Perjalanan ke Busan menaiki keretapi KTX dari Seoul Station mengambil masa 3 jam. Mak ai..lama kan! Sepanjang perjalanan aku bersembang dengan Hanna. Dia dok sebelah aku je hehehehe. Tiba di Busan jam 9 pagi. Aku dibawa terus ke sebuah kompeni lagi untuk meeting. huhuhuhu lepas meeting biasa la, sesi makan tengahari pulak. Kali ni makanan ok sket sebab dia bagi makan Nasi putih ngan sayur campur ala-ala chinese food. Hmmm boleh la telan…

Its South Korea Part 1: Im Flying To Seoul

Huh seminggu dah berlalu dan akhirnya aku selamat kembali ke tanahair. Alhamdulillah. Minggu lepas aku ditugaskan ke Korea Selatan untuk menghadiri satu sesi kerja di sana. Huh Korea Selatan? Aku memang tak pernah pergi pon kat sana. Apa yang aku tau drama "Fullhouse", "Coffee Prince Shop" dan "Autumn in My Heart" memang dari Korea Selatan dan para pelakonnya memang pelakon peberet aku! Wakakaka.
So, aku bertolak ke Seoul pada hari Isnin menaiki Korea Airlines pada jam 11.45 malam. Perjalanan mengambil masa 6 jam. Hmmm apa nak buat dalam flight tu yer? Aku nak tidor memang tak selesa langsung walaupon seat yang besar dan selesa. Hehehhe. Jadi aku pon menghabiskan masa dengan menonton filem Madagascar 2: Escape to Africa..hahaha memang lawak walaupon dah tengok banyak kali.

Aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul pada jam 7 pagi waktu tempatan. Di airport, dah ada yang menanti. Yeay tak payah aku susah2 nak pegi cari bas ke teksi ker. Aku …