Posts

Showing posts with the label India

EPILOG: Tuk- Tuk

Image
New Delhi, sebuah kota yang tidak pernah sunyi. Deretan kenderaan yang membingitkan jalan raya, orang ramai yang bersimpang siur, dan bau masala yang menyusup hidung menjadi sebahagian daripada irama kehidupan kota ini. Di tengah kekalutan ini, tuk-tuk menjadi salah satu cara paling ikonik untuk menjelajah bandaraya yang penuh warna-warni ini. Kami memutuskan untuk menaiki tuk-tuk dari Connaught Place menuju ke India Gate, salah satu mercu tanda terkenal di New Delhi. Seawal langkah pertama ke jalan, pemandu tuk-tuk sudah melambai-lambai dan memanggil kami dengan pelbagai tawaran. "Madam, sir! Cheap ride! Best tuk-tuk in Delhi!" jerit seorang pemandu sambil tersenyum lebar. Tawaran tambang bermula dari Rs200, tetapi selepas tawar-menawar yang penuh dramatik, kami berjaya mendapat harga Rs100. Saat melangkah ke dalam tuk-tuk yang kecil itu, kami disambut dengan tempat duduk yang dilapisi kain bermotif tradisional, tetapi sudah pudar warnanya. Pemandu, seorang lelaki berusia pe...

Video Wednesday #2: Jom Naik Tuk-Tuk!

Image
Assalammualaikum!!! Video Wednesday kembali lagi! Biasalah sebab malas kan nak tulis entry panjang-panjang maka keluar la entry video pendek ni. Video-video yang aku post ni belum pernah disiarkan di dalam entry-entry terdahulu... kiranya macam bonus la kekeke. #pitam VIDEO: Masa ni tengah naik tuk-tuk dari dari stesen  Metro Qutub Minar  menuju ke  Qutub Minar.  Dalam tuk-tuk yang kecik tu siap boleh muat enam orang hai! Sabo je la, lepas tu memasing nak menipu. Biasanya diorang akan berhenti di kedai-kedai mahal supaya kalau kita beli barang kat situ, diorang akan dapat komisyen daripada pemilik kedai. Itu taktik biasa kat  India  (dan mungkin juga di kebanyakan tempat lain).  Tapi, naik tuk-tuk memang nostalgia!  :) Pssst: Rindu India. Untuk lagi kisah Incredible India, boleh baca di SINI . WASSALAM.

Video Wednesday #1: New Delhi... Ammma

Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Mesti ramai yang bercoti lagi kan, aku dah naik kerja. Ok la, sebab hari ni hari Rabu, dan mood malas menaip pon ada (tamau la buat Wonderlust Wednesday sebab gambar-gambar aku tak cantek macam Abas Wanderlust tu) so aku tepek Video je yer. hehehe jangan mara haaaa. VIDEO: Perjalanan hari pertama sewaktu tiba di New Delhi. Kengkonon nak tido kat Airport tapi disebabkan sejuk yakmats dan tak berapa nak selesa..maka terus cari hotel murah (ala RM 24 semalam kot...bukan mahal nak bayar pon). Gigih la tengah-tengah malam tu naik teksi...dan masa ni jugak terkesima tengok bandar New Delhi buat pertama kalinya. Untuk kisah lanjut boleh rujuk di entry Incredible India .  Psstt: Pelakon utama Danny (Kaki Berangan). hehehe  WASSALAM.

Indian Women: From The Incredible India's Journey

Image
Assalammualaikum!!! When I was in India, I saw them...   Gigih, pasrah, pasif, dan pemalu. In all different perspectives, they are bonded to the tradition and culture.   This is the 'Indian Women Edition...' Gambar ini diambil di stesen MRT New Delhi, sebelum gambar-gambar lain dipaksa 'delete' oleh polis. Sedih je aku tengok muka budak ni. Tuk-tuk, the most popular ride in India. Kadangkala sebuah tuk-tuk boleh memuatkan sehingga sepuluh orang penumpang di dalamnya. Walaupun sesak tapi diorang seronok! :) Entah nak ke manalah diorang ni kan...Maybe pelajar-pelajar universiti yang nak balik ke kampung halaman. India memang ramai dengan para intelektual, tapi malangnya bukan semua dikalangan mereka yang boleh bekerja. Tahi lembu, dikumpul. Tak tahulah apa diorang buat dengan tahi lembu kering ni. Walau bagaimanapun cara hidup mereka, mereka masih mampu tersenyum. Teringat kisah sewaktu di Jaipur, ketika kami diajak untu...

Incredible India Part 12: New Delhi Again And Goodbye India

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung dari SINI ] Dah nak sampai ke penghujung dah cerita Kembara Di Bumi Kari aku ni... fuh sorry la sebab lama sangat tapi memang tak puas kalau tak cerita semua rasanya. Ok aku sambung lagi kisah selepas melawat Baby Taj , menyaksikan sunset di Taj Mahal dan malam terakhir di Agra.  Selepas makan malam (seperti biasa nasi putih, dan ikan bilis yang dibawa dari Malaysia ) kami pon bersiap-siap untuk tidur. Malam tu dah kena kemas semua barang sebab esok pagi kami akan berangkat semula ke New Delhi dengan menaiki keretapi.Yeay dapat naik keretapi lagi! Tapi sebenarnya setiap kali masa nak naik keretapi je, rasa takut tu mesti datang, takut kena tipu lagi... adoiiiii . Kami bangun pagi tu awal, pukul 4.00 pagi dah bangun, siap-siap beg, mandi dan terus bergerak ke lobi hotel. Di sana, tuk-tuk dah menunggu kami untuk ke Agra Cantt Train Station . Tambang tuk-tuk aku tak berapa ingat la, tak silap aku dalam Rs60 jugak. Keretapi kami ( Jbp ...

Incredible India Part 11: The Beauty Of Taj Mahal, Baby Taj And The Baazar.

Image
Assalammualaikum!!!! Terlebih dulu aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi VOTE aku dalam Malaysia International Tourism Bloggers Conference And Award yang lalu. Tak menang pon sekadar dapat 129 undi sahaja. Tapi alhamdulillah undian korang telah menaikkan semangat aku untuk terus menulis dari hati. THANKS!!!! Tunggu la result penuh diumumkan pada 8 Mei 2012 nanti ya. :) [ Sambung dari SINI ]   Sorry sebab lama betol nak habis entry India Bumi Kari ni. Maklumle, banyak sangat program tergempar dan cite kat India ni kena cite detail jugak sebab kalao tak cerita macam tak best pulak. Hahaha #drama. Ok lepas kami dah buat onar di Taj Mahal, Agra, kami pulang semula ke hotel. Giler la, cuaca masa tu macam mencucuk-cucuk lubang hidung! Panas dan berdebu, tambahan pulak kami memasing tak berapa nak sihat. Sampai hotel, kami bagitau kat driver tuktuk kami untuk ambil kami kat hotel pukul 4 petang. Banyak lagi tempat nak pergi sebenarnya.  ...

Incredible India Part 10: The Beauty of Taj Mahal, Agra

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambungan dari SINI ] Selepas pengsan semalaman, sebab penat giler merayau ke Fatehpur Sikri dalam keadaan tak berapa memberangsangkan, hari ini pagi-pagi kami dah bersiap-siap untuk menuju ke Taj Mahal. Turun je kat lobi, dah ada sorang pemandu tuk-tuk tunggu kami kat situ. Mula-mula agak annoying jugak la sebab mana-mana kami pergi ada je yang mengikut. Tapi bila dah berbincang sesama sendiri kami bersetuju untuk mengambil perkhidmatan tuk-tuk tersebut selama sehari dengan harga Rs500. Kami pun bergerak ke Taj Mahal yang terletak dalam 2.5km dari hotel kami. Kalau nak jalan memang tak mampu la, dengan keadaan panas dan berdebu tu. Seperti biasa, keadaan jalan raya memang sentiasa sesak, tambahan pulak hari ni hari Sabtu, ramai pelancong yang datang ke Agra . Kami tiba di West Gate, Kompleks Taj Mahal dan diberitahu oleh pemandu tuk-tuk beberapa trick kalau nak masuk ke dalam kompleks. Dia pesan jangan bawak masuk makanan atau gula-gula, kalau ad...