Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Hot Spot! Edisi Rayau

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang aku lawati di Singapore. Walaupon tak banyak tempat yang aku pergi, tapi dalam masa 14 hari, cukup untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan di Kota Singa itu. Untuk pengetahuan, kelas aku bermula jam 9 pagi setiap hari sampailah ke pukul 5 petang. Bukan sepanjang masa aku di kelas, kadangkala ada hari hari kami di bawa melawat ke kilang-kilang dan kawasan-kawasan yang related dengan tugas aku. Yang paling menarik sewaktu kami dibawa ke Semakau Landfill. Apa landfill?? Yup satu-satunya landfill yang ada di Singapura. Yang uniknya, Singapura, sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sumber alam, dan hanya bergantung kepada aktiviti ekonomi, namun ia menghasilkan sampah yang banyak setiap hari. Sebahagian besarnya dilupuskan melalui pembakaran di Insinerator dan cuma sebahagian kecil sahaja yang dilupuskan di tapak pelupusan di Pulau Semakau. Kalau aku sebut tapak pelupusan sampah, mesti korang terbaya…

Singapore Escapades: Riverside Yang Indah

Assalammualaikum!

Hari ke dua di Singapura aku memulakan hari dengan sesuatu yang baru. Tak banyak yang aku nak cerita melainkan soal makanan HALAL di Singapura. Kalau nak harap breakfast di hotel memang tak boleh nak percaya sangat la. Siap babi dengan hash brown dihidang sebelah-sebelah, terus aku jadi was-was nak makan. So kesimpulannya aku hanya makan Japanese rice dengan telur goreng (hari-hari berikutnya aku hanya makan roti untuk breakfast.. Lapar beb nak tunggu tengahari). Hmmm kira ok la, dapat jugak nasik kan setelah semalaman mendambakan makanan. Lepas breakfast kami bersiap-siap untuk ke upacara perasmian program yang berlangsung di Ministry of Foreign Affair (MFA). Hmm bangunan MFA memang unik dan klasik. Aku kagum.
Lepas upacara perasmian, kami dibelanja lunch di Hyatt Hotel, kat sini makanan semua halal (katanya) sebab hotel Hyatt kat Singapore ni milik Sultan Brunei. Kira ok la, merasa jugak belasah makanan sampai kembung. Sebelah petang kami dibawa ke Environmental Bu…