2010-04-23

Singapore Escapades: Riverside Yang Indah

Assalammualaikum!

Hari ke dua di Singapura aku memulakan hari dengan sesuatu yang baru. Tak banyak yang aku nak cerita melainkan soal makanan HALAL di Singapura. Kalau nak harap breakfast di hotel memang tak boleh nak percaya sangat la. Siap babi dengan hash brown dihidang sebelah-sebelah, terus aku jadi was-was nak makan. So kesimpulannya aku hanya makan Japanese rice dengan telur goreng (hari-hari berikutnya aku hanya makan roti untuk breakfast.. Lapar beb nak tunggu tengahari). Hmmm kira ok la, dapat jugak nasik kan setelah semalaman mendambakan makanan. Lepas breakfast kami bersiap-siap untuk ke upacara perasmian program yang berlangsung di Ministry of Foreign Affair (MFA). Hmm bangunan MFA memang unik dan klasik. Aku kagum.

Lepas upacara perasmian, kami dibelanja lunch di Hyatt Hotel, kat sini makanan semua halal (katanya) sebab hotel Hyatt kat Singapore ni milik Sultan Brunei. Kira ok la, merasa jugak belasah makanan sampai kembung. Sebelah petang kami dibawa ke Environmental Building untuk kelas pertama (dan kelas-kelas berikutnya). Kelas petang tu agak santai, dan kebanyakannya hanyalah sesi penerangan secara basic tentang Environmental Institute dan SEA di Singapura.

Kelas habis pukul 5 dan kami terus ke balik ke hotel. Ha waktu ni yang best, sebab free hour!!! Aku masuk bilik dan terus tukar baju sebelum merayau-rayau di sepanjang Riverside menuju ke Clarkequay. (Makcik tour-guide yang bawak kami semalam kata Clarkequay tempat muda mudi melepak...hahaha) Memang happening. Kalau kat Malaysia umpama di Bukit Bintang kot? Eh silap macam kat Melaka Rivercruise. Tapi Sungai Singapura memang sangat bersih la! Kagum lagi....

Sebelah malam, aku dan F cadang nak merasa makan nasik la pulak. So pusing pusing la cari makanan HALAL. Serius, sepanjang kami berjalan kaki tak nampak satu pon restoran yang menjual makanan HALAL di area Riverside tu. Kebanyakannya pub dan disco. Alamak! Setelah berjalan lebih dua jam berlegar2 sekitar kawasan Riverside sampai la ke Chinatown. Akhirnya aku dan F mengambil keputusan untuk ke Orchard Road. (Padahal kat Orchard tu pon kami bukan tau nak makan kat mana) Satu lagi masalah, nak naik bas no berapa pulak?? Kaji punya kaji, siap lepas 5-6 bijik bas akhirnya dapat juga naik bas 164 menuju ke Orchard Blv. Alhamdulillah, naseb aku pernah pergi Orchard Road sebelum ni, so kira ada la bayangan-bayangan jalan mana yang kami nak tuju. Serious, masa tu dah pukul 10.30 malam, kedai pon dah banyak tutup!!! Adoi.... dan akhirnya dinner kami di Mc Donald sahaja. Lucky jugak sebab kat Orchard Road kami nampak ramai orang Melayu! (Sepanjang merayau kat Clark Quay dari hotel tadi sorang Melayu pon kami tak jumpa!). Hahaha itulah sedikit sebanyak kisah aku si budak hutan yang masuk ke bandar. Memang jakun!!! Who cares!!! Lantak la apa orang nak cakap yang penting diorang ada ker??? hahaha (Petik kata-kata sorang celeb terkenal di Malaysia).

Apa yang penting perjalanan hari kedua adalah mengenai pengenalan kepada Singapura, cara nak survive untuk 14 hari dan semangat untuk teruskan perjalanan. Alhamdulillah...im survive...Ok Nanti aku citer lagi pasal Singapura.. Kalau nak baca, silakan.. Kalau tak nak baca sila tinggalkan blog ini. Hahahah (Gelak jahat!)

PEACE!


Pagi yang damai...
Breakfast hari ini...


Opening Ceremony di MFA (Peserta dari Cambodia, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailand, Laos dan Malaysia)..eh mana aku??? Hahah



Alkaf Bridge, kat sebelah Hotel tempat aku tidur.. Aku suka gila dengan Jambatan ni.


Royal Selangor memang Best!!! - Clarke Quay


Clarke Quay - Petang belum banyak kedai buka.


Ish bentuk apa plak tiang tu yer???? wakaka!

Cafe-cafe disepanjang Clarke Quay


River Cruise - Singapore River


River Cruise - Singapore River
Pelancong yang sedang menunggu untuk menaiki River Cruise

Pemandangan di sempanjang Singapore River
Antara tarikan di Clarke Quay.








Semua tanah di Singapore adalah Hak Milik Kerajaan kecuali di Tanjung Pagar kot (Stesen keretapi Malaysia)
Pemandangan malam di Singapore River
Orchard Road.

4 comments:

  1. thnkz bro sbb letak gmbr tmpt ko keje n? wah! best jgk tgk gmbr2 dlm ni.. rasa mcm aku pun ade kt sana? hehe eh! kira kat sana susah nk cri makanan halal ker? parah la mcm tu... eh! ko ade kt mana skrg??? ko masih kat singapore ke dh smpai malaysia??? lastly sapa plak gmbr last sekali kwn ko yg nama F tu ke bro?

    ReplyDelete
  2. NICK!!!!

    Awat la hang ni NICK...yang last skali tu gambo aku ler tuh..ish ish ko ni berapa kali la nak tunjuk gambar aku kat ko ni nick baru ko kenal wakakakaka.

    Sja je aku letak gambar2 supaya orang2 yang tak pernah pegi Sgpore leh tau dan dapat gambaran sikit sebanyak pasal negara tu la.

    Anyway makanan Halal senan nak cari sebenarnya, kalo ko pergi kawasan Melayu macam kat Geylang Serai tu banyak la maknan melayu. Tapi dalam kes aku ni, aku tercampak kat tengah bandar, komersil area tu yg susah nak cari tu.

    Aku dah pulanh ke tanahair tercinta dah. Dah seminggu dah ni. Sekali lagi diulang yg last tu gambar aku yer.

    Hahahah.

    ReplyDelete
  3. dapat gambaran yang jelas pasal singapore..nice shot yang gambar malam tuh,kalu kamera kompak aku,harus bergegar2 ajaaa gambor ..hahahaha. nice one!

    ReplyDelete
  4. Beautifulife-

    Hahah thanks.. banyak lagi nak citer tapi tak sompek...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS