Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 3): Air Terjun Sungai Ruok Dan Pulang.

Assalammualaikum!!!

Hujung-hujung minggu ni ramai pulak orang buat kenduri kendara, kawinkan anak kan. Penat weh minggu lepas sekali tiga kenduri kawin kazen sendiri nak kene attend. Maka terpaksa la pulak bahagi-bahagi badan sekejap kat utara sekejap kat selatan demi menjaga hati keluarga... itu lebih penting. Esok-esok aku kawin diorang jugak yang nak datang memeriahkan suasana tak gitu?

OK... Mood untuk apdet cerita Royal Belum masih bersaki baki lagi, so ayuh kita teruskan perjalanan cerita yang tak seberapa ini. 
[ Sambungan daripada Episode 2 ]
Alhamdulillah, boleh tahan nyenyak jugakla tidur dekat atas bot ni waima beralaskan sleeping bag dan berbantalkan kusyen sahaja. Lepastu tidur bawah hammockCawan pulak tu, buatnya dia jatuh tergolek, habis aku kene himpap. So pagi-pagi tu selepas solat subuh, kami pun ronda-ronda la kawasan sekeliling basecamp Sungai Tiang tu. Tinjau-tinjau sebelah atas sampai le ke hujung... lepas tu tak berani nak terus ke belakang, maka turun balik ke rum…

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 2): Melawat Kampung Aman Damai

Assalammualaikum!!!
Ok memandangkan memasing gigih update kisah Royal Belum, maka aku oun nak gigih jugak la. Tak nak ketinggalan keretapi hahaha. Ayuh baca sambungan Part 1.
[Sambungan daripada Episode 1 ]
Selepas selesai menziarah (macam melawat orang sakit pulak) bunga Rafflesia yang terkulai layu di Tasik Temenggor tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya, yakni ke Kampung Orang Asli Aman Damai. Wah memula dengar nama kampung tu rasa macam tipu je. Tapi sebenarnya betul ye, memang kampung Orang Asli tu namanya Kampung Aman Damai. Perjalanan menuju ke Kampung Aman Damai ni lebih kurang 1 jam daripada tempat tengok bunga Rafflesia tadi. So sementelaah masa perjalanan pun lama, maka kami pun ada la yang tido atas bot tu, ada yang bergayut-gayut kat hammock dengan kadar dengki tak bagi orang lain amik hammock dia, ada yang duduk bergosip di penjuru bot, sambil-sambil tu lega la jugak sebab ada diorang sediakan minum petang.

Oh satu yang aku suka dan sangat nak puji adalah, akak kat da…