Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Teaser: Dari Johor Ke Lombok!

Assalammualaikum!!!
Ha debor tak baca tajuk? Hahaha padahal tak gempak pun, biasa je. Sebenarnya aku baru je balik dari Lombok, Indonesia semalam. 
"Errr Lombok? Ada apa kat Lombok? Kenapa Lombok? euuuwwww Lombok?"
Haaaa tu adalah antara soalan dan reaksi kawan-kawan masa memula aku cakap nak ke Lombok. 
So korang rasa Lombok ni takde apa-apa ye? Hah korang silap besar ok! Malas aku nak cerita lebih-lebih sekarang, cukuplah sekadar teaser. Gambar-gambar pun dah share kat IG. So layan teaser dulu ye! 

Psst: tunggu datang seru untuk update full entry pasal Lombok. InsyaAllah demi keriangan berganda!
WASSALAM

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…

Kisah Hari Raya 2014: Rezeki Ramadhon dan #SyawalterindahJanggel

Assalammualaikum!!!
Rasanya masih belum terlambat nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan hari raya tahun ni kan. Bagi sesiapa yang rasa hari raya dia tak berapa meriah tu, tak apalah still kena bersyukur jugak sebab dapat merasa nikmat berhari raya tu pun dah satu rahmat sebenarnya kan? Eh eh bertazkirah Syawal pulak kali ni.#SyawalTerindahJanggel (haaa sekali ada hashtag).
Ok sebenarnya hari raya tahun ni agak bebeza untuk aku sepanjang aku pernah hidup di muka bumi Malaysia ni. Tahun ni kami sekeluarga tak sambut satu Syawal kat kampung nenek seperti kebiasaannya. Sebab beberapa hari sebelum hari raya tu kakak aku bersalin dan aku dapat anak buah baru! Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kami. Rezeki Ramadhan dan Syawal lah kiranya. Semoga kehadiran ahli keluarga yang baru ini akan membawa rahmat kepada kami seisi keluarga. 
Jadi kakak …

Iftar With Enrich And Malaysia Airlines: Celebrates The Winners

Assalammualaikum!!!
Eh ye sabar...sabar. Dah raya kan, tapi keluar enrty buka puasa pulak kan? Hahaha sabar naaaaa. Entry hari raya aku hold dulu untuk beri laluan kepada entry berbuka puasa bersama Enrich dan MAS ni. Bukan apa, macam dah lama sangat peram, so tak best la pulak kalau tak keluarkan hehehe. Sebab dalam entry ni ada la orang-orang tu yang dapat hadiah best. (mencik!)

"Enrich Celebrates Winners In Buka Puasa Treat"
Ha tajuk bukan main England kan, bila baca kat bawah terus bahasa kampung teman, Perak bumi bertuah. Nak buat cemana, aku ni bahasa England tu guna kat opis je, langkah je keluar opis terus lupa, hilang ingatan macamana nak guna bahasa England tu. Hiks.
Kisahnya macamn ni, satu hari di bulan Ramadhon, aku terima emel daripada ENRICH yang menjemput aku dan beberapa orang kawan untuk meraikan pemenang-pemenang bagi beberapa peraduan yang telah dianjurkan oleh Enrich iaitu Enrich Around Oneworld Instagram contest dan Enrich -Chic Outlet Store contest. Mal…