2014-08-08

Kisah Hari Raya 2014: Rezeki Ramadhon dan #SyawalterindahJanggel

Assalammualaikum!!!

Rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan hari raya tahun ni kan. Bagi sesiapa yang rasa hari raya dia tak berapa meriah tu, tak apalah still kena bersyukur jugak sebab dapat merasa nikmat berhari raya tu pun dah satu rahmat sebenarnya kan? Eh eh bertazkirah Syawal pulak kali ni.#SyawalTerindahJanggel (haaa sekali ada hashtag).

Sebelum tu nak wish thanks kat JM sebab bagi kad raya siap ada duit raya. Hahah duit raya pertama dan terakhir tahun ni. (gambar henpon yang tak cantik)
Ok sebenarnya hari raya tahun ni agak bebeza untuk aku sepanjang aku pernah hidup di muka bumi Malaysia ni. Tahun ni kami sekeluarga tak sambut satu Syawal kat kampung nenek seperti kebiasaannya. Sebab beberapa hari sebelum hari raya tu kakak aku bersalin dan aku dapat anak buah baru! Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kami. Rezeki Ramadhan dan Syawal lah kiranya. Semoga kehadiran ahli keluarga yang baru ini akan membawa rahmat kepada kami seisi keluarga. 

Jadi kakak aku balik berpantang di kampung. Sibuk lah mak aku menguruskan kakak yang dalam berpantang. Tapi takpe, raya still meriah jugak la. Sebenarnya kami balik jugak ke kampung nenek, cuma sekejap saja, balik jumpa nenek dan sempat la beraya ke beberapa rumah saudara. Tidak seperti kebiasaan, habis beraya satu kampung.

Bersama keluarga di kampung! Tudia kalau bab selfie semua nak menyelit!.
Ni pon bersama sebahagian keluarga yang sempat balik raya di kampung. Kemain ha memasing.
Yang best jugak, tahun ni jemaah TravelholicAwesome pon ada datang beraya ke rumah! Ni firstime diorang jejak rumah aku. Rezeki pulak tu dapat makan Nasik Arab dari resepi baru mak aku... ha katanya Cawan tambah sampai 5 pinggan? Cawana pulak siap hirup kuah laksa semangkuk? Kakak Santek sekeluarga pun gigih datang dari Sekincan demi beraya ke rumah aku. Alhamdulillah, terima kasih kengkawan yang sudi hadir. Yang lain tu aku dah jemput ye, jangan cakap aku tak jemput. Sapa suruh tak datang! Hahaha.

Tudia keluarga bahagia dah mai park depan rumah! (Cc: Travelholicawesome)
Dan ketibaan kereta merah yang masih lagi bau kedai... tudiaaaa Chawana Sekeluarga. (cc: Travelholicawesome)
Resepi baru Nasik Khabsha (Nasi Arab) by my mom. Ada sesiapa nak order lepas ni boleh la. tempahan dibuka.
Menu wajib Hari raya, tetiap tahun mesti ada punya atas desakan peminat hahaha. Dan yang bestnya sampai hari raya ke empat, semua rumah aku pegi ada Laksa Penang! 
Keluarga bahagia Kakak Santek dan Chawanna. Aqilah, Sammy dan Suci pun ada! (Eh mana suci? Carik bawah meja)
Aksi wajib setiap tetamu yang datang hahaha. (Kena paksa selfie).
Dengan ex- schoolmates.
Raya ni jugak aku kenal beberapa orang kawan baru dari dunia maya (media sosial). Sempat pulak tu lepak-lepak raya. Alhamdulillah semua sekepala, sporting dan mempunyai kehebatan tersendiri. Segan sebenarnya nak jumpa dengan orang-orang tersohor dan glamer tu, tapi tebalkan muka je la, anggap seperti peminat nak jumpa retis haaaaa camtu.

Bersama selebriti-selebriti media sosial... Faliq, Umar, Ijan dan Pingu. (Lepak santai kat Ipoh)
Bersama para selebriti di Open House raya rumah Blogger Popular Chong (Eh rumah Cine ke?). Ramai yang aku tak berapa kenal, tapi bila depa panggil bergambo, terpaksa la nyorok sipi-sipi kat belakng je, malu. (Gambar Ihsan Reez)
So ada sesiapa ke nak buat openhouse hari raya? Sempat lagi ni kan? Kalau ada, dengan rasa tak malunya sila lah jemput aku. Aku teringin nak pergi open house. Hiks.

Ok la sampai sini je la kot update kisah hari raya yang tak berapa nak happening. Insyaallah nanti kalau ada cerita best boleh la kongsi lagi kat sini.

Masih menunggu orang yang tak kunjung tiba...hiks (mode nak kene pelempang)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Pssstt: Debor menunggu hari kejadian.... (check passport idop lagi ke tak, lupa dah selit kat mana sebab dah bebulan-bulan tak travel!) Hiks, Hoks, Hmmmmmmm~

Pssst2: Haritu jugak saya bermurah hati offer hadiah kat beberapa follower Twitter saya. Terima kasih sebab sudi terima hadiah tak seberapa tu : Izat, Nadirah dan Ekin (3 follower bertuah) Insyaallah ada rezeki lebih saya offer lagi kat orang lain pulak :)

WASSALAM.

33 comments:

  1. Ada gambor kita dalam blog pemes ni...ya auloh happynya. Eh.

    ReplyDelete
  2. wit..wit...terselit gak kad raya dari JM kat sini...mood heppy sgt...sbb masuk dlm blog travelholicawesome nih..cantik lah ibu jari tu...'berkenan' hikss

    untunglah siapa jadi 'penyeri hidup janggel' nanti sbb dpt ibu mertua pandai masak nasi ARAabbb..yummeh..rugi x pegi kalau x leh minta resipi

    psst : gambar selfie yg kedua last tu..mmg kreatip..ahaha..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya.... lah pingu pun ada juga terselit.... oh tak tau pulak dia retis celebriti tersohor... saya tau dia penulis Jemari Seni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notie

      Hahha tu la nak bgtau dia mmg retis HaHaHa!!!

      Delete
  4. Selamat hari raya aidil fitri.. mohon maaf zahir dan batin yer .. meriah tgk suasana raya Tuan janggel ni :D

    ReplyDelete
  5. huntung laaaaa dah tua, eh, dah dewasa dapat duit rayaaaaa....

    nasi arobb tu looks gojes!seksi sungguh aku nampak ayam tu!ohoi sila pos ke pejabat hadapan dengan segera okeh!hahahaha

    ReplyDelete
  6. aku pun follower twitter ko gak. tak dapat pun hadiah.
    bestnyaaa keluarga besar beraya di kampong halaman.

    *hanya mampu menangis di tepi periuk rebus ketupat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan

      Sbb ko tak dm aku masa aku suh dm haritu HaHaHa!!!
      Bertabahlah

      Delete
  7. Selamat hari raya.... Sok jangan luperrrrrrrrrrr!
    AWAS!!!!! BOOM!

    ReplyDelete
  8. meriah raya tahun nih
    femesnyer en janggel nih rupanyer...

    hai awak
    asl pls

    ReplyDelete
  9. wah ,,meriah sungguh...Salam lebaran..maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. sungguh glamor ren ini.....tahniah...gembira hati melihat anda berselfie..

    ReplyDelete
  11. Kenapa gambor akak tak ada? Akak pun raya di Ipoh jugak :(

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Na

      Ala tak sempat nak beraya sama kat ipoh kan huhu

      Delete
  12. hahaha dpt gak duit raya dr JM (time kacih JM)... ye ye btui tingin nak gi open house gak! ade sape2 nak ajak tak? akakakka... *ehem~ehem~ ada misi international nampak? che cek passport da expired blum?...have fun!!!!

    ReplyDelete
  13. Meriah betul raya dia! Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!

    ReplyDelete
  14. wow! femesnya dia... untungla dpt kad raya dr blogger kesayangan ramai. hiks.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS