Cambodia: The Kingdom of Wonder (FINALE) - River Cruise dan Mindnight Bus To Seam Reap From Phnom Pehn

Assalammualaikum!!! Eh ehhh tetiba ada pulak entry muncul ya? Terkejut tak? Hahaha. Ok sebenarnya aku terdetik rasa kerajinan untuk menulis blog semula setelah berbual-bual dengan Ms Dayah DJ h aritu sambil lunch di hari Jumaat yang mulia. Panjang jugak kami borak, especially pasal blog-blog yang dah bersawang, hahaha tetibe sentap kejap. Lols. OK seperti yang dijanjikan , jom baca sikit pasal last trip aku ke Cambodia pada tahun 2015. Hahaha gila dah 2 tahun. [ Sambungan dari Bahagian 7 ] Hari last di Phonm Pehn kami minta tolong dengan Miya (our guide) untuk bawa kami ke stesen bas untuk beli bas balik ke Siem Reap. Alhamdulillah, berjaya jugak beli tiket bas , kali ni kami ambik midnight bus dengan sleeper coach. Harga tiket adalah USD 13 per orang. Usai urusan beli tiket, kami ke Central Market , market yang terbesar di Phnom Pehn. Memang besar gila, dari jauh dah boleh nampak bangunan market ni, bentuk bulat. Miya tinggalkan kami di Central Market tu...