2016-06-13

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 7) - Tuol Sleng Genocide Museum (S21)

Assalammualaikum!!!

Salam 8 Ramadhan. Alhamdulillah masih buang tebiat nak update blog seterusnya untuk entry Cambodia. Entry Japan tangguh kejap.Sabar-sabar jangan merusuh!!!!

Ayuh teruskan.


Jadinya apa yang berlaku di hari kedua di Phnom Pehn ni? Ok menurut perancangan harini kami kena check out awal sebab harini jugak kami dah nak balik ke Siem Reap semula. Kenapa kena balik SR???? Sebab Phnom Pehn tiada dalam plan kami pada awalnya, kami hanya nak ke SR sahaja...plan ke PP terjadi pada saat-saat akhir. Makanya kami kena balik ke SR sebab tiket flight kami ke Malaysia adalah dari SR. Ngertik?

Back to the story.

Pagi tu usai breakfast (ekceli aku pun tak ingat kami breakfast apa sebab hostel tu tak ada sediakan breakfast. Kami check out tapi tinggalkan sebentar bagasi kami di hostel sebab malas nak hangkut kehulu ke hilir. Nasib baik takde extra charge, syukur. Kami pun dah janji dengan Miya untuk ambil kami awal pagi, so dia pon datang dan dah siap tunggu depan pintu hostel. Bagus.

Destinasi pertama kami di Phnom Pehn ni adalah Tuol Sleng Genocide Museum atau dikenali juga sebagai S21. Apakah itu? 
INFO: Formerly the Chao Ponhea Yat High School, named after a royal ancestor of King Norodom Sihanouk, the five buildings of the complex were converted in August 1975, four months after the Khmer Rouge won the Cambodian Civil War, into a prison and interrogation center. The Khmer Rouge renamed the complex "Security Prison 21" (S-21) and construction began to adapt the prison to the inmates: the buildings were enclosed in electrified barbed wire, the classrooms converted into tiny prison and torture chambers, and all windows were covered with iron bars and barbed wire to prevent escapes.- Sumber Google
Faham tak? Sebenarnya muzium ni merupakan sebuah sekolah yang diubahsuai menjadi penjara oleh puak Khmer dan dinamakan sebagai Security Museum 21 (S21). Muzium untuk apa? OK muzium ni adalah khas digunakan bagi menghukum pesalah-pesalah atau pengkhianat atau talibarut yang menentang pemerintahan Khmer. Pada satu-satu masa penjara ini telah menempatkan sejumlah 1000-1500 banduan. Mereka semuanya diseksa dengan kejam menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang kena renjatan eletrik, kena cabut kuku, kena sebat dan macam-macam lagi. Harga tiket masuk ke muzium ni adalah 3 USD/person.

Kaunter tiket. Beli tiket kat sini ya.
Dah dapat tiket baru masuk.
Ada beberapa blok bangunan di sini.
Banyak juga papan-papan info.
Sekolah ini diubahsuai menjadi penjara di mana setiap bilik darjah telah dibina bilik-bilik dengan dawai-dawai tajam dan tempat-tempat siksaan. Memang seram weh masuk kat bilik-bilik penjara tu. Nak lai seram bila kami masuk bilik paling hujung yang menempatkan tengkorak-tengkorak mangsa yang diseksa kat situ. Siap ada bakar colok lagi kat situ, kompom mistik lah! Tak berani aku nak duduk lama-lama kat situ! Huhuhu.

Sebenarnya tak boleh ambil gambar dalam ni tapi belasah je lah, degil kan.
Tempat gantung banduan.
Antara peralatan penyiksaan yang digunakan.
Tengoklah dawai-dawai ni.
Dawai sepanjang koridor.
Keadaan dalam salah satu bilik kurungan.
Di situ ada ditepek antara wajah-wajah banduan.
Selfie dulu sebelum masuk.
Keadaan bilik tahanan yang lagi sempit!
Pintu pun halus je, nasib baik muat!!! 
Salah satu sell tempat peserta survivor.
Kat dinding tu ada calar-calar deme kikis menghitung hari.
Tugu peringatan.
Paling menarik adalah kami sempat berjumpa dengan salah seorang pakcik yang masih hidup yang pernah dipenjarakan di situ! Wow living legend la kiranya. Kompom pakcik ni sangat tabah kan sebab berjaya mengharungi hidup sehingga berusia 86 tahun.

Pakcik ni bernama Chum Mey, menurut sejarah beliau merupakan seorang mekanik yang dan telah dipenjarakan selama 2 tahun di sini. Aku takde lah beria nak tanya dia apa-apa, takut sedih ahhahaha. Beliau berada di kawasan penjara tersebut untuk tandatangan buku yang ditulis sendiri oleh beliau mengenai pengalamannya. Sorry la uncle, tak boleh nak beli buku tu, bajet ketat huhuhu. Bergambar pun cukup la kan.

Uncle Chum Mey.
Gambar wajib!
Antara kubur yang ada dalam tu.
OK dah berlegar-legar sejam lebih kami pun keluar untuk ke destinasi seterusnya.

Kami akan ke Killing Field yang terletak 17 km dari pusat bandar. Naik tuktuk lebih kurang 40 minit jugak la. Perjalanan macam biasa la penuh ketakutan sebab kena perhati kiri kanan takut ada pencopek lagi macam kejadian semalam.

Akhirnya sampai jugak kami di kawasan Killing Field. Kami singgah dulu makan di kedai di hadapan pintu masuk. Kedai kawan Miya. Sebenarnya kami dah pesan kat Miya belikan nasik ayam siap-siap. Tak tau dia beli kat mana, tapi katanya nasi ayam tu memang popular. Kami pun apa lagi, memang tengah lapar tahap dinasour, makan la kat kedai tu, kiranya lunch kami la tu.

Usai makan, kami pun masuk ke dalam kawasan Killing Field. Harga tiket adalah 6 USD termasuk dengan earphone dan alat info. Hmmm mahal jugak tapi ok la untuk tahu sejarah kat situ kan. Killing Field ni tempat apa pulak?

Kaunter beli tiket.
Tugu di tengah-tengah Killing Field.
Killing Field atau Choeoung Ek merupakan kawasan di mana semua pesalah yang telah dihukum di S21, akan di bawa ke sini untuk disiksa dan dibunuh! Memang terdapat banyak tengkorak dan tulang yang boleh dilihat bersepah-sepah atas tanah dan terdapat satu monumen di tengah-tengah padang di mana mereka menyusun tengkorak-tengkorak yang ditemui di situ. Sebenarnya kawasan ini dijumpai secara tidak sengaja oleh pemerintah, Ia merupakan kawasan kebun dan pemiliknya terjumpa tengkorak dan rangka manusia yang sangat banyak di kebunnya. Dari situ lah mereka menemui kawasan pembunuhan secara beramai-ramai ini.

Dalam ni ada tengkorak disusun bertinkek tingkek!
Setiap pondok tu adalah check poin untuk setiap info. 
Tugu.
Nampak tak pokok ni di toreh-toreh. Tanda berapa orang yang dibunuh.
Salah satu kubur beramai-ramai.
Ada 450 mangsa di sini.
Audio tu suruh tengok kat tanah kalau kalau jumpa tulang, see saya nampak gigi!
Paling ngeri bila ada speaker kuat dipasang di sekitar kawasan itu yang memainkan lagu-lagu opera yang kuat. Tujuannya supaya banduan tidak mendengar kawan-kawan mereka menjerit -jerit atau dibunuh ketika disiksa. Kejam.

Jom jalan lagi.
OK jumpa tulang temulang pulak.
Tu lagi tulang.
Pokok ni tempat penyiksaan dijalankan.
Dalam kawasan ni jugak ada satu tempat ditayangkan video mengenai sejarah Killing Field. Berbaloi pi tengok. Lepas melawat Killing Field, kami balik semula ke hostel untuk ambil beg. Kemudian kami ke mana pulak?

Masuk muzium pulak.
Tengok tayangan video.
OK jom balik.
Ok lah nanti aku sambung lagi. Janji lepasni last enrty untuk Cambodia. Tak larat dah nak mengenang balik kisah silam Hahahaha.

WASSALAM.

10 comments:

  1. first kah?
    oit goosebump la akak kalau lalu sini
    tulang menulang (?) banyak nyer
    dan akan rasa aura sedih
    kompom nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tahniah akak! Akhirnya dapat first. Ehehehe
      Ye memang seram. dan sedih.

      Delete
  2. wow kuatnya ingatan boleh ingat balik semua!
    pegi killing field tu mesti seram semacam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bukak balik notes la, ingat le sikit2 hahahaha,.

      Delete
  3. menariks!!!!!!!!!!!!!!! nak ikut!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!