2016-06-09

Hokkaido Kami Datang - Japan Winter Trip (Part 1)

Assalammualaikum!!!!

Korang rasa kenapa tetibe aku rajin update blog? Haaaaa fikirkan sendiri Hahahaha. Ok dah lama sangat sebenarnya nak share pasal percutian di Hokkaido atau lebih spesifiknya di Sapporo, Japan pada bulan Januari yang lalu. Fuh dah masuk 5 bulan dah tertunggak. Maaf lah sebab busy dan banyak juga aktiviti tertunggak yang lain yang perlu dilangsaikan.

Masih ingat lagi entry TEASER ni (Ketik pada link untuk membaca entry tersebut sebagai refreshment kepada entry ini).

Mana nak mula ya?

Hmm..... (nak makan apa berbuka puasa petang karang). Eh ok ok. Let's get started! 

Dari Putrajaya Ke Tokyo!

Plan nak ke Sapporo main salji ni diusul khas oleh Chawana beberapa bulan sebelum trip kami berlangsung. Lama dah sebenarnya, biasalah sebab nak beli tiket promo Air Asia kan, kena lah beli awal baru dapat harga murah. Tapi alih-alih tolak tambah darab bahagi, pinda itinerary segala bagai terus berganda-ganda jugak kosnya lols!!! Ok pasrah tapi sebab nak pergi punya pasal ku gagahi juga kaki ini melangkah. Ingat lagi masa tu gigih aku, Kak Coco dan Masmz beli tiket flight di kedai Kek Jalan Tiong, Shah Alam, dari petang sampai ke malam... manakala team Chawana pulak diorang beli sendiri (termasuk John dan Pae). Kiranya ada dua team yang berbeda ya untuk trip permulaan ni. Ayuh!

Oh bare in mind ye, waktu kami beli tiket AA ni, masih belum dibuka lagi laluan secara terus ke Sapporo. Makanya perjalanan kami akan bermula di Tokyo! Ye Tokyo akan ku jejak lagi buat kali ketiga!  Flight dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo adalah pada jam 2.40 petang waktu Malaysia dan dijangka tiba di Haneda, Tokyo pada jam 10.00 malam. 

Kami gerak dari Putrajaya lebih kurang jam 12.40 macam tu, naik teksi direct pi KLIA2 sebab bawak banyak anak gajah (termasuk kami) lol. Memula tu risau jugak takut tak muat teksi sebab beg semua bagak-bagak, tapi hasil kebijaksanaan abang pemandu teksi tu, muat jugakla! Ha cer tengok gambar kat bawah tu hiks.

Susun dulu beg elok elok dalam boot.
Tadaaaa dengan jaminan beg tak tercampak tengah jalan. lol.
Team Chawana, dan John dah bergerak dari KL Sentral terus ke KLIA2. So kami berkumpul semuanya di KLIA2 dan lunch terus di sana. Sedap pulak nasik kandar kat foodcourt KLIA2 tu hahaha teringat-ingat sampai ke Jepun lah jugak! Hahaha. Eh kejap...mana PAE? Dia akan naik flight esoknya direct terus ke Sapporo, maksudnya Pae tak pergi Tokyo dengan kami. Dia beli tiket last minute dengan sensasi tiket murah terkini, abang Kenyalang Celup (dapat harga murah,.....bencik!)

Ber-Boomerang dulu dengan cik Aqilah!

Tepat jam 2, usai urusan check in bag segala bagai, kami pun berlepas la ke Tokyo! Tempat duduk dalam flight semua asing-asing, maklumlah booking pun lain-lain kan hahaha takpelah demi keriangan berganda! Janji sampai ke destinasi dengan selamat!. Si Zafran pulak (anak Chawana) bukan main seronok menjelajah bawah seat penumpang ke depan ke belakang bertegur sapa, seronok agaknya naik flight. Memang good boy sungguhlah si Zafran tu, tak meragam langsung sepanjang 7 jam penerbangan. Alhamdulillah.


Sempat le jugak mendoodle sepanjang flight.
Cawan dan Zafran, ronda-ronda lawat kawasan, sorang kat depan, sorang kat belakang, sorang kat tengah...lantak! Hahaha
Akhirnya sekitar jam 10 malam kami pun tiba di Haneda Airport! Syukur semuanya selamat...perasaan eksaited tu membuak-buak la jugak la. Lama jugak nak lepas imigresen dan menunggu segala bagasi sebab ramai sangat penumpang ke Tokyo. Selesai semua urusan kami pun mula mencari port untuk lepak malam tu di airport. Plan kami adalah lepak di airport sampai pagi memandangkan kami sampai di Tokyo pon dah lewat malam. So kami naik ke tingkat 5 berhampiran kawasan open deck di airport tu dan lepak kat situ, sambil-sambil berborak dan mengumpat. Biasalah aktiviti kalau dah beramai-ramai. Kat luar, cuaca dia jangan cakap la, sejuknya bukan main! Ye lah musim winter kan, sebab dua-tiga hari sebelum tu, Tokyo dihujani salji! Malam tu jugak la kami pi menggagau cari convenient store kat tingkat bawah, beli la apa-apa makanan yang boleh dimakan. Lapar kot!!!

Punyalah ramai ummah kat epot ni.
Lepak dulu sementara menanti pagi.
Kat luar ni sejuk gila!
Dah dekat pukul enam pagi tu, kami pun start bersiap-siap. Kemain ha masing-masing bergaya sakan dengan jeket bulu la, glove baru la, kasut baru la! Sakan korang kan!!! Hahahaha, usai solat dan makan roti, kami pun bergerak menuju ke Shibuya! Kenapa Shibuya???? Sebab ada sorang tu (baca: John) tak pernah sampai Tokyo, dan teringin nak tengok Shibuya Crossing! Dan memandangkan masa kami cukup-cukup je untuk melawat Shibuya pagi tu (sebab flight kami ke Sapporo adalah sebelah petang) jadi kami pun proceed la ke Shibuya! Ayuh!

Ha mengangkutlah kita.
Train pepagi subuh tak ramai orang.
Kami menaiki train dari Haneda ke Shibuya...berjinjit-jinjit la semua bawak beg troli turun naik train, escalator, tangga, lift semualah! Hahaha gigih!. Sampai stesen Shibuya, kami sewa locker dan tinggalkan semua beg kat situ. Barulah selesa nak merayau-rayau. Eksaited sangat sebab sejuk, so kompom la tiak tak lecak! Hahahaha.

Keluar dari stesen Shibuya, kami terus menuju ke monumen Haciko, si anjing setia. Kalau korang pernah baca atau tonton movie pasal Hachiko, korang taulah kenapa anjing ni sangat popular. Aku malas nak certia kat sini.

Kami!
Hachiko dan Ren!
Zafran jugak paling selamba
Cak!
Lepas Hachiko Monument, kami pun sampai la ke Shibuya Crossing. Ha eksaited la memasing nak ambil gambar, pelbagai pose la jugak. Mau 16-17 kali jugak lalu lalang kat situ. Aku yakin, orang-orang yang lepak kat Starbucks depan tu tengok kami dan ingat kami gila! Hahaha paduhal entah-entah diorang tak pedulik langsung kot! Lols.

Memasing .
Breakfast sebab nak bagi hilang kantuk.
Dua rakan karib ni.
Kami jugak sempat la lepak sekejap kat Starbucks yang katanya sangat popular untuk ambil shot ke Shibuya Crossing. Lama jugak kami lepak situ sambil minum kopi! Hahaha. Mujur la tak berapa ramai orang masa tu, pagi lagi kan.



Acah acah je.
Lagi pos acah-acah.
Yang ni tatau pose apa.
Ni pose keluarga bahagia.
Ni pose Tansree dengan bodyguard.
Punyalah ramai orang nak melintas.
Cepat!
OK dah cukup bergambar kat Shibuya Crossing! Jom bergerak ke Narita Airport!!! Kenapa kami kena pergi awal ke Narita? Sebab perjalanan dari Shibuya ke Narita mengambil masa lebih kurang 2 jam!!! Ko ingat dekat! Hahaha, dengan menggagau-gagau nak cari train lagi, jalan kaki, panjat tangga, dukung budak, bawak beg gajah (eh) lagi. Maka kami pun beli tiket ke Narita dengan harga 1400 Yen (masa nak beli tiket pun menggagau jugak, nasib baik tanya kat kaunter dan petugas kaunter kata ada diskaun sebab pelancong hiks).

Pose wajib.
Ok beli tiket dulu.
Dapat duduk depan! 
Kena sua makanan laju je, memasing kebulur hahaha.
Makanya, duduk la kami dalam train ke Narita tu dua jam lebih, bangun tido bangun tido tak sampai sampai lol akhirnya sampai la jugak. Kena tau ya terminal mana kita akan turun, kalau tak, sesat larat la kome!!! Hahaha.

Kami akan menaiki penerbangan domestik PEACH menuju ke Shinchitose Sapporo. Harga tiket masa kami beli tu dalam 1800Yen ++ la termasuk beli luggage bagai. Penerbangan ke Sapporo pulak mengambil masa lebih kurang satu jam. So kami bertolak dalam pukul 3 petang dan sampai di Sapporo dalam jam 4 petang. Ok lah nanti aku sambung lagi. Sampai sini je tahap kerajinan aku , lols.

Ayuh ke Sapporo!

WASSALAM.

14 comments:

  1. aduih..akak menahan gelak...
    memang mengimbau sangat trip nih
    (nih mesti kes malas cari gambo eh? ahahhahaah)
    rajin tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke sementara tengah rajin ni kita cedok je mana yang ada Lols!!!

      Delete
  2. macam express gila u taip entry ni haha..
    sila update lelaju.. i'm waiting bak kata vijay dalam filem2 nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Express ke? dah 6 bulan weh hahahaha. Tunggu sambungan berikutnya! Nak kena dapat petunjuk dulu.

      Delete
  3. Smart lah gambar Ren dengan Hachiko. Lagi satu, gambar Ren dengan John macam shooting for advertisement. Ada style model-model. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thanks Diana. Biasalah gedik2 masa travel ;p

      Delete
  4. Seronoknya!rindu Tokyo!! tapi mahal sangat bandarnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sekali sekala boleh le huhu

      Delete
  5. Yg penting flight tu kaler pink... hihihi

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Begitulah haiwan yg sayangkan penjaganya kan kak

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!