Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Lepaque!

Minggu lepas, lepas kerja aku bergegas ke Impiana Hotel KLCC untuk berjumpa Acid and hisfamily. Mak dan abah dia pon ikot sekali lepak-lepak kat hotel. Lama betol tak jumpa si Acid ni, maklumlah masing-masing busy. Sementelaah dia ada urusan kerja di KL, maka sempat jugalah kami curi-curi masa berjumpa. And lagi best sorang lagi geng pon join, Aiman.

Walaupun masa jumpa tak lama, tapi dapat juga share berita-berita terkini. Adoi, bila dah duduk jauh-jauh macam ni, teringat pulak zaman-zaman masa sekolah menengah dulu. Kami memang satu geng! Apa pon, masa berjalan begitu pantas, dan alhamdulillah kami semua berjaya menjadi 'seseorang'. Thanks to the bitter-sweet memories. Kalau kenangan-kenangan itu tak ada, mungkin kami tak capai apa yang kami capai sekarang ini.

psst: Kalau Fdean pon ada jugak kan best...baru lengkap forum kami. ;p
٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶

PEACE~






Projek Teater: Makyong Anak Raja Dua Serupa

Semalam aku nonton Makyong, judulnya Anak Raja Dua Serupa. Kalau tahun lepas, persembahan Makyong di Istana Budaya hanya di Lambang Sari, tapi tahun ini Anak Raja Dua Serupa dipentaskan di ruangan yang lebih gah iaitu Panggung Sari. Kalau set dah besar, maka para pelakon dan pemain Makyong nya pon bertambah ramai juga. Set juga lebih cantik dan memukau.

Sebetulnya, aku bukanlah peminat Makyong, tapi rasa ingin tahu dan semangat untuk menyokong karya tempatan telah membawa aku untuk menonton persembahan Makyong kali ini. Kebanyakan pelakon adalah orang yang sama dengan para pelakon, Raja Besar Senyanya tahun lepas.

Makyong, secara tradisinya dipentaskan dengan menggunakan loghat bahasa Pantai Timur, jadi bagi aku ianya agak sukar untuk memahami dialog dan jalan ceritanya. Mujur ada LCD skrin yang menunjukkan jalan cerita serba ringkas. Sepatutnya pihak IB menyediakan terjemahan lengkap dialog apa yang dituturkan oleh pelakon. Mungkin dengan cara itu lebih ramai yang akan menonton Makyong…

Kelip-Kelip Kampung Kuantan (Ngintai Kuala Selangor Juga)

Haritu, bile aku congak-congak balik jadual aku bulan Januari ni, rupa-rupanya aku belum balik kampung melawat ayahanda dan bonda tercinta lagi!!!! Terus aku decide untuk balik kampung minggu lepas. Bukan susah sangat nak balik kampung, start enjin keter, cabut!!! Senang kan? Tak payah susah-susah nak beli tiket kapal terbang, nak balik jauh-jauh menyeberang laut bagai hahahaha...(sorry ler untuk sesiapa yang berkenaan, dah naseb kampung aku dekat...jangan ler jeles!)
Macam biasa bile dah balik kampung, bukan mak bapak je yang aku terjah, kengkawan lama pon terjah jugak. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya. Antara yang diterjah minggu ini adalah Fdean! Walaupon kerapkali dia ke KL, tapi susah sangat nak jumpa dia, macam-macam program. Tapi akhirnya sempat jugak berjumpa dengan Fdean nih.

Balik kampung bukan reti nak duduk kat rumah, tak habes-habes aku merayap jugak. Sampai ke Kuala Selangor tuh! Dasat~ serupa macam nak balik ke KL semula jauhnya. Tapi dengan geng punya pasal, sanggup…

Explorasi Meredah Hutan (FRIM)

Edisi eksplorasi kedua tahun ini diteruskan dengan ekspidisi menjelajah hutan FRIM.Another unplanned activity yang aku buat dan kali ini pesertanya bertambah kepada 3 orang. Hahaha macam ler ramai sangat kan! Ahli tetap sudah semestinya aku, kaki jalan dan seorang pendatang baru Kelab Janggel iaitu Rimau Jadian! (Aha boleh ke namanya Rimau Jadian? hehehe).
Kami bertolak ke FRIM, Kepong seawal 7.00 pagi dengan meredah MRR2 yang sangat lancar dan cuaca pagi itu sangat nyaman dan elok! Alhamdulillah sekali lagi aktiviti kami direstui.

Tiba di FRIM, sempat jugak menapau nasi lemak kat kedai tepi jalan, buat bekalan lepas habis mendaki nanti. Kami start meredah belukar pada jam 8.45 pagi. Berbekalkan pengalaman Kaki Jalan dan Rimau Jadian, sepatutnya takkan ada masalah la nak ber'jungletrekking' kat situ. Tapi setelah meredah laluan trecking yang agak mencabar selama setengah jam "tetiber" je terjumpa jalan mati! Ayakkkk~ how come a? Terpaksalah kami patah balik mengikut…

Tak Suka Rasa Ini

Manusia datang....manusia pergi. HUH~

Ada yang datang meninggalkan kenangan indah yang akan dikenang selama hayat masih ada. Dan ada pula yang datang membawa memori pahit sampaikan bila ingat je buat sakit hati. itulah namanya kehidupan. Aku tidak terlepas daripada menerima hakikat itu. Tak semudah yang disangka, untuk megekalkan sesebuah persahabatan itu, kite kena ada komitmen. Perlu ada rasa tanggungjawab terhadap perhubungan yang telah dijalinkan. Kalau semua tu tidak dijaga, lama-kelamaan ianya akan renggang. Setuju ???

Tepuk dada tanya hati. Berapa ramai kawan yang kita (aku) ada? Berapa ramai pulak yang sanggup bersusah payah dengan kita (aku)? Kalau bilangannya tak terkira, adakah bermakna kita sudah berjaya??? Adakah kita sudah layak digelar 'pemberi komitmen terhebat!?'. Dan bagaimana pula jika kawan yang kita ada itu mampu dibilang dengan jari, adakah kita boleh berbangga? Berjayakah kita dalam menjaga komitmen itu? adakah sesuatu yang tidak kena dalam cara kita?

B…

Edisi Jelajah Kuala Lumpur

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Ni entry pertama untuk tahun 2010. Tahun 2009 diakhiri dengan 85 entries, agak merosot berbanding tahun 2008 (99 entries). Alhmadulillah aku masih diberi kesempatan untuk mewarnai blog ini.

Sempena tahun baru 2010, 3 orang sahabat (sorang dari Jepun dan dua orang lagi dari Singapura) telah merancang untuk menghabiskan cuti tahun baru mereka di KL. Memandangkan salah seorang dari mereka belum pernah ke KL sebelum ini, maka trip kali ni lebih tertumpu kepada explorasi jelajah KL lah nampak gayanya! Aku memang excited giler bila dapat berita nih. Tak sabar nak jumpa diorang semua memandangkan bukan senang nak jumpa sebab masing-masing buzy.

Alhamdulillah, pada petang 31 Disember 2009 mereka telah selamat tia di LCCT. Lepas kerja aku direct ke LCCT bersama seorang lagi rakan. (Tayar keter aku pancit tengahari tuh!!!! Hmm dugaan tahun 2009) Dari LCCT kami terus menuju ke Alamanda (atas permintaan) sebab mereka tak pernah ke Alamanda, Putrajaya. Di Alamanda, kam…