2010-01-25

Projek Teater: Makyong Anak Raja Dua Serupa

Semalam aku nonton Makyong, judulnya Anak Raja Dua Serupa. Kalau tahun lepas, persembahan Makyong di Istana Budaya hanya di Lambang Sari, tapi tahun ini Anak Raja Dua Serupa dipentaskan di ruangan yang lebih gah iaitu Panggung Sari. Kalau set dah besar, maka para pelakon dan pemain Makyong nya pon bertambah ramai juga. Set juga lebih cantik dan memukau.

Sebetulnya, aku bukanlah peminat Makyong, tapi rasa ingin tahu dan semangat untuk menyokong karya tempatan telah membawa aku untuk menonton persembahan Makyong kali ini. Kebanyakan pelakon adalah orang yang sama dengan para pelakon, Raja Besar Senyanya tahun lepas.

Makyong, secara tradisinya dipentaskan dengan menggunakan loghat bahasa Pantai Timur, jadi bagi aku ianya agak sukar untuk memahami dialog dan jalan ceritanya. Mujur ada LCD skrin yang menunjukkan jalan cerita serba ringkas. Sepatutnya pihak IB menyediakan terjemahan lengkap dialog apa yang dituturkan oleh pelakon. Mungkin dengan cara itu lebih ramai yang akan menonton Makyong.

Jadi, kebanyakan masa digunakan untuk mendengar dengan teliti apa yang dituturkan, dan 70% memang aku tak paham. Geng projek kali ini adalah Deennasour, Kaki Jalan dan Cik Hajjah. Masing-masing bukan orang Pantai Timur. Hahaha layan saja.

SINOPSIS

Anak Raja Dua Serupa mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil. Iras Kesuma telah berpisah dengan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun. Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambahkan pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata. Iras Kesuma yang telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.

Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia dikahwin dengan Puteri Hitam Sebelah anak kepada Raja Lanun. Beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.

Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapal singgah dan berlabuh di sebuah pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun. Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat sebuah kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut. Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapal yang lain. Maka bermula rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam riwayat kisah cerita makyung.

IB
Entah kenapa, aku rasa persembahan Makyong kali ni macam lambat je nak habis. Dua setengah jam persembahan dan rata-rata pengunjung yang datang menyaksikan persembahan malam tu adalah disponsor oleh syarikat-syarikat tertentu. Apa-apa pon, projek teater aku untuk tahun ni dah bermula!! Masih banyak yang menanti.

PEACE!





3 comments:

  1. tgh tunggu masa bila la incek janggel nak bawak cik yanie gebu tgk teater...


    (^_^)

    ReplyDelete
  2. yanie & fikry =

    wah berminat ker?

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS