Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Doa Untuk Semua | Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Assalammualaikum!
Hampir sebulan dah berpuasa! Hari Raya pun dah nak sampai, so buat beberapa waktu tuan tanah nak pegi berhari raya dengan keluarga, maka blog ni pon cuti jugak lah (haha paduhal memang ko takde apdet entry apa-apa pun kan?)

I just want to wish:-
Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin. (Tahun ni aku dapat sekeping kad raya! Alhamdulillah ingatkan dah pupus dah..hiks)
Dalam kita menyambut lebaran, panjatkan juga doa untuk mangsa dan keluarga #MH17 dan #MH370. Memang sekarang ni macam-macam dugaan Allah bagi kat kita rakyat Malaysia, dan rakyat dunia amnya. Dan doakan juga kontinjen Malaysia ke Sukan Commonwealth berjaya mencapai sasaran, walau terpaksa beraya di perantauan. 
Tak lupa juga kepada pasukan khas misi #MH17 yang juga terpaksa beraya di perantauan demi maruah bangsa dan negara. Dan sama-sama kita doakan saudara muslim kita di Gaza sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
Ampun maaf kalau ada yang terasa hati, tersentap dan sebagainya sep…

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Assalammualaikum!!!
Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni. Sorry la lambat sangat nak habis.
[ Sambungan daripada Part 3 ]
Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi.
Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi, yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ. 
So kami bergerak untuk ke Night Safari lebih kurang pukul 8.30 malam. Ada sebu…

Selamat Berpuasa!

Assalammualaikum!!!
Errr sebenarnya...... saja nak wish Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia! (Dah 5 hari berpuasa baru nak wish? hikhik). Walau ada beberapa entry tak habis-habis lagi nak ditulis, sebab malas dan kelesuan sepanjang Ramadhan, tapi aku harap masih ada yang sudi singgah dan baca entri-entri yang lepas. Terima kasih di atas sokongan semua. Kita berkongsi sesama manusia katanya. :)
Sepanjang lima hari berpuasa ni tak ada apa yang luarbiasa berlaku sangat pun. Pergi kerja, balik kerja, lepas tu singgah kat Bazar Ramadhan (BazRam pulak katanya tahun ni) yang berada di tapak baru yakni di tepi Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Keluasan tapak adalah seluas dua padang bola! Ha semput jugak la nak pusing seluruh BazRam tu. Dan berhati-hatilah tak kira di mana saja, sebab malang tak berbau (Al-Fatihah buat sahabat yang meninggal di BazRam pada 2 Ramadhan lalu). 
Ok tu je nak apdet, mood malas ni menjadi-jadi la! Siapa ada obatnya? M…