2014-07-16

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Assalammualaikum!!!

Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni. Sorry la lambat sangat nak habis.


Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi.

Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi, yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ. 

So kami bergerak untuk ke Night Safari lebih kurang pukul 8.30 malam. Ada sebuah Hilux datang ambik kami di chalet. Masa tu dah ada dua orang mat salleh atas Hilux tu. Diorang dari chalet lain dan akan turut serta dengan kami untuk aktiviti night safari. So kami pun bertolak menuju ke dalam hutan untuk tengok apa yang ada.

AMARAN KUALITI GAMBAR SANGAT MENGECEWAKAN ! Huuhuhu

Sejuk jugak la malam tu sebab kami duduk kat bahagian belakang kereta yang terbuka tu. Kereta kemudian masuk ke dalam kawasan ladang kelapa sawit dan masa ni la jurumudi (ada 3 orang- sorang duduk atas bumbung pegang lampu suluh berkuasa tinggi manakala 2 orang lagi duduk di dalam kereta untuk memandu dan tukang cari binatang).

Sempat lagi cam-whore beramai-ramai.
Lebih kurang cenggitu la kenderaan night safari yang kami naiki.
Masa mula-mula masuk dalam ladang kelapa sawit tu, rasa macam biasa je la, sebab aku pun memang dah biasa masuk-masuk ladang buat kerja. Sambil-sambil lalu kat jalan batu kelikir dalam ladang kelapa sawit tu, jurumudi yang duduk atas bumbung kereta tu akan menyuluh lampu ke setiap arah dalam hutan tu untuk suluh kalau-kalau la nampak binatang liar.

Memang cekap la mata budak tu sebab boleh nampak dengan suluh-suluh macam tu je. Dah 15 minit berlalu kami tak jumpa pun apa-apa haiwan liar kat dalam ladang kelapa sawit tu. Kenderaan pun dah masuk makin ke dalam hutan. 

Tiba-tiba kami lalu di satu kawasan yang ada banyak sangat binatang tengah tidur! Rupanya lembu yang tengah berehat-rehat dalam ladang kelapa sawit tu. Haish setakat lembu tak payah tengok kat night safari pun takpe.

Maka perjalanan diteruskan, dan akhirnya kami berjaya la tengok kucing hutan, burung raja Udang dan burung hantu yang tengah bertenggek kat pelepah pokok kelapa sawit. Hmmmm sebenarnya hampa jugak la sebab tak banyak tengok binatang rare, mana la tau kot-kot dapat tengok harimau ke, gajah ke, seladang ke, rusa ke kan... tapi mat saleh dua orang tu kemain la suka dapat tengok burung-burung dengan kucing hutan tu.

Cari lah haiwan tersembunyi! Sapa nampak, mata dia power hahaha.
Ha, cari lagi haiwan tersembunyi kalau nampak! Hahaha
Ok perjalanan night safari tu mengambil masa lebih kurang 2 jam secara keseluruhannya. Banyak jugak kereta yang masuk dalam ladang kelapa sawit tu malam tu, mungkin dari pakej-pakej lain.  Aku rasa diorang pun sama je nampak apa yang kami nampak.

Balik ke chalet, kami pun terus tido. Eh silap, ada pulak yang gigih nak mencerap bintang katanya. Maka duduk la bertenggek kat tempat lapang depan chalet tu ambik gambar bintang. kengkonon nak amik gambar milky way la! Hasilnya? entah sorang pun takde nak tunjuk kat aku....tak menjadi letew hahahaha.

Ok keesokan hari adalah masa untuk pulang ke KL. Kami dari Kuala Tahan dalam jam 10 pagi, selepas bersarapan dan bayar duit pakej semua. Untuk total cost percutian 3 hari 2 malam di Taman negara ni, kami bayar RM 210 seorang. 

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Pekan Temerloh untuk makan masak tempoyak ikan patin! Kami singgah kat gerai masak tempoyak ikan patin yang sangat popular kat situ, lokasinya kat deretan medan selera di tepi sungai Kuantan. Nama kedai tu Kedai Pak Usup, Cawangan Ikan Patin. Try la cari. Aku rasa ramai yang tau kedai tu sebab memang popular.

Temerloh.
Masa kami sampai tu, ikan patin masak tempoyak dia tengah dimasak. Tapi dah ramai yang berator, tunggu nak makan! Ya ampun sangat, sementara tunggu ikan patin tu masak, kami makan dulu nasik dengan lauk-lauk lain sebab dah kebulur sangat lapar.

Akhirnya selepas gigih Cawana beratur (pembawakan budak la katakan sebab tu gigih beratur), akhirnya dapatla jugak merasa semangkuk ikan patin masak tempoyak! Memang sedap la, sebab tu ramai orang. Harga semangkuk tu dalam RM 10 kot kalau tak silap.

Tudiaaaaa punya la ramai beratoq. Abam ni masak berapa periuk sehari entah.
Anak beranak ngadap masak tempoyak ikan patin. Tak pandang kiri kanan dah.
Dah habis makan, kami meneruskan perjalanan pulang ke KL. Maka tamatlah sudah cerita kembara ke Taman Negara Pahang. Alhamdulillah, perjalanan kami semua lancar dan hajat nak menjejak taman negara pun tercapai. Terima kasih kepada Kak Coco, Chawan, Na, Aqilah, Masnona dan Pae yang sudi merialisasikan impian aku ni hehehe. Next trip! Ayuh, tak sabar dah ni, gigil-gigil nak naik kapal terobang selepas 6 bulan berpuasa. 

WASSALAM.


21 comments:

  1. hahaha.. Finally akhirnyer!!.. Sama sama and thanks gak sbb sudi ajak aku nih... Next tema Cuti Cuti Malaysia??? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Hahaha gitewwwww..... Next time kite pi cuti-cuti antarabangsa pulak tau! HAHAH

      Delete
  2. Hehe dtg sini tgk gambar je.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umar:

      Ehemmm gambar tak cantek pun, jangan tenung lama2 sangat nanti sakit mata.

      Delete
  3. Cerita pasal tempoyak ikan patin pulak masa tengah posa-posa ni...ish...buat orang terliur je.

    Teringat masa kecik-kecik dulu, selalu baca majalah kanak-kanak ~ cari benda tersembunyi.

    Chawana tengah ada pembawakan budak? Boleh bagi pencerahan kepada akak yang jahil ini? Kalau orang kampung akak, pembawakan budak maksudnya ada isi dalam perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA:

      Hahahaha memang sedapnya kalau dapat tempoyak ikan patin kan skg ni hehehe.
      Ha saya pun ada buat mainan cari benda tersembunyi tu, skg pun rajin jugak main online game cari benda tersembunyi hahaha.

      Hiks, akak tanya la dengan empunya badan yang membawak budak tu. eh tercakap pulak. Hehehe,

      Delete
  4. thanks ....nice sharing..boleh ajdi contoh nanti.

    ReplyDelete
  5. ni pun wishlist, harap makbul dalam tahun ni jugak :)

    uishh tahap ketaqqq naaa....nak pegi mana tu. aku pun tengah berposa ni...lagi haru weh, tahun depan baru bleh jenguk airport! sadisss sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nana Tron:

      Hahahah insyaAllah boleh tu setakat nak ke National Park je .. ayuh.

      Sama la kita sadisnya lama tak naik kapalterobang hahahaha.

      Delete
  6. Nampak macam murah kos untuk ke Taman Negara ni... tapi OR tak minat pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie:

      Agak murah la... hehe try la pujuk lagi OR tu.

      Delete
  7. (kena tertib bila komen, takut2 berbaur riak & menabur fitnah..al maklum..sejak dua menjak nih...blog pun medium org kutuk komen org lain,kan..kan...)
    akhirnya abis dah entry ini..
    syabas !!!!
    (skema plak bila komen macam nih?) kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Eh eh siapa yang kutuk Tansree tu? Hidup ni jangan la kutuk mengutuk ye tak, tak kemana pun perginya. Jadikan iktibar kisah Kiki si Gadis steering lock hehehe.

      Delete
  8. Tahap gigil gigil katanya nk ke mana tu,
    Hai kak anash sambil lambai2 tangan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM:

      hiks takde la kemana sangat, filing2 nak travel je JM oi... hahaha.

      Delete
    2. hai JM!!!!!!
      (persis lambaian kaabah...)

      Delete
    3. Hambui main Hai hai pulak dia hiks

      Delete
  9. Saya duduk Pahang seumur hidup ni, tak pernah lagi jejakkan kaki ke Taman negara ni. maybe I should give it a shot one day hahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin:

      Ha tu la sila pergi. rugi tak pergi tau! Seronok!

      Delete
  10. Hi nk tnye, rm210 tu da inc kos minyak pegi balik + makan time kt sane ke? Hope bole email kt sy. noraisyah.abd@gmail.com 😊

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS