Posts

Showing posts with the label MOTour

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Image
Assalammualaikum!!! Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni . Sorry la lambat sangat nak habis. [ Sambungan daripada Part 3 ] Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi. Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi , yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ.  So kami bergerak untuk ke Night Safari leb...

Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 2): Sungai Palas Tea Plantation (Boh) and The Time Tunnel

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada Part 1 ] OK dah puas mengeluarkan peluh mendaki Gunung Brinchang dan melawat Mossy Forest, kami pon turun dan singgah di Sungai Palas Tea Plantation, kalau tak kenal nama Sungai Palas ni, kita panggil je ladang Teh Boh ... Ha kenal tak? Teh Boh kan femes, kalau tak kenal jugak tak tahu la.Sebenarnya aku baru je dua kali pegi Sungai Palas ni, selalunya mesti singgah Bharat Tea Plantation yang kat tepi-tepi jalan tu. Memandangkan nak masuk ke tempat Teh Boh ni agak ke dalam sikit, so mungkin sebab tu tak selalu singgah kot. Sila perhatikan signboard betol-betol yer. Dah sampai tu, parking kereta ( alhamdulillah parking kereta free disediakan) dan terpaksa menapak dalam 300 meter menuju ke pusat sosial dan kilang teh tu. Jenuh jugak la masa menapak tu sebab kena mendaki tangga yang agak tinggi. Sambil-sambil tu dapat la lalu tepi-tepi pokok teh sambil ambik-ambik gambar... suka sangat la si John tu sebab tak pernah ...

Pengalaman Singkat Di Cameron Highlands (Part 1): Strawberry Picking And Mossy Forest

Image
Assalammualaikum!!! Dah ada ke yang ponteng pose? Pompuan mungkin ada la, tapi kalo yang laki tu ada jugak ke? hehehe lantak korang le kan... janji bahagia. #Eh . Sekarang ni cepat betul masa berlalu kan. Sedar-sedar dah masuk sembilan hari berpuasa...pastu pejam celik pejam celik lagi dah esok nak raya kan.... kan ke best macam tu ye dak?  Sekarang ni aku busy pindah rumah baru hehehe. Kalo dulu duduk rumah mewah atas tanah, tapi kali ni pindah duduk penthouse  mengadap PICC pulak.. penat weh pindah bulan-bulan pose ni! Barang pon tak habis kemas lagi, lepas tu jangan harap nak nak bagi orang datang sebab rumah baru macam tongkang pecah. Jadi alamat baru dibekukan buat seketika hehehe.  OK berbalik kepada tajuk entry . Kali ni aku petik salah satu cerita yang tak sempat lagi aku kupas yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Kalau tak silap aku kejadian ni berlaku pada bulan Mei yang lalu. Masa tu tetibe je aku dan kak Coco dipelawa (cewah dipelawa pulak ...