Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Hokkaido Kami Datang: Japan Winter Trip (Part 3) - Asahiyama Zoo and Furrano

Assalammualaikum!!!
Salam Ramadhan ke 11...nampaknya semakin hari semakin lemau dan melesukan. Ayuh lah kita membuat aktiviti lompat bintang setempat bersama-sama! LOMPAT!
[ Sambungan daripada Part 2 ]
Esoknya setelah puas merengkok di bawah selimut dengan suhu diluar mencecah -10++ (Tak ingat dah negatif berapa) kami pun bersiap-siap untuk meninggalkan Sapporo City. Wow nak ke mana tu? Takpe kita breakfast dulu. Untuk makluman, memang standard la hostel takde bagi breakfast ke makan apa ke kan, so pepandailah kami makan megi dengan nasik instant yang dibeli di 7E kat bawah hostel. Makan pulak dengan ikan bilis goreng bersambal rangup yang dibawa khas oleh Tansree Coco.Fuh bestnye! (Kalau cerita bab makan time puasa ni memang seronok kan, siap nak cerita every details lagi Hahah).

Sempat la berkenalan dengan beberapa penghuni Hostel, ramai pulak rakyat tempatan yang menginap kat hostel tu, ye la deme pun nak berjalan dalam negara sendiri jugak kan... sementara bersarapan tu kami uruskan…