Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Happy Chinese New Year 2017 To All Readers!

Assalammualaikum!!!
Hahaha buang tebiat ke cane ni, tetibe update blog pulak? Lols. Biaq pi lah. Sebenarnya nak wish Happy Chinese New Year 2017 kepada semua pembaca blog yang berbangsa Cina...(Lols ada ke? Hahahahahahahahahahahahhahahahahaha) ok gelak 20 harakat. Tak kisah ler ada ke takde, anggap je ada dalam hati. Eh.
Sempena tahun Ayam ni, walaupun katanya tahun ayam ni adalah the most unlucky year daripada 12 bulan di kalender Cina tu, tapi katanya juga orang yang lahir tahun ayam ni boleh dipercayai, punctual dan bertanggungjawab atas urusan kerja! Baca boleh, percaya jangan...semuanya atas perancangan Allah SWT. Semoga yang baik-baik sahaja berlaku tahun ini. I need a fresh start! Bismillah.... 
Ok lah, nah ayam seekor untuk dibuat dinner. ;p

Pstt: Takde ke yang nak ngajak yisang? HAHAHAH amenda ntah yisang tu pun tak tau ;p
WASSALAM.

Corat-Coret Kisah 2016!

Assalammualaikum!
Dah pertengahan Januari baru perasan aku tak da buat entry penutup untuk 2016! Hahaha punyalah pemalas, acah-acah nak bersara dari menulis blog, tapi ada pulak yang paksa-paksa suruh tulis jugak. Ada ke yang masih baca blog aku ni? Cer mengaku sikit. ok takde.
Saja la nak bagitahu, memang tahun 2016 agak hambar jugak la. Tak banyak travel dan tak banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik boleh dikongsikan bersama pembaca-pembaca blog aku ni. untuk pengetahuan semua, tahun 2016 aku masih bertugas di Tawau, Sabah. Walau hati tak berapa nak gembira, tapi demi sesuap nasik dan demi rasa cinta terhadap negara (ok ni tipu), aku setia jugak la menurut perintah meninggalkan keluarga tercinta ke bumi Sabah. huk huk. Ada sebab aku tak suka bertugas kat sini, tapi aku malas nak cerita, abaikan. 
Awal tahun, seperti yang dirancang pada tahun 2015, aku dan geng-geng travel aku telah menjejakkan kaki ke bumi Jepun sekali lagi! Alhamdulillah ni kali ketiga aku jejak ke Jepun,…

Hokkaido Kami Datang: Waku Waku Family Snow Land, Furrano (Part 6)

Assalammualaikum!!!
Atas desakan peminat aku gagahkan juga menghabiskan entry Sapporo ni. Kalau ikutkan, nak buat-buat lupa je, terus sambung entry NZ (Paduhal entry Cambodia pun tak habis lagi, huhuhu). Takpe, kita update mana yang terdaya lah ye. Aku ni pesen kalau update, semua benda nak cerita detail. Bukan nak update tepek-tepek gambar lepas tu rujuk google macam tu je. Itu bukan style aku, so kalau dah sebegitu gayanya terpaksa mengambil masa yang lama, kena bertenang, fikir satu persatu dan taip. Haaa sebab tu mengambil masa yang lama. Harap semua faham...bila dah ambil masa lama tu, tetiba malas. eh. kbai. Lols.
[ Sambungan daripada Part 5 ]
Hari terakhir di Furano, usai sarapan pagi kami berlegar-legar di luar kawasan guesthouse Log Yukari. Ya ampun salji tebal menyelubungi seluruh kawasan termasuklah kereta kami. Pagi-pagi lagi pakcik tuan rumah dah tolong bersihkan salji di atas kereta. Baik sungguh tuan tanah tu. Lepas tu beliau meminjamkan kami kereta ski (alamak aku tak t…