Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Hot Air Balloon Putrajaya 2013

Assalammualaikum!!!
Fuyohhh terkujat tengok pepagi banyak pulak alien serang ruang udara Putrajaya! Pastu nampak pulak monyet gergasi tengah intai-intai celah pokok! Ingatkan dah jadi Planet of The Apes ke apa kat Putrajaya ni rupa-rupanya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya dah kembali!!!!
Ye acara tahunan di Putrajaya ni memang tak pernah miss, tetiap tahun ada cuma tahun lepas je aku tak sempat pergi sebab masa tu berada di India. Tapi tahun ni, gigih tau pepagi buta, sebelum masuk kerja dah berkampung kat  tapak belon Presint 2, Putrajaya. Dan antara kelainan yang ada tahun ni, banyak jugak belon-belon baru yang join antaranya SMURF, Monyet tu (aku tak tau nak panggil apa), ada monster hijau yang kat kepala dia ada ular dan dinasor tu (jugak aku tak tau nak panggil apa) dan banyak lagi!!!
TAPI AWAS!
Semua ni hanya boleh di lihat / di tonton sekitar jam 7.00 am hingga 8.00 am dan 5.00 pm hingga 6.00 pm SAHAJA.

Waktu-waktu lain, jangan harap le nak tengok sebab takdenya belon-belon tu n…

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 7) : Masjid Cheng Ho And Surabaya City

Assalammualaikum!!! 
Jom baca entry sambil layan lagu Cakra Khan Hahaha #tetibe.
[ Sambungan daripada Episode 6: Pendakian Gunung Ijen Tercapai
Setelah selesai sarapan pagi di Warung Pak Im yang terletak betul-betul di kaki Gunung Ijen, kami bergerak pulang semula ke Arabica Homestay, seperti biasa perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kaki Gunung Ijen ke Arabica Homestay. Dalam kereta, memang takda buat benda lain dah melainkan tidor, maklumla dari pukul 12.30 pagi dah celik mata dan mendaki, tenaga pun dah banyak habis, nasib baik tak mengalami sebarang kecederaan, alhamdulillah kami semua selamat panjat dan selamat turun.
Kami tiba di Arabica Homestay lebih kurang jam 9 pagi macam tu, sampai-sampai je terus bersiap-siap untuk check out. Masa ni la baru nampak macamana rupanya keadaan kat sekeliling Arabica Homestay tu. Memang cantik tempatnya dan banyak pokok bunga di tanam di sekeliling kawasan. Ada juga penduduk kampung berhampiran yang menjadikan kawasan homestay

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 6): Mendaki Gunung Ijen Dan Melihat Blue Fire

Assalammualaikum!!!
[ Sambungan daripada Episode 5: Melihat Sunset Di Tanjung Papuma ]
Ok meh aku sambung kisah kembara di Jawa Timur yang tak habis-habis lagi ni. Di entry yang lepas, aku stop cerita sampai perjalanan ke Arabica Homestay, yang terletak di kaki Gunung Ijen, sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak popular di Jawa Timur. Kami tiba di Arabica Homestay pon dah malam, masa tu dah pukul 10.00 lebih malam dah, lepas makan KFC yang di tapau kami pon masuk tidur. 
Lebih kurang jam 12.00 pagi kami dah kena bangun dan bersiap-siap untuk mendaki? Ye pukul 12.30 pagi kami dah kena gerak! Awal giler kan? Sebab apa yang nak kena gerak awal sangat? Sebenarnya, kami memang dah pasang hajat nak tengok blue fire yang hanya boleh di lihat sekitar jam 1 hingg 4 pagi di puncak Gunung Ijen! Wow memang kena gigih le kan, sebab benda tu ada di puncak gunung, dan kami ni pukul 12.30 pagi masih berada di homestay, itu bermakna berapa jam lagi baru boleh nampak blue fire tu.
Apa sebenarnya