2018-01-16

New Zealand : South Island - Wanaka dan Queenstown (Part 4)

Assalammualaikum!
Kabare? Haha ok jangan panic, memang aku update blog sebab kesian tengok sawang bersepah-sepah di sana-sini. Masuk tahun 2018 ni memang awal-awal dah mencabar, tapi relax chill je lah, semua benda boleh settle kan. Ayuh teruskan pengembaraan di bumi NZ.


Usai lintas Lindis Pass, kami teruskan perjalanan ke Wanaka, sebuah lagi kawasan yang terletak di tengah-tengah South Islands. Wanaka ni terkenal dengan jolokan 'Resort Town' dan terkenal dengan tasik Wanaka yang ada pokok sebatang kat dalam tasik tu. Lokasi popualr untuk para photographer mamandangkan scenic view di kawasan tersebut yang sungguh menakjubkan.

Tapi memandangkan hari pun dah petang, kami sampai pun dah lewat, maka kami terus check in hostel dulu. Kami bermalam di Matterhorn South Lodge and Backpacker Accommodation. bilik dia semua ok, selesa la bagi aku, dan dapur pun best sebab senang nak masak. ;p Kami sampai di Wanaka je keadaan hujan dan suram. Nampak mendung je...aiseh, harap-harap esoknya ada langit biru untuk merakam gambar. Stress ooo dua tiga hari ni asyik mendung je. Huhuh.

Pekan Wanaka
Malam tu kami makan special sikit, yakni salmon grill yang dibeli dari salmon farm. Sekali-sekala nak merasa ikan salmon fresh kan, lagipun dah dua tiga hari makan benda yang sama je. Chef utama yang masak, untung ada chef hehehe. Malam tu kami tak pegi mana-mana pun, just relax chill di hostel. Nak keluar pun hujan, so kita mereput duduk kat hostel sambil layan internet dan sebang-sembang.

Makan malam kami.
Esok pagi, sebelum keluar kami bersarapan dulu hasil air tangan Auntie Som dan Auntie Zu pagi tu. Hehehe kira kenyang jugak la perut pekena saik goreng dan french toast. Siap disulam buah kiwi lagi. Hahaha . Perjalanan dimulakan dengan menuju ke Wanaka Lake. Eksaited nak bergambar, sebab tengok gambar dalam IG semua tahap-tahap 20K. Kite pun rasa-rasa macam nak bergambar hasil 20K jugak la, sekali 2 hengget pun tak laku agaknya Lols.

Breakfast dah siap.
Oh lupa, kami terus check out dari hostel di Wanaka sebab kami akan terus menuju ke Queenstown lepas ni. Kami sampai di Glendhu Bay Track yang terletak lebih kurang 12 km dari pekan Wanaka. Kat situlah terletaknya lonely tree yang popular tu. Sampai saja di situ, dah nampak segerombolan bebudak tadika buat lawatan kat situ, comel gila melintas alur air walhal ada je jambatan kat tepi tu. Itulah namanya explorer muda. hehe.

Bebudak melintas anak sungai.
So jalan la ikut track yang disediakan, dalam beberapa minit berjalan akhirnya nampakla the lonely tree tu, elok je duduk sensorang dalam tasik. Sayangnya awan banyak gila time ni dan cuaca agak gloomy. So gambar 20K memang ke laut lah. Kita tengok je dalam hati dan komen sendiri-sendiri. Jenuh jugak la posing kat situ, demi keriangan berganda. Bila lagi entah nak sampai...anggap je semua kunjungan adalah kunjungan terakhir. InsyaAllah kalau panjang umur dan ada rezeki kita sampai lagi.

The lonely tree...
Pemandangan yang super indah.
Acah-acah gembira.
Air tasik tak payah cakap la, jernih amat! Dengan pemandangan berlatarbelakangkan snow cap mountain lagi, terbaik sungguh pemandangan. Bak orang kata, pejam mata pun nampak cantik. 

Dah puas bergambar kami pun meneruskan perjalanan ke selatan yakni menuju ke Queenstown! Ya, satu bandar yang terletak di selatan South Island. Bandar besar dan moden juga. Perjalanan dari Wanaka ke Queenstown mengambil masa lebih kurang 1 jam (62 km) sahaja. Tak jauh pun. 

Tapi sebelum tu kita singgah kat Puzzling World dulu! Kami tak masuk dalam ruang pameran pun, just bergambar di luar saja. Tapi cukupla sekadar nak buat kenangan. Menarik jugak la aksi-aksi yang boleh dirakamkan. Snap...snap...snap lepastu blah, terus ke destinasi seterusnya...(banyak betul menyinggah!)

Puzzling World
Sally dan posingnya.
Cak. Eh.
Kami ke Kawarau Bridge Bungy Centre. Apa yang ada kat situ? Haaa kat sinilah tempat popular orang buat terjunan bungy! Ko nak try? Memang tak la, kecut telur perut weh! Harga pun boleh tahan mahalnya. Dah la kena bergolok bergadai pulak nanti kalau bayar buat bungy jumping ni. So kesimpulannya kita tengok je orang lain terjun. Fuh.

Usai menempel tengok orang buat bungy jumping, kita teruskan perjalanan ke Queenstown! Alhamdulillah sampai juga kami, dari jauh dah nampak Lake Wakatipu yang terbentang indah di depan mata. Serius lawa! Kami singgah tepi tasik dan makan lagi, bawak bekal la...sempat la chef masak nasik lemak dan sambal tumis udang! Hahaha kemain kan makanan kiteorang! Makan pulak tepi tasik dalam keadaan sejuk geletor. 

Kawarau Bridge.
Ketor kalau aku kat situ.
Dah ada bot tunggu kat bawah.
Ruangan souvenir
Bukti dah sampai.
Bergambar dengan roda.
Kita lunch dulu tepi tasik Wakatipu.
Lepas makan, kami terus menuju ke Queenstown Cable Car. Naik atas bukit sambil tengok pemandangan seluruh bandar Queenstown! SubhanAllah lawa gila! Kite lepak-lepak je atas tu sesambil tengok Sally, Diod, Kak Aizan dan Feris main sliding. Kemain ha deme turun naik bukit demi keriangan berganda. Kami yang lain duduk melepak je tengok pemandangan dan gelagat manusia....sesambil update SoMe mana yang patut hiks.... ada pulak kejadian yang tak diingini berlaku, Sally hilang handphone dia masa tengah galak bersliding. Huuhuhuhuh kesian Sally murung je lepas tu. Lepas balik tu kami terus ke Balai Polis untuk buat report. Malangnya balai polis pun dah tutup sebab malam...eh balai polis boleh tutup eh??? hahaha entahla labu.


PemandanganBandar Queenstown dari atas Skyline.
Tempat lepak kami sambil menunggu dan memerhati.

Sesambil dengan mereka bergosip. Eh ada orang Melayu.

Kak Aizan dan Diod gigih turun naik slide.
Diikuti Sally dan Feris di belakang.
OK tu je nak kabo.
OK nanti aku sambung balik kisah Sally, kami seterusnya check in kat mana? tunggu.... kalau rajin aku sambung lagi. ;p

WASSALAM.


2018-01-06

Hello 2018!

Assalammualaikum!!!

Eh masih ingat saya? Hahaha tak sangka aku punya malas nak update blog sampai tahap lupa nak buat entry penutup 2017!  Sengal. Selepas 5 hari di tahun 2018 akhirnya aku terbuat tanpa sengaja entry untuk penutup 2017.

Apa yang berlaku di tahun 2017?

Tak banyak yang menarik berlaku, ofkos yang paling besar adalah sekali lagi cabaran bertugas di tempat baharu yang lebih mencabar! Tapi yang bestnya tempat baharu yang dekat dengan kampung, so sekarang ni bila dah duduk ngan mak ayah, kira lega la... tak payah nak pikir balik rumah nak makan apa! (Itu yang paling penting! Dan hari-hari bawak bekal pi kerja! You have?) :p.

Ok cukup pasal kerjaya. Pasal dunia travel pulak, tahun 2017 memang sangat sendu guys! Takde ke mana sangat pun, setakat pi Brunei, Jogja, Luang Prabang, Ho Chi Minh, Singapore... tu je kot. Hahahha apa tah. Bukan apa sebab fokus pada kerjaya (konon) dan banyak komitmen lain yang diutamakan. InsyaAllah satu hari nanti di tahun 2018 boleh buat comeback! (Harapan :p)

Anyway, pasal blog....usah ditanya. Sorry memang kurang update. Nak habiskan entry New Zealand pun merangkak rangkak! Haish tolong hembus kerajinan sikit kat aku ni ha! Tapi aku janji InsyaAllah aku akan habis kan juga entry NZ ni. Tolong ingatkan ye. Aku sebenarnya lebih aktif di IG. Pi la follow kalau IG aku ada lagi 😂. 

Apa pun, doakan yang terbaik untuk aku sempena tahun baharu 2018 ni ya. Tengok orang lain travel sana sini kita nganga je la. Sedar diri tak mampu ( dari segi masa dan kuderat). Semoga semua kembali seperti sediakala. Pada yang sudi singgah blog ni untuk dapatkan apa-apa info, aku ucapkan terima kasih. Tapi ingat ler, kekadang info tu dah tak valid, so pepandai la buat research! Kalau info blog aku tahun 2007 tu ko masih nak tanya itu, ini aku ignore je la. Zaman dah berubah kot, macam-macam benda boleh berubah dalam sekelip mata. So pepandailah. 

Akhir kata, majulah blog untuk negara! 

WASSALAM.

Salam Perantau! Buat yang merindu... :p

POPULAR POSTS