Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Food Hunter: Lokasi-Lokasi Makan Durian Sekitar Kuala Lumpur

Assalammualaikum!

Ingat tak 2-3 entry lepas aku ada cerita pasal lawatan ke Istana Negara Lama? Ok lepas habis sesi lawatan ke Istana Negara Lama tetiba pulak tekat meronta-ronta nak pekena durian! Maklumla sekarang ni kat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tengah musim durian! Ada ke sesiapa yang tak tahu durian tu apa? Ala buah yang berduri dan dikatakan raja segala buah-buahan tropika la, bak kata nenek moyang aku dulu, siapa yang tak makan durian tu bukan Rakyat Malaysia sejati la! Hahaha (aku macam setuju je dengan statemen tu!)
Aku plan makan durian ni dengan sorang member sebab dah seminggu dia doktwit mengidam nak makan durian. Petang tu, aku dan dia (cewah macam tajuk lagu pulak) pergila mencari durian kat sekitar KL. Katanya dia dah cuba kat banyak tempat, duriannya semua tak sedap! (Hamboi ko, tekak emas betol! Bukankah durian itu tetap durian?) Aku layankan aje sebab dia yang drive.
LOKASI PERTAMA (huiiyooo ada banyak lokasi ke?) adalah Medan Imbi,Kuala…

Perghhh Its Perth! Part 8 : Kaili's Fish 'N' Chips And Going Back To Malaysia

Assalammualaikum!
[ Sambungan dari SINI ]
Ok ini merupakan bahagian terakhir kes pengembaraan secara rahsia ke Perth (huh rahsia la sangat padahal siap canang satu blog semua orang boleh baca!). Kembalilah kami dari Busselton Jetty dengan penuh kesedihan, maklumlah nak meninggalkan tempat yang cantik yang susah nak jumpa lagi lepas ni ye dak? #drama sungguh.

Dari Busselton Jetty, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki beratus-ratus kilometer lagi  (219 km) menuju ke Fremantle. Niat untuk bershopping masih menebal, malah ada lagi yang tak habis-habis duitnya nak ditaburkan ke bumi Kangaroo ni (bertabahlah kepada sesiapa yang membacanya). Kami tiba di Fremantle dalam jam 4 petang, masa tu pon dah sipi-sipi nak gelap, nak masuk maghrib. Gigih kami park kereta di tepi jalan berseblahan stesen keretapi berdekatan dengan E Shed Market (rujuk Part 2, entry di Perth aku sebelum ini). Bayaran untuk letak kereta di tepi jalan tu adalan AUD 1. Sementara yang lain terus menjengah E Shed Mark…

Perghhh Its Perth! Part 7: Busselton Jetty , WA

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Oh ada lagi rupanya kisah di perth ni hehehe. Sorry la sebab lama sangat ambik masa nak menghabiskan cerita, maklumla busy. Ok, jom sambung...

Balik daripada kilang coklat di Margaret River, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perth City.  Masa tu hujan agak renyai, sebab mengikut ramalan kaji cuaca, memang hari Ahad dijangka hujan di Perth City dan kawasan-kawasan berhampiran. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di Busselton Jetty, yang terletak di kawasan Busselton yang juga merupakan sebuah pekan pelabuhan yang penting di Western Australia. Jarak dari Margaret River ke Busselton Jetty adalah 48.6 km. Apa yang unik sangat dengan jeti ni?

Ok, sebenarnya Busselton Jetty ni merupakan sebuah jeti yang terpanjang di wilayah selatan dunia (wah betul ke tak aku translate ni hahaha, belasah je la). Kepanjangannya menghampiri 2 km!!! (1841 meter). Ha cer kaborkan kat mana lagi ada jeti yang panjang macam ni? Oh lupa sebenarnya ia merupakan jeti kay…