2012-06-21

Perghhh Its Perth! Part 7: Busselton Jetty , WA

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Oh ada lagi rupanya kisah di perth ni hehehe. Sorry la sebab lama sangat ambik masa nak menghabiskan cerita, maklumla busy. Ok, jom sambung...

Jalan masuk ke Busselton Jetty Area

Balik daripada kilang coklat di Margaret River, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perth City.  Masa tu hujan agak renyai, sebab mengikut ramalan kaji cuaca, memang hari Ahad dijangka hujan di Perth City dan kawasan-kawasan berhampiran. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di Busselton Jetty, yang terletak di kawasan Busselton yang juga merupakan sebuah pekan pelabuhan yang penting di Western Australia. Jarak dari Margaret River ke Busselton Jetty adalah 48.6 km. Apa yang unik sangat dengan jeti ni?

Terdapat beberapa cafe dan kawasan taman tema yang dah tutup.

Ok, sebenarnya Busselton Jetty ni merupakan sebuah jeti yang terpanjang di wilayah selatan dunia (wah betul ke tak aku translate ni hahaha, belasah je la). Kepanjangannya menghampiri 2 km!!! (1841 meter). Ha cer kaborkan kat mana lagi ada jeti yang panjang macam ni? Oh lupa sebenarnya ia merupakan jeti kayu yang terpanjang di wilayah selatan. Kalau ikutkan sejarah, jeti ni di bina sedikit demi sedikit akibat kedalaman laut yang semakin mencetek akibat hakisan pantai. Sebab tu diorang kena panjangkan jeti ni supaya kapal-kapal yang menggangkut barang dapat berlabuh dengan selamat.



Jeti ni mula dibina pada tahun 1853! Ha korang kira lah dah berapa lama dia wujud, tapi pada tahun 1999, pernah berlaku kebakaran yang mengakibatkan sebahagian daripada jeti ni musnah, namum lepas tu, ia dibina semula. Kejadian kebakaran berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1999 dan 2004. Kejadian kebakaran tu berpunca daripada para pemancing dan nelayan yang membuang puntung rokok di merata tempat di atas jeti.

Tinggalan jeti lama

Melalui pemerhatian aku la, kawasan jeti ni digunakan bukan sahaja sebagai laluan pengangkut barang dari kapal, malahan ia dugunakan jugak oleh penduduk tempatan sebagai port memancing. Siap ada kawasan tempat menyiang ikan disediakan di atas jeti tersebut. Dan terdapat sebuah rel keretapi yang membawa pelancong ke hujung jeti untuk melihat satu pentar yang membolehkan orang ramai melihat dasar laut (underwater observatory). Untuk masuk ke kawasan jeti, bayaran tiket dikenakan iaitu:

Daily Jetty Pass : AUD 2.50 (Adult 17 yrs and above) and AUD 0 (for child 0-16 yrs)
Annual Jetty Pass : AUD 60 (Adults 17 yrs and above) and AUD 30 (Pensioner)
Underwater Observatory Tour : AUD 29.50 (Adult 15 yrs) AUD 14 (Child 3-14 yrs) and AUD 75 (Family Pass - 2 Adults 2 Childs)
Return Jetty Train Journey : AUD 11 (Adult 15 yrs) and AUD 6 (Child 3-14 yrs)


Orang ramai sibuk memancing.

Kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan atas jeti tu tapi tak larat pon nak jalan sampai hujung! Hahaha sebab cuaca agak panas terik masa tu walaupun sejuk. Di pintu masuk jeti terdapat sebuah muzium kecil dan kedai menjual cenderamata. Sempat jugak la aku beli poskad dan setem. Ya di situ ada menjual setem ye. 


Train yang membawa pengungjung ke hujung jeti.
Tempat siang ikan

Busselton Jetty ini juga diberi taraf sebagai salah satu kawasan tarikan eco-torism oleh kerajaan Australia memandangkan fungsi underwater observatory di hujung jeti tersebut yang boleh memberikan pendidikan kepada pengunjung mengenai hidupan laut. Memang menarik, tapi sayang la, tiket nak ke underwater observatory ni mahal sangat, dah la aku pon tengah sengkek masa ni. Pasrah je la.

Di pintu masuk ke jeti ni jugak ada satu sculpture budak perempuan yang menjadi tarikan baru di Busselton Jetty. Sculpture tersebut diberi nama 'Fish Girl'. Aku pon tatau apa motif patung tu ada kat situ, mungkin ada sejarah di sebaliknya. Tatau le, tapi aku rasa saja-saja je diorang buat sculpture tu untuk bagi cantik tempat tu.
 
Ni dia sculpture Fish Girl
Ish budak ni sebok nak memanjat 'Fish Girl', kacau je aku nak bergambo.
Kawasan di sekitar Busselton Jetty

Hampir sejam jugak la kami duduk melepak atas jeti tu dan kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Fremantle semula sebab nak sambung shopping. Kena sampai Fremantle sebelum pukul 5 petang sebab kedai kebanyakannya tutup selepas pukul lima dan pada musim luruh nak masuk winter ni siang sangat pendek. Jadi kena bergegas la ke sana.

Untuk keterangan lanjut mengenai Busselton Jetty boleh rujuk kat website ni: http://busseltonjetty.com.au/



Ok nanti aku cerita kisah terakhir di Perth, nak habis dah. Sabar ye....

WASSALAM.


15 comments:

  1. wow canggih atas jetty ade train! confirm aku nk naik if sampai sini hehehe..

    ni la jetty yg john lompat pkai bju melayu tu kan?? ko tak lompat?? terjun tiruk ke laut ke???

    ReplyDelete
  2. Amboiii.bercahaya2 muka bila dapat tiket..;)

    ReplyDelete
  3. aku suka giler kat sini!!! cantikkkk!!!! hehehe

    ReplyDelete
  4. Aah la, nak naik gak la train tu ngan na nanti! *tetiba*

    cantek gambar!

    ReplyDelete
  5. BlueEwoke:

    Ha tu la ada train pulak atas tu! Memang canggih walaupun jeti kayu hehehe.

    Ye jeti nila yang John lompat pakai baju melayu tu.

    ReplyDelete
  6. Farikica:

    Hahah mestilah sebab tiket mahal pastu baru bangun tido ..sebab tu nampak teruja tetibe hahaha

    ReplyDelete
  7. John:

    ye memang kat sini cantek hehehe.

    ReplyDelete
  8. Biqque:

    Ya sila buat rombongan dengan Na nanti ye.

    Thanks!

    ReplyDelete
  9. untung btol dpt selalu gi jln2..

    ReplyDelete
  10. Al:

    Ada rezeki boleh la jenjalan. hehehe

    ReplyDelete
  11. ....best la dia
    ...untung la dia
    ...dapat pegi ostolia
    ..akak mampu gi sungai panjang aje
    ..huhu
    .
    ..

    ReplyDelete
  12. Jeti kat sana mana ada macam jeti kat sini pasal terlebih antique lahh tu,pasal tu kena bayar tu...kalau kat sini bukan jeti kena bayar tapi ceti....
    Cantik aje nampak tempat orang kan...

    ReplyDelete
  13. Kak Anash:

    Haippp jangan nak drama2 sangat. Akak kan dah pi melben haritu solo lagi kengkononnya! Hehehe

    ReplyDelete
  14. Andaque:

    Haahahaha betul la tu. Kat sana diorang pandai preserve.. kat sini baru nak belajar2 preserve.

    :P

    ReplyDelete
  15. after 6 pm free aja... jalan la sampai ke ujung... leh tgk sunset lagi... saya mmg tunggu nk tgk sunset...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!