2012-06-29

Food Hunter: Lokasi-Lokasi Makan Durian Sekitar Kuala Lumpur

Assalammualaikum!

Ingat tak 2-3 entry lepas aku ada cerita pasal lawatan ke Istana Negara Lama? Ok lepas habis sesi lawatan ke Istana Negara Lama tetiba pulak tekat meronta-ronta nak pekena durian! Maklumla sekarang ni kat Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tengah musim durian! Ada ke sesiapa yang tak tahu durian tu apa? Ala buah yang berduri dan dikatakan raja segala buah-buahan tropika la, bak kata nenek moyang aku dulu, siapa yang tak makan durian tu bukan Rakyat Malaysia sejati la! Hahaha (aku macam setuju je dengan statemen tu!)

Aku plan makan durian ni dengan sorang member sebab dah seminggu dia dok twit mengidam nak makan durian. Petang tu, aku dan dia (cewah macam tajuk lagu pulak) pergila mencari durian kat sekitar KL. Katanya dia dah cuba kat banyak tempat, duriannya semua tak sedap! (Hamboi ko, tekak emas betol! Bukankah durian itu tetap durian?) Aku layankan aje sebab dia yang drive.

LOKASI PERTAMA (huiiyooo ada banyak lokasi ke?) adalah Medan Imbi, Kuala Lumpur. Menurut informer kawan aku tu, kat area Medan Imbi ni ada satu gerai jual durian yang sedap. Ok kami pon decided pergi sana. Jenuh jugak nak cari kawasan Medan Imbi ni, sebab aku pun tak pernah sampai situ. hasil risikan melalui google map, talifon dan kebijaksanaan sendiri, akhirnya kami pun jumpa la gerai jual buah-buahan yang dimaksudkan. Huh? Ok sekali tengok je dah tahu tak mencabar langsung kedai tu. Durian-durian dia siap cantik je dah dibersihkan dan digantung-gantung untuk tatapan umum. Dalam hati aku berkata-kata: kompom mahal dia jual kat sini. Tapi sebab kawan aku tu insist nak jugak makan durian sebab dah tak tahan (naga dalam perut dah ugut nak bunuh diri) maka kami pun singgah la jugak makan sebijik durian Musang King dengan harga RM40 sebijik. Humakaiiiii mahal nak mampos! Ini jugak merupakan kali pertama aku makan durian jenis Musang King ni, dan terus terang aku cakap yang aku tak suka rasanya sebab pahit. Maka duduklah kami kat belakang kedai tu makan durian sebijik sambil memerhatikan pelancong-pelancong dari Taiwan dan China dok membelek-belek durian kat situ. Rupanya kawasan Medan Imbi ni adalah kawasan tourism agency (banyak tourism agency office kat situ).

Pestaim aku merasa Musang King!

Aku cakap kat kawan aku, tak mungkin nak makan sebijik je durian sedangkan naga dalam perut baru je nak hilang niat nak bunuh diri. Maka aku cadangkan kat kawan aku untuk cari durian kat area-area Hulu Langat, durian tepi-tepi jalan je dah cukup bagi aku. Maka LOKASI KEDUA kami adalah di tepi jalan berhampiran Tesco Hulu Langat. Macamana pulak kami boleh sesat sampai ke situ? Kisahnya bila jalan-jalan tanpa arah tu, aku ternampak la satu port jual durian kat tepi jalan yang penuh dengan manusia. Terus aku arahkan kawan aku tu stop kat situ sebab kalau ramai orang mestilah best (boleh tak alasan tu?). Maka kami menyambung keinginan memakan durian kat situ, kali ni no more musang king, kami pon tatau durian jenis apa yang kami makan tapi dia kira sekilo dalam RM 10. Sedap jugak rasa durian tu dan yang penting tak pahit. Total buah durian yang kami makan kat situ adalah 3 bijik. (sikit je tapi besar-besar buahnya!).Ok berakhir kisah makan durian dalam sehari. Tapi still rasa tak puas lagi, dah macam ketagih pulak nak makan durian banyak-banyak. 



Maka, di hari lain, kisah yang sama, aku bersama beberapa orang #travelholicawesome telah menerjah  LOKASI KETIGA iaitu di gerai Uncle Donald di SS2, Petaling Jaya. Katanya hanya bayar RM 10 dan boleh makan sampai muntah! Ha tak ke meroyan ko dengar tag line macam tu? Maka malam tu kami pon dengan semangatnya pegi la kedai yang dimaksudkan. Memang banyak kedai-kedai lain yang membuat buffet durian ni selain dari kedai Uncle Donald ni. So pilih je la mana-mana kedai yang korang suka sebab harganya sama je dan buah duriannya jugak sama je. Tapi untuk buffet yang RM 10 tu hanya untuk durian-durian kampung saja, untuk durian-durian kasta tinggi seperti Musang King dan D-24 dan lain-lain kena bayar harga mahal sikit lah ye. Minuman percuma (air kosong) juga disediakan.

Orang memang ramai malam tu, sampai nak parking pon susah. Sesiapa yang nak cuba buffet durian ni boleh la pergi ke Jalan SS2/75 dan Jalan SS2/24 berdekatan dengan stesen minyak BHP dan Balai Polis. Senang je nak cari, tepi traffic light je.

Gambar Ihsan MasZuber
Gambar Ihsan Lily
Durian sebeso bola sepak
Kerakusan keluarga itu membaham durian.
Multi-tasking kekdahnya, sambil menalipon, sambil makan durian. (ElySuhaili di talian)
habis je bertalipon, terus memoncongkan diri menjamah durian.
Aqilah pon makan durian tau!! kite geng!

Pssttt: teringat masa kecik-kecik dulu, siap bermalam di dusun arwah atuk bertemankan lampu pelita ayam tunggu durian gugur... nostalgia.

Ok lah, enaf about durian, nak pegi cari cerita lain pulak. 

WASSALAM.

26 comments:

  1. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN.

    *kene denda pasal tak pi*

    aku penah mkn kat SS2 tu mmg best gile. ya Allah sedap nyer la lama tak makan. pilihan aku mmg D24 atau D101. mosang king aku penah try skali tapi tepu sangat dan mahal.

    jeles la camni! penat tau kemas umah smlm sampai 2 pagi!

    ReplyDelete
  2. biqque
    motif taip ayat tu byk2?
    hehe
    ok...akak pegi mkn mlm tuh tak kena konsep baju...
    patut pakai tshirt dan suar trek...tudung style cikgu bedah..
    baru ngam nak makan
    ....
    nih..
    ...ala-ala perasan koperat-look..dgn high heel...gilo kejap nak mendivakan diri makan di situ...

    arghh...cencorot-on-the-move!!! (gambo tak bleh blah..hahah)

    ReplyDelete
  3. doghian doghian!!
    adoiyaaaii mana nak cari time2 poket tgh kering ni :p

    burrlpp....

    sendawa doghian sampai ke sini bau nyaa!! huwaaaa naaakkk makan doghian jugaaaakkk!!!

    ReplyDelete
  4. kopipes dr Biq: SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN.

    ha banyakkan dr kenyataan biq di atas!!

    Ko ni napa gatal kuarkan entry nih?? tetibe aku mengidam lagi..cissss..menyesal smlm aku tak pulunnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. kopipes dr Na: SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN. SAYA SUKA DURIAN.

    nak marah tp terus xjadik sbb nmpak Qilah comel aje kt sebelah Uncle yg beso dr dia tuh..

    tgh duduk lepak dpn tv, smbil mkn durian mlm tadik, smbil tgk staff pack kn brg la la la la la la la..


    (bahbi tak ajak, carut dlm ati)

    ReplyDelete
  6. memang malaysian..asyik pulun durian..
    aku beli kat bandar baru bangi, dekat2 roundabout tu (dari tahun lepas lagi)
    not bad, harga pun Ok

    tapi buffet durian tu..macam nak kena p je...

    ReplyDelete
  7. Hentikan membela naga tu, kuat melantak. Cari je menatang lain...

    ReplyDelete
  8. Biqque:

    Ya Ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!! Apa yang ko buat ni ha mak jemah?

    Ye aku tau ko suka durian. sudah sudah.

    Aku pon tak suka Musang King, aku suka D 24 hehehe.

    Sila sambung kemas rumah sebab mak mertua nak datang hahahaha.

    ReplyDelete
  9. Kak Anash:

    Motip nya nak menyaiko saya letew,... Gamaknya suka bebeno la dia ngan durian tu kannnnn.

    Akak lainkali jangan pakai baju koperat pi makan durian ye. Sia tinggalkan tudung bercop PEJABAT tu kat opis dan pakai sekop je sudah.
    Nampak tak Mak Jemah tengah tunjukkan contoh sekop dia tu? Nampak?

    ReplyDelete
  10. Retna Yusof:

    Hahaha tak teringin ke nak makan deroyan? Kekekeke

    ReplyDelete
  11. BlueEwoke:

    Ni lagi sorang! SENGAL BETOL! Habis penuh satu kotak komen hahahaa.

    Ya ko punya kesukaan terhadap durian lebih sikit dari Biqque hahahaha.

    Mengidam lagi??? Sah!! Kompom!!! Aku yakin Aqill ada dalam perut tu. hahahaha

    ReplyDelete
  12. Ely:

    OMAIIII ni pon nak belawan jugak ke? Omaiii ye ko lagi ober dari Biqque dan Na! Aku sembah Puteri je (Sebab sembah Ratu hanya untuk kak Coco).

    Aqilah mmg comel sebab duduk sebelah uncle comel okay!

    Saya dah ajak dalam twitter...diorang je yang tak ajak ko..cepat cepat cepat marah diorang hehehe.

    ReplyDelete
  13. Dzuchan:

    Ye inilah Malaysia namanya. kekeke.

    Sila pegi buffet durian tu. kekek

    ReplyDelete
  14. Mie:

    Saya tak boleh memberhentikan pemeliharaan naga tu sebab dah jd macam anak sendiri kekekekeke.

    Nak bela cakcibo kecik sangat pulak, kang makan sebutir nasik pon dah kenyang. Hilang nikmat.

    ReplyDelete
  15. sengal punya reply komen dari Janggel
    hahaah
    apa? akak pakai sekup hanya bila berada dalam kolam renang...bukan dalam kolam ikan mahupun kolam buaya...

    merapu dah
    ok nak blah ...bai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Kekeke teringat akak sekop dalam cite 3 Dara Pingitan kekekekee.

      Delete
  16. Mungkin musang king tu dah terlampau masak. Durian ape pun kalau terlampau masak pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inertz:

      Aku rasa mmg rasa dia macam tu. Sebb dia elok je takde lembik sangat pon.

      Delete
  17. musang king tu isi dia betul warna kuning durian lah katakan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qamarul


      Aku suka warna kuning dia.. Jarang jumpe. Warna Di Raja katakan kekekes:

      Delete
  18. puan bunga tulipJune 30, 2012 at 9:02 AM

    musang king tekstur dia mcm Philadelphia cream cheese... 101 pun terbaik,,, ada satu jenis kat Karak, jalan masuk ke Chinta Manis (dekat ngan pusat serenti karak) nama durian tu durian Tangga aka Chokia, bukan nokia ye. sedap gila dan rasanya Chokia menjuarai carta... haha saya tanya kat apek yg jual tu, nape Chokia murah dari Musang King... dia kata Chokia ni spesis baru, macam retis yg baru nak mencipta nama kekdahnya... saya buka travelholic,,,saya durianholic, haha,,, boleh gitu? errrr,,, saya makan durian tu tahun lepas ye, hehe, tahun tak tau ada ke idok...

    *puan bunga tulip in da house

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan bunga tulip:

      Macamanakah rasanya buah philadelpia tu??? Sangat oshem bunyinya. Kekee

      Ya saya yakin anda adalah peminat tegar durian. Kekke

      Delete
  19. Salam kenal.
    Wan seru banget bicara soal durian....kebetulan saya maret Nanti khusus ke KL untuk cari durian,Apakah bulan tersebut masih Musim durian?
    Dan daerah Medan imbi Dan ss2 itu di daerah mana,mungkin sy bisa dibantu daerah detail ya?apakah Medan imbi itu daerah IMBI?


    Terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan:

      Hi, o mahu ke KL ya bulan mac? Lalau di KL musim duriannya sepanjang masa tapi mungkin harganya agak mahal berbanding musim durian sebenar. Nanti try ke petaling jaya, ss2 di situ ada jual durian yg banyak. Try google tempatnya ya.

      Delete
  20. Durian kat tepi2 jalan hulu langat tu hati2 lah kalau nak membeli.. banyak tipu. Durian busuk.durian x masak.durian masam n berair. Jual nak mahal2. Tipu timbang. Baik beli tempat lain la.orang hulu langat sendiri pun tak kedarah durian tepi jln hulu langat tu. Tapi orang luar bnyk beli.dia tebuk n bg rasa ngam2 tempat elok.sampai rumah.. nangis la ko dah ditipu..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!