Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Umrah SIJ 2019 - Part 5: Terusan Suez dan Uyun Musa, Sinai

Assalammualaikum!
Hari keempat di bumi Egypt kami akan bergerak jauh lagi dari bandar Cairo, kali ni kami akan ke Sinai, sebuah daerah di benua Asia. Mokalakata dari Afrika ke Asia la kita! Kami akan menuju ke Sinai bagi mengunjungi Uyun Musa atau pun lebih dikenali sebagai mata air Nabi Musa. Sape pernah baca kisah nabi musa dan kaum Bani Israel yang menuju ke kampung halaman mereka, meredah laut merah dikejar firaun, kami akan pi tengok 12 telaga air tu la yang mewakili 12 suku kaum Bani Israel.
Perjalanan dari Cairo ke Sinai mengambil masa lebih kurang 3-4 jam dan yang paling penting kami akan melalui terusan Suez untuk menyeberang ke Sinai! Haih macam tak percaya pulak. Kami sampai di check point sebelum masuk ke dalam kawasan terusan Suez dan singgah untuk makan tengahari dan solat. Memang ada satu check point di situ seakan-akan RnR tapi basic facilities je la. 

Makan tengahari kami agak menyelerakan ye dengan ayam bakar dan nasik, silap takde sambal belacan je hahahaha. Di hent…

Umrah SIJ 2019 - Part 4: Kota Alexandria, Egypt

Assalammualaikum!!!
Bersambung lagi kisah kembara di tanah Egypt. Hari ketiga kami akan bergerak menziarahi Kota Alexandria yang terletak di utara tanah Egypt. Lokasi Kota Alexandria adalah di tepi lautan Mediterranean yang menghadap Eropah. Kiranya aku dah sipi-sipi je lagi nak jejak Eropah la kan. Hahaha.

Macam biasa kami bersarapan di hotel dulu sebelum bertolak menaiki bas ke Kota Alexandria. Perjalanan dari Cairo ke Alexandria mengambil masa selama 2 jam 30 minit yang merupakan kota kedua terbesar di Egypt selepas Cairo. So agak eksaited la jugak sebab nak pi sentuh air laut Mediterranean hahahaha.

Sampai di Alexandria kita dah boleh lihat keadaan muka bumi dan cuaca kat sana agak lain dari di Cairo, udara pun agak sejuk dan banyak terdapat kawasan-kawasan pelancongan di sepanjang pantai. Kami di bawa menyelusuri pantai sebelum menuju ke Montaza Palace, yang terletak di dalam taman Al-Montaza. Mengikut sejarahnya, Montaza palace ni merupakan tempat kediaman para kenamaan yang had…