Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Kisah Al'FariS dan Lorong Belakang

Assalamualaikum.

Dah hampir seminggu Al'FariS masuk hospital. Nazak... Sedih juga bila dah kehilangan kaki ni, mujur ada ADli Chairani yang selalu je tolong aku masa susah. Thanks yer ADli Chairani. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Oklah, biarkan Al'FariS buat seketika. Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan-jalan aku di Kuala Lumpur minggu lepas. Hujung minggu lalu, aku dan beberapa orang teman yang masing-masing duduk jauh dari satu sama lain telah bertemu di Central Market. Ala saje-saje nak berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Lagi pon bukan senang nak dapat peluang berkumpul ramai-ramai macam tu. Bila dah berkumpul memang macam-macam hal la yang terjadi.

Sempat juga aku dan kawan-kawan meredah lorong-lorong belakang di sekitar Masjid Jamek, Brickfields dan KLCC. Apa ke jadahnya aku pergi meredah lorong-lorong belakang itu semua? Hahaha itu kami pon tak tau! Bukan apa, sepanjang hidup kat KL ni, tak berani kot nak pergi jalan sengsorang kat belakang-belakang lorong…

Pakcik Dicolek: Edisi Lucah

Assalamualaikum.
Maaf entry ni dibuat dalam keadaan bengong hahaha. Balik daripada Melaka haritu (Sebab menghadiri majlis kesyukuran masuk ke rumah baru sepupu aku), aku telah dicolek oleh Kaki Jalan (KJ). Katanya nak pergi makan...dah lapar tahap cipan dan juga sesi meluahkan perasaan sebab kena pindah Ipoh hahaha. So, disebabkan aku pun dah tak tau nak buat apa, maka dengan rela hati aku pon rela dicolek malam itu. KJ kata nak makan tempat jauh. Aku tak kesah janji dia jemput aku dan drive. Maka terkeluarlah plan untuk makan nasi lemak kat areaKelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Fuh boleh tahan jugak, dari rumah aku ke situ mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Aku memang tak pernah pergi pon tempat tu. Tapi dengar-dengar cerita tempat tu popular. Popular dengan nasi lemak yang dibungkus kecik-kecik. (Orang KL panggil NASIK LEMAK TETEK!!!!) Hahaha guling-guling aku dengar. Paham-paham sajelah yer kenapa namanya sebegitu. (Agak lucah disitu...)

Akhirnya setelah meredah beberapa l…

Pakcik Mengintip FLORIA?

Assalamualaikum!

Minggu lepas buat kali keduanya Festival Bunga dan Taman telah diadakan di Putrajaya. Kali ini katanya penyertaan dan pameran dijangka lebih meriah! Betol ker?

Aku dengan penuh tanda tanya telah menyiasat kesahihan pernyataan itu. Daripada pemerhatian aku, FLORIA tahun ini seumpama harimau yang kehilangan taringnya. Tak berapa meriah lah dan sedikit kureng berbanding FLORIA tahun 2009. Adakah kerana ingin menyahut saranan Kerajaan untuk perbelanjaan berhemah? Atau tak dapat banyak sponsor dari penaja? Hmmmm entahler.

Apa yang pasti FLORIA tahun 2009 jauh lebih meriah dan lebih banyak 'BUNGA!'. Apa-apa pun, syabas kepada penganjur kerana masih gigih untuk menjadikan FLORIA ni sebagai aktiviti tetap dalam kalender Putrajaya.

Psst 1: Hari aku pergi Floria ada siaran luar Hot FM!!! (Anne sangat chomel! walaupon dah jadi bini orang heheh)

Psst 2: Hari tu aku hilang roh nak menembak..tengok je lah apa yg ada.

PEACE!
































Kiran dan Anne @ Siaran Luar Hot FM


Pakcik Ke Paya Indah Wetland!!!

Sepertimana yang aku bagitau dalam entry lepas, aku nak cerita pasal aktiviti aku di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya aktiviti ni memang dah lama ada dalam plan a.k.a. kalender tahunan aku tapi baru kali ni jadi. Alhamdulillah... Bukan apa, sementelaah si Kaki Jalan pon still sah menjadi warga Putrajaya dan member-member lain pon free, so plan pon jadik la!
Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 8.30 pagi (sebenarnya dah lewat dah kot?? matahari pon dah naik tinggi) sebab tak tahu lokasi yang hendak di tuju tu buka pukul berapa. Kiranya main redah je lah (hal redah-meredah dah sebati dalam hidup aku). Perjalanan dari Putrajaya ke Paya Indah Wetland ni mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja (kalau tak jem). Memang dekat dan mudah dicari lah tempat ni, buat first timer yang teringin nak ke sana, memang tak mudah sesat sebab kalau korang follow saja signboard, confirm jumpe.

Kami tiba di pintu pagar Paya Indah Wetland pada jam 9.00 pagi kot, sebab banyak menyinggah. Kat pint…